Sudah 3 minggu Ammar berubah menjadi seorang yang positive. Sudah 3 minggu juga Ammar dan Farid sentiasa pergi ke kelas agama. Selepas solat berjemaah di masjid. Ammar dan Farid duduk di kaki lima masjid, sementara menunggu azan asar.
" Farid, asal kau boleh berubah macam ni sekali?" Tanya Ammar pada Farid yang dilihat sangat berlainan dengan Farid yang dulu. Farid yang berada dihadapannya ini sangat tawadu' dan sangat berilmu.
" Sebenarnyakan Ammar, kalau kita sedih. Baru kita ingat Allah. Kalau kita bahagia, selalu sangat kita lupa Allah. Bagi aku, sedih lebih bermakna untuk kita, sedih membuatkan kita dekat dengan Allah. Hati kita tenang dan senang." Jawab Farid ikhlas dan jujur. Ammar menganggukkan kepalanya. Benar apa yang dikatakan Farid itu. Tengoklah sekarang, bila berada dekat dengan Allah, hati rasa tenang dan jiwa tenteram.
" Betul Farid, aku tenang sekarang. Terima kasih sebab sedarkan aku. Aku banyak lakukan dosa Farid." Luah Ammar pada Farid. Bahu sahabatnya di peluk.
" Apa kesedihan yang kau lalui sehingga kau temui jalan yang baik macam ni?" Tanya Ammar lagi.
" Sama macam kau, kehilangan isteri." Jawab Farid sayu?
" Farah lari macam Airis juga ke?" Tanya Ammar lagi.
" Bukan. Dia pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya Ammar. Itu sebab aku kata kau beruntung, kau masih boleh berharap dapat berjumpa Airis, tapi tidak bagi aku. Farah meninggal 4 tahun yang lalu. Semasa ingin membuat pembedahan cancer otaknya, dia di dapati hamil 3 bulan. Aku pujuk dia supaya gugurkan sahaja, tapi dia tak mahu. Hari demi hari sakit kepala dia semakin teruk. Memandangkan dia mengandung segala jenis ubat dia tak boleh makan. Sakit yang dia hidapi semakin melarat sehinggalah bayi kembar kami selamat dilahirkan." Cerita Farid, ada senyuman pada wajah Farid. Dia bahagia dengan kelahiran kembar itu.
" Selepas 3 bulan berpantang, Farah sakit kepala yang amat sangat. Sedih aku tengok keadaan dia. Selepas bawa dia ke hospital, dia meninggal dunia." Cerita Farid lagi, tidak semena-mena Ammar melihat Farid mengalirkan air mata.
" Sabarlah Farid. Engkau ayah yang kuat. So, mana anak-anak kau?" Tanya Ammar teruja. 3 minggu sudah berjumpa, baru dia tahu sahabatnya ini mempunyai anak, bukan satu tapi 2.
" Ada dekat rumah. Mak aku jaga." Jawab Farid.
" Aku nak jumpa dia orang, boleh?" Tanya Ammar. Tiba-tiba Ammar merasakan sangat mahukan anak. Teringat dia pada perbuatan terkutuknya memaksa Airis menggugurkan anak mereka. Jika bayi itu tidak digugurkan, pasti anak aku tu sudah berusia 5 tahun.
Share this novel