25

Romance Series 17281

Asyraf dan Airis semakin rapat. Sekali pandang seperti pasangan suami isteri. Tapi Asyraf sahaja yang berlebih-lebih. Airis masih menjaga pergaulannya, dia masih ingat statusnya.

" Tak sabarnya saya, lagi beberapa hari saja awak nak due." Ucap Asyraf. Mereka duduk diarah bertentangan. Restoran melayu itu penuh dengan pelanggan.

" Awak tak sabar. Saya yang takut." Luah Airis jujur.

" Jangan cakap takut. Awak kena tenang. Fikir yang baik-baik. Hayati kesakitan itu nanti." Pujuk Asyraf.

" Pandainya pujuk kita, macamlah dia tu pernah ada pengalaman." Airis mencebikkan bibirnya.

" Eh, saya bagitahu awak berlandaskan pengalaman orang-orang yang saya kenal." Jawab Asyraf. Asyraf adalah doktor bahagian sakit puan. Sangat marah Airis apabila Asyraf mahu menyambut bayinya nanti. Di tolak sekerasnya hasratnya. Dia faham kenapa Airis marah. Dia pun masih waras untuk memahami perasaan Airis. Pastinya malu.

" Hmm, saya tak boleh rileks lah." Airis membuat muka sedih dan makanan yang dipesan pun sampai. Selepas membaca doa Airis terus menyuapkan makanan itu pada mulutnya.

" Amboi, hati tak tenang pun masih semangat makan, ya?" Perli Asyraf pada Airis.

" Shh, makan..."

Selepas berjalan beriringan menuju ke kondominium Airis. Airis memandang Asyraf. Asyraf pelik melihat pandangan Airis.

" Kenapa?" Tanya Asyraf.

" Sakit." Jawab Airis pendek.

" Serious?" Tanya Asyraf lagi.

" Betul." Suara Airis menahan sakit.

" Sekejap. Tunggu lima minit. Kalau dia sakit lagi kita pergi hospital." Asyraf melihat jam tangannya. Airis sudah menahan tangannya pada kereta di jalanan mukanya berkerut-kerut menahan sakit.

" Dah hilang." Kata Airis.

" Tunggu 5 ke 10 minit lagi." Arah Asyraf, matanya masih melihat jam sekali-sekala matanya melihat wajah Airis.

" Sakit.." Ucap Airis semula.

" Jom." Asyraf sudah bersedia untuk membawa Airis ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience