Sudah sebulan Airis bekerja di Restoran BBQ steamboat itu . Setiap hari juga Airis didatangi lelaki kacak bernama Ammar Mukhriz . Teringat dia saat lelaki itu memperkenalkan diri . Namanya sama dengan nama arwah abangnya . Alangkah rindunya dengan abangnya .
" Hai .. " Airis disapa oleh Ammar . Airis yang sedang mengelap meja hanya senyum dan membalas .
" Bye .. " dan terus berlalu pergi meninggalkan Ammar yang sedang membuat muka terkejut .
" What , dia tinggakan aku macam tu je ? " Ammar bermonolog sendiri . " Paling kurang say lah hai juga .
Boss Farid hanya memerhati telatah Ammar Mukhriz yang nampak sangat kecewa , sedang masuk menghampirinya di dalam pejabat .
" Kau ni , tak reti putus asa ke Ammar . Dah orang tak sudi tu , faham-faham je lah ." Tahu benar tujuan sebenar Ammar yang setiap hari datang kesini , konon-kononnya makan malam padahal nak mengorat si Airis tu .
" Makin dia lari , makin aku nak kejar ." Terang Ammar pada sahabatnya sambil duduk di kerusi berhadapan dengan Farid yang sedang memerhati fail-fail berkaitan restorannya .
" Dia muda lagi pun , baru 18 tahun . Baik dia cari duit dari cari buah hati . Faham benar aku dengan si Airis tu , sama sahaja Airis dengan si Farah tu . Workaholic . " Jelas Farid sambil melihat telatah Ammar yang sedang membelek telepon bimbitnya .
" Kau apa cerita dengan Farah ? " Ammar bertanya pada sahabatnya . Bukan dia tidak tahu sudah lama si Farid ni menaruh harapan pada si Farah .
" Dia lagi lah susah . Nampak je funny , peramah . Tapi bila bab perasaan ni pandai sangat mengelak . Bukan sekali dua aku ajak keluar alasan beli barang , dia pergi tapi ajaknya si Shima dan Mail tu sekali . Lepastu aku dah tak ajak dah . Pokai aku bawa si Shima tu . " Ammar yang mendengar tergelak-gelak .
" Lagi parah kau , suka dekat orang yang peramah tapi peramah dekat semua orang tu , makan hati oh . Si Airis tu pendiam orangnya . Tapi , aku suka .. "
" Tapi 2 ke 3 harini , aku nampak muka si Farah ni pucat . " Farid berkata sambil menutup failnya . Matanya melihat anak mata Ammar .
" Alah perempuan , diorang tak pakai make up lah tu . " Teka Ammar .
" Ish kau ni .. Farah tu mana ada pakai makeup . Dah 2 tahun aku kenal dia , hari-hari aku tengok muka dia .. aku tahulah muka natural dengan tak natural . Dia bukan jenis perempuan yang nak melaram ." Caras si Hero .
" Kalau dah risau sangat tanya je lah ." Pendapat Ammar di terima .
" Yelah .. nanti aku tanya . Harini aku pas gaji , so dapatlah borak sekejap nanti ." Farid menganggukkan kepala .
Pekerja-pekerja semua mengemas restoran yang sudahpun tutup .
Farah yang sedang mengurut bahu terdengar namanya di panggil dari atas . Farah memalingkan wajahnya . Boss Farid .
" Farah , naik sekejap ." Farah mengatur satu persatu menaiki tangga . Setelah sampai terus Farid mengarahkan Farah duduk dihadapannya yang dipisahkan dengan meja kerja .
" Ni , gaji awak . " Huluran sampul surat itu disambut .
" Terima Kasih , boss ." Farah senyum dan ingin berlalu pergi .
" Ehh .. saya tak habis cakap lagi . duduk semula ." Arah si Hero yang kacak dihadapannya . Farah duduk semula seperti yang diarahkan .
" Nak cakap apa boss ? " Farah memandang bossnya yang sedang merenung matanya . Cepat-cepat Farah berdehem . " Ehm .. ehm .." Pura-pura batuk .
" Saya nak awak cuti esok . Pergi klinik atau hospital . Muka awak pucat . " Jelas si Boss Farid pada pekerja kesayangannya .
" Saya sihat boss .. rasanya sebab kurang air ni ." Dalih si Farah yang nampak kalut dengan permintaan si Boss Farid .
" Awak ni .. mesti fikir duit kan . Kalau bab kesihatan janganlah berjimat sangat . Saya ada sertakan duit RM300 untuk awak pergi klinik esok . Saya kena pastikan semua pekerja-pekerja saya sihat itu adalah tanggungjawab majikan .Kalau duit tu ada lebih simpan je lah . Kalau kurang nanti claim saja dengan saya . " Terang Boss Farid panjang lebar .
Farah hanya menganggukan kepalanya tanda setuju . " Ok boss , esok saya cuti dan pergi klinik . " Terus Farah meminta diri , kepalanya memang dua tiga harini pening . Dada kerap terasa terhimpit .
Farah mendengar dengan tenang apa yang di sampaikan oleh Doktor Arman dihadapannya .
Farah dikatakan menghidap Leukimia stage 2 , sekarang adalah masa yang baik untuk membuat pembedahan . Penderma sudah ada , masalah Farah sekarang duit . Dia tiada duit waktu sekarang . Pembedahan itu memerlukan RM200k . Di mana dia mahu cari duit sebanyak itu .
Antara hidup dan mati itu bukan lagi persoalan untuk Farah . Tiba masanya untuk dia sambung belajar . Biar mati dengan bergelar siswazah .
Esok paginya Farah pergi bekerja dengan memakai make up . Make up itu hanya untuk menutup muka pucatnya . Tidak mahu siapa-siapa menghidu penyakitnya .
Airis yang sedang menonton tv terkejut melihat penampilan Farah yang berlainan . Wajah yang dikenakan makeup , nasib baik cantik makeup . Tapi kalau tak makeup lagi cantik . desis si Airis yang masih melihat Farah yang sedang menuang air masak ke dalam cawan untuk di minum .
" Kau dah kenapa , melaram pula ni ? nak mengorat ayah-ayah budak ke ? " Airis berkata pada kakaknya Farah .
" Saja , nak tahu juga .. ada tak yang mengorat aku kalau pakai make up . Test market ." Seloroh si Farah pada Airis .
" Kau tak payah pakai make up pun , tetap cantik menarik tertarik kau memang debooooom ." Puji Airis pada Farah yang sudah ketawa .
" Yelah .. tu ." Farah duduk dan bersarapan . Roti bakar di sumbat kedalam mulut .
" Betul apa aku cakap . Kalau tak , takkan lah Boss Farid tu suka dekat kau ." Puji Airis lagi pada sahabatnya . Kalau bukan mulut Shima tu bercerita sampai bila-bila dia tak tahu rupanya si Boss Farid tu jatuh suka pada Farah sudah lama .
" Boss tu .. semua yang cantik dia suka . Dengan kau pun dia suka . Dengan Shima pun dia suka . Pucuk cerita semua yang cantik-cantik dia suka . So , kau jangan jadi keropok ye . Senang je dengar cerita orang ."
" Asal keropok pula ?" Tanya Airis pelik .
" Yelah .. keropok kalau di goreng terus kembang ." Farah ketawa dengan lawaknya sendiri pagi itu .
" Macam-macam lah kau ni . Dah-dah pergi kerja cepat . " Airis menghalau Farah yang sedang enak mencapai sekeping roti lagi . " Amboii .... sedapnya makan sampai 3 keping ." Perli Airis pada Farah sambil bercekak pinggang .
" Alah .. 3 keping je . " Jawab Farab sambil mengunyah .
" Kau memang .. kalau kau yang beli roti bukan main makan sekeping je sehari . Kalau aku yang beli cepat je habis roti ni kononnya tuk 5 hari . " Bebel Airis pada Farah .
" Memanglah .. Barang kau barang aku juga . Barang aku , barang aku je lah . " Jawab Farah bercanda . Sambil ketawa .
" Pandai .... itu kes berat sebelah " Protes Airis pada Farah. yang sedang memakai kasut sambil melihat cermin di almari kasut .
" Cikgu kenalah pandai ." Farah mengerdipkan matanya sebelah . Selepas bersalaman Farah terus menuju ke lift .
Airis dan Farah jalan beriringan menuju ke Restoran BBQ steamboat . Farah sudah memandang Airis . mereka berpandangan kerana melihat kedua-dua lelaki kacak berada di hadapan restoran itu siapa lagi kalau bukan Boss Farid dan Ammar .
" Assalamualaikum .. " Ammar memberi salam pada kedua-dua gadis cantik dihadapannya .
" Waalaikumsalam .. " jawab mereka berdua serentak dan perlahan .
" Farah dah pergi klinik ? " Tanya Farid pada kekasihnya . Bila diamati wajah Farah harini sangat lain . Farah pakai make up . it's was very weird but still beautiful . desis hatinya .
" dah .. " Jawab Farah . Matanya masih melihat kedua-dua lelaki dihadapannya . Mata Ammar tak lepas dari melihat Airis di sebelah kirinya .
" So , how ? " Tanya Farid risau .
" Ok . Just kena banyak minum air dan jaga pemakanan ." Helah Farah .
" Ok . Good . So , duit cukup ? berapa awak kena claim ." Tanya Boss Farid lagi .
" Eh .. semua cukup Boss . Siap ada lebih lagi . Boss katakan kalau ada lebih simpan , jadi saya simpanlah . Boss nak balik ke ? tak baik boss dah bagi minta balik . buruk siku namanya tu . " Tanya Farah sambil melihat mata si Boss kacak dihadapannya .
" Eh .. eh .. eh .. mana ada . Saya dah kata simpan , simpan je lah . Saya tak cakap pun nak duit bakinya . Dah lah jom kita masuk . Waktu kerja nak mula dah ni ." Mereka jalan beriringan .
Airis yang sudah mula ingin menapak ke dapur di tahan oleh Ammar .
" Sekejap-sekejap . Saya nak cakap sikit . Sikit je .. boleh ?" Ammar sudah tersenyum manis . Airis menganggukkan kepalanya . Tanda setuju . Ammar menyambung bicaranya .
" Dekat pejabat saya perlukan pekerja . Tapi pekerja sementara sahaja . Gaji dia RM5k sebulan . Saya perlukan pekerja hanya untuk 3 bulan . Sebab pekerja saya tu baru saja mintak cuti tadi sebab dia baru saja bersalin . So , dia cuti bersalin 3 bulan . Saya betul-betul perlukan pekerja . Jadi , sudi tak awak kerja dengan saya ? " . Ammar Mukhriz melihat muka Airis yang cantik dihadapannya seperti sedang berfikir .
Banyaknya gaji , sampai RM5k , kalau 3 bulan dah RM15k . kalau kerja dekat sini RM1k , 3 bulan baru RM3k . Wow .. it was very intresting . Monolog Airis dalam hati .
" Kerja apa ? " Tanya Airis tenang .
" P.A saya di pejabat ." Jawab Ammar Mukhriz laju . Excited .
" Dekat mana ?" Tanya Airis lagi .
" Putrajaya ." Jawab Mukhriz lagi .
" Jauhlah Tuan .. saya mana ada transport . Kalau ada pun mana ada lesen motor atau kereta . " Terang Airis dengan keadaan yang sebenar .
" Awak stay sana .. " Jawab Ammar .
" Ha ? " Tanya Airis terkejut .
" Ya , awak duduk sana dekat rumah lama saya . Saya dah lama tak duduk situ . Sejak 3 tahun lepas . Seberang jalan Officenya . Jadi , awak pergi kerja jalan kaki je . Tak payah guna transport ." Pujuk Ammar lagi .
" Bila saya kena mula kerja ?" Tanya Airis .
" Isnin . Disebabkan harini sabtu , so .. esok awak bolehlah kemas barang-barang ."
" Tengoklah nanti . Saya bincang dengan Kakak saya dulu ." Airis mematikan perbualan dan terus meminta diri untuk mula bekerja .
Farah dan Airis sama-sama duduk disofa keletihan sehari bekerja . Mestilah Farah lebih penat . 5 jam sahaja waktu rehatnya sehari 19jam sehari bekerja .
" Farah ... " Seru si Airis . Farah yang sedang memejamkan mata menjawab .
" Hmmmmm .. " Matanya dibuka sedikit sekejap sahaja , ditutup semula .
" Ada orang offer kerja . Gaji RM5k sebulan ." Airis memberitahu Farah yang masih terkatup matanya . Farah yang mendengar cepat duduk tegak menghadap Airis yang sedang ingin memulakan cerita . Farah duduk bersila di atas sofa dan menarik Airis turut serta membuat perkara yang sama .
" Kerja apa ? siapa yang offer ? " Tanya Farah serious . Lagak seperti kakak yang sebenar .
" PA . Ammar . Tapi untuk 3 bulan je . Sementara , sebab PA dia yang sebenar tengah cuti bersalin 3 bulan . So dia perlukan aku hanya 3 bulan ." Jelas Airis .
" So , apa keputusan kau ? " Tanya Farah .
" Aku nak . Tapi .... entahlah ." Jawab Airis ragu-ragu .
" Pergi je lah .. dalam masa 3 bulan kau dapat kumpul RM15k . Asalkan kau pandai jaga maruah ." Pujuk Farah . Ikut hati dia tidak benarkan . Tapi memandangkan Airis juga perlu berdikari . Dirinya juga bukan lama lagi boleh bertahan melindungi Airis .
" Okay .. tapi , aku kena pindah Putrajaya . Sebab kerjanya dekat sana dan stay dekat rumah lama Tuan Ammar tu . Dia kata dah tak duduk sana ." Jelas Airis lagi . Farah hanya mendengar dengan teliti .
" Bila start kerjanya ? " Tanya Farah lagi .
" Hari isnin ni ."
" Wow .. esok je kau ada dengan aku . Nanti bila aku free aku merempet cari kau . " Farah memeluk adiknya sayu . Perpisahan tetap akan terjadi jika bukan sekarang , nanti itu pasti .
" Thank you Farah . Ingatkan engkau tak setuju ." Farah merungkaikan pelukan . Pipi adiknya dipegang menggunakan kedua-dua tanganya yang cantik dan gebu itu .
" Aku percaya engkau boleh jaga diri . Pastikan sentiasa berjaga-jaga dengan lelaki . Solat jangan tinggal . Sentiasa isikan masa dengan aktiviti yang baik-baik supaya tak terjerumus dengan perkara yang sia-sia . Engkau kena berdikari .
Dunia tak kejam , manusia yang merosakkan dunia . So , kau yang kena hati-hati dengan manusia . Aku risau sebab kau ada kecantikan , ramai yang akan kejar ramai juga yang akan dengki . So , behave ..
Tiba masanya kau asah taekwando dan silat tu . Itu sangat penting . " Pesan Farah pada Airis . berdakapan mereka semula .
" Thanks Farah ... "
Share this novel