16

Romance Series 17281

Selepas menggugurkan anaknya Airis terasa sangat lemah . Lemah badan boleh ditahan tapi lemah di dalam hati .

Airis memegang perutnya yang kosong.

"Maaf sayangku, Ibu terpaksa sayang." Airis mengalirkan air matanya. Sakit hatinya mengingatkan hati binatang suaminya.

Airis di jaga oleh pembantu sementara menjaga dia pantang.

Rupanya betullah tekaan dia selama ni . Dia hanyalah pemuas nafsu Ammar sahaja.

Selepas habis berpantang 100 hari. Ammar menuntut tanggungjawabnya dan Airis lakukan dengan separuh jiwa. Tiada lagi perasaan sayang. Seperti patung.

Dia seperti hilang kosa kata ketika berhadapan dengan Ammar.

Airis semakin takut dengan hubungan ranjang ini.

Bagaimana kalau aku dah tak boleh mengandung. Macam mana kalau selepas kejadian itu Allah mandulkan aku. Macam mana pula kalau aku mengandung lagi sekali.

Ya Allah..

Takutnya untuk menjalani proses pengguguran lagi sekali .

Hanya Allah yang tahu kesakitannya.

Hampir bergaduh dia dengan Ammar kerana Airis ingin menuntut janinnya untuk ditanam di kubur dan meletakkan nama. Ammar Asyraf bin Ammar Mukhriz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience