37

Romance Series 17281

Asyraf mengekori langkah lelaki yang memegang tangan Airis. Terkejut dia melihat lelaki tersebut memeluk tubuh Airis. Di hampiri mereka, Asyraf melihat lelaki tersebut semakin berani untuk mencumbui bibir Airis. Dengan cepat Asyraf menolak tubuh lelaki tersebut.

" Hoii.." Asyraf menengking pada lelaki yang sudah tersungkur diatas rumput tu.

" What's wrong with you?" Marah Ammar pula. Dia berdiri menentang berani mata lelaki yang tidak dikenalinya.

" Sudah-sudah, apa gaduh-gaduh ni?" Puan Rose meleraikan pergaduhan itu. Mujur dia juga mengekori anaknya tadi. Terkejut dia apabila melihat Ammar dengan tiba-tiba menarik Aisyah, lebih terkejut apabila tubuh Aisyah dipeluk erat oleh anaknya. Aisyah dilihatnya tidak menolak.

" Auntie, anak auntie ni.. tiba-tiba peluk Aisyah, kemudian nak cium pula. Kenal pun tidak, suka-suka hati buat macam tu." Masih bernada marah. Airis masih diam.

" Aisyah, Aisyah okay?" Tanya Asyraf pada kekasih hatinya. Airis diam.

" Airis, Airis tak kenal abang?" Tanya Ammar pada Airis. Asyraf tekejut apabila lelaki tersebut memanggil gelaran nama Airis. Nama yang Airis larang memanggil nama itu disini. Airis diam, matanya melihat rumput dikaki.

" Ammar, nama dia bukan Airis tapi Aisyah. Ammar salah orang ni." Puan Rose memegang bahu anaknya. Ammar menggeleng, dia yakin dihadapannya sekarang adalah Airis.

" Tak ma, Ammar tak salah orang. Ini Airis Aisyah, isteri Ammar." Ammar bersuara tegas secara tidak langsung rahsia perkahwinannya sudah terbongkar. Puan Rose terkejut, begitu juga dengan Asyraf. Airis juga terkejut dengan pengakuan Ammar. Tidak sangka Ammar berani mengaku bahawa dirinya isteri kepada dia.

" Ammar, what are you talking about?" Soal Puan Rose tegas.

" Betul ma, Airis Aisyah ini isteri Ammar. Ammar sudah menikah dengan dia lebih 8 tahun dah ma. Maaf ma, Ammar nikah senyap-senyap. Ammar tak ada niat nak belakangkan keluarga." Ammar bersuara sayu, dia memagang jari ibunya.

" Aisyah, please say something." Puan Rose memegang jari Airis pula.

Airis terkejut yang amat sangat sehingga dia pening dan terus pengsan. Nasib baik Ammar berada disebelahnya untuk menahan dia terus jatuh ke tanah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience