26

Romance Series 17281

Airis melihat disekelilingnya. Airis dapat agak dia berada di bilik wad. Wad kelas tinggi. Airis melihat Asyraf menghampirinya.

" Mama dah sedar?" Tanya Asyraf pada Airis yang masih berwajah penat.

" Hmm, mana baby?" Tanya Airis pula.

" Baby dekat bilik dia. Nanti papa ambilkan. Mama nak air?" Tanya Asyraf.

" Nak.." Airis menyambut huluran air kosong itu.

" Papa nak ambil baby twins ni. bye" Asyraf berlalu pergi dengan senyuman.

Airis menatap wajah anak-anaknya. Wajah anak lelakinya seperti wajah ayahnya manakala wajah anak perempuannya pula seperti wajahnya.

" Comelnya anak papa ni." Puji Asyraf.

" Awak ni, janganlah gelarkan awak tu papa. Nanti dia orang besar nanti ingat, awak ni bapa dia orang." Tegur Airis pada sahabatnya. Airis pernah menceritakan kisahnya pada Asyraf. Sebab itulah Asyraf berani menggelarkan dirinya papa.

" Biarlah..kedekut lah mama ni, kan sayang?" Tanya Asyraf pada baby boy yang terbuka besar matanya.

" Esok saya boleh balik dah, kan?" Tanya Airis untuk kepastian.

" Ha'ah, esok dah boleh balik. Tapi kalau nak lama lagi tak ada masalah. Sekejap lagi mama saya datang nak tengok baby." Cerita Asyraf pada Airis. Asyraf memandang wajah baby itu lagi. "Apalah grandma tu, padahal esok baby berdua ni datang sana juga, kan?" Asyraf mencium kedua-dua pipi milik si comel itu.

Airis akan menjalankan berpantang di rumah Sara. Sara bertegas mahu menjaganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience