40

Romance Series 17281

Hampir 5 bulan Airis dan anak-anak mengikut Ammar pulang semula ke Malaysia. Kini dia tidak kembali di rumah kondominium, tapi berpindah ke rumah keluarga Ammar, rumah yang Ammar diami. Untuk pertama kalinya dia kerumah agam yang besar itu. Padanlah, keluarga Ammar ini berketurunan raja.

Harini Airis akan mengambil anaknya di rumah pengasuh. Ammar pulang lewat pada harini. Kerana mesyuarat di luar bandar. Untuk kali pertama dia memandu di Malaysia, setelah kembali kesini. Airis mencapai kunci kereta. Apabila, dia menekan-nekan punat kunci kereta. Tidak berbunyi. Lah, dah kenapa pula ni?

Airis mendail nombor Ammar.

" Abang, kunci kereta ni tak berfungsilah." Adu Airis pada suaminya.

" Habis battery lah tu. Sayang ambil kunci pendua dekat laci bilik bacaan." Ujar Ammar.

" Ok.."

Airis menyelongkar laci yang disebut oleh suaminya. Kunci yang dilihat dicapai. Tapi matanya ternampak botol kaca bersaiz sangat kecil. Airis mencapai botol itu, dibelek. Hatinya risau apabila melihat botol itu. Adakah Ammar sembunyikan apa-apa penyakit darinya. Tanpa berfikir panjang Airis capai botol tersebut dan letakkan dalam beg tangannya.

Airis mencapai telepon bimbit nombor pengasuh anak-anaknya didial.

" Mak Som, saya ambil lambat Hariz dan Hanis harini. Saya pergi Hospital. Terima Kasih Mak Som."

Airis menuju ke hospital. Ingin mengetahui tentang botol ubat tersebut. Dia perlu rujuk pada yang lebih pakar. lama dia menunggu giliran.

Airis terkejut apabila doktor menerangkan kandungan botol ubat tersebut. Dia tidak sangka, ubat itu bukan kerana Ammar sembunyikan penyakitnya. Tapi, Ammar sembunyikan kejahatannya.

Airis menunggu Ammar pulang dari rumah. Dia tidak menyambut kepulangan Ammar seperti biasa. Airis duduk dibirai katil, Ammar mendekati isterinya dengan senyuman. Tapi senyumannya tidak dibalas oleh Airis.

" Airis, kenapa ni?" Tanya Ammar pelik.

" Saya nak Abang mengaku sesuatu." Ujar Airis dengan tegas.

" Mengaku apa sayang?" Tanya Ammar dengan suara semakin gusar.

" Ini.." Airis mencampakkan botol kecil yang digenggamnya tadi diatas katil. Ammar terkejut. Dia kenal botol itu. Sangat kenal. Ammar diam.

" Kenapa diam? explain." Soal Airis.

" Sayang, abang mintak maaf." Itu sahaja ayat yang sesuai untuk dia luahkan.

" Saya dah agak dah. Malam tu memang ada yang tak kena dengan saya. Sampai hati abang buat Airis macam tu. Abang aniaya Airis. How could you Abang." Airis cuba bertahan tapi air matanya mengalir juga.

" Maaf sayang, maaf sangat-sangat. Abang betul-betul mintak maaf. Abang tak fikir panjang masa tu. Abang tak tahu cara macam mana lagi nak Airis terus berada dengan abang. Abang terlalu ingin memiliki Airis. Tapi Airis seakan-akan cuba menjauhkan diri dari abang masa tu. Abang tak ada pilihan. Abang buat cara jahat macam tu. Maafkan abang sayang." Ammar cuba untuk meraih jari-jemari Airis, tapi dengan pantas Airis menepis tangan Ammar.

" This is too much abang. Too much. Airis perlukan masa." Airis terus merebahkan tubuhnya di katil.

Sudah seminggu Airis mendiamkan diri. Ammar sudah mati akal untuk memujuk isteri yang semakin berjauh hatinya.

Ammar melihat Airis terus keluar dari bilik selepas solat subuh berjemaah. Sudah banyak kali kata-kata maaf diluahkan. Tapi tidak langsung dilayan.

Tiba-tiba Ammar merasakan kepalanya pening yang amat sangat. Mujur harini hari sabtu bolehlah dia berehat sahaja. Airis masuk kebilik semula selepas azan zuhur. Dia melihat Ammar tidur nyenyak diatas katil.

Tiba-tiba Ammar tersedar dan terus berlalu kebilik air. Airis mendengar Ammar muntah-muntah di bilik air. Airis mendekati suaminya diusap belakang suaminya. Ammar tersenyum, walaupun perit tekaknya sekarang, tapi dengan perhatian yang diberikan oleh Airis sudah cukup bahagia buat Ammar. Sudah seminggu Ammar tidak menerima sabarang sentuhan dari Airis.

" Awak makan apa sampai muntah-muntah ni?" Soal Airis dengan nada cemas.

" I don't know." Jawab Ammar.

" Sendiri makan, sendiri tak tahu." Geram Airis dengan jawapan Ammar. Dia memapah suaminya untuk berbaring semula di atas katil. Airis mengambil minyak cap kapak di dalam begnya.

" Eii, abang tak suka tu." Ujar Ammar dengan muka tak senangnya apabila Airis dengan muka bersahaja menyapu ubat tersebut pada perut dan dadanya. Ammar memang dari kecil tidak suka ubat angin Minyak cap kapak. Busuk.

" Kenapa?" tangan Airis masih mengurut lembut perut suaminya.

" Busuk." Jawab Ammar jujur.

" Mana ada busuk. Sedap bau dia. Berangin je" Airis mencium minyak angin itu. Ammar yang dari tadi menutup hidungnya. Dijeling sekilas melihat Airis yang masih lincah mengurut perutnya. Tiba-tiba merasa mual semula. Terus berlari kebilik air.

Ammar kembali semula ke atas katil. Wajahnya sangat lemah. Airis meletakkan ubat angin di tengkuk Ammar pula. Ammar tersedar sesuatu. Dia lupa tutup hidung. Bau minyak cap kapak di terhidu. Tapi, pelik. Bau minyak angin itu sedap pula dihidu.

" Ni bau minyak tu ke?" Tanya Ammar pada Airis.

" Ya lah." Jawab Airis pelik.

" Sedapnya bau dia. Nak botol tu." Airis menyerahkan botol tersebut pada tangan Ammar. Ammar meletakkan minyak itu sedikit dijarinya dan disapu di hidungnya.

" Tadi kata busuk." Ujar Airis dengan suara penuh curiga.

" Itu tadi, sekarang tak. Leganya bau dia." Ujar Ammar sambil menutup mata.

" Saya nak masak bubur ni. Awak keracunan makanan kot." Airis terus bangun meninggalkan Ammar.

Selepas dua minggu Ammar berkeadaan itu Airis semakin risau. Dua kali pergi ke klinik masih jawapan yang. "Suami puan ok, cuma keracunan makanan sahaja."

Sudah pelbagai ubat Airis paksa Ammar telan. Masih seperti itu. Muntah-muntah dan pening. Malam ini lagi teruk, sehingga tak larat makan. Semua makanan tak berselera.

Ammar bersandar lemah pada kepala katil.

" Abang, sampai bila abang nak sakit ni?" Tanya Airis geram.

" Kenapa, dah tak larat jaga abang ke?" Tanya Ammar jauh hati.

" Bukan macam tu. Airis risau. Sudah dua minggu macam ni."

" Abang ok. Abang pernah sakit macam ni dulu." Cerita Ammar. Terbuka luas mata Airis.

" Bila, tak tahu pun." Soal Airis dengan suara terkejut.

" Dah lama dah. Airis dah pergi tinggalkan abang masa tu." Jawab Ammar sambil tersenyum nipis.

" Berapa lama baru sihat?" Tanya Airis menukar topik.

" 7 bulan." Jawab Ammar pendek. Mual dia datang semula. Tapi cuba ditahan.

" Lamanya.." Airis jatuh kasihan pada suaminya.

" Tak apa. Inilah balasan untuk kesalahan abang sebab aniaya Airis. Airis maafkan abang. Kalau abang mati, abang harapkan Airis dapat maafkan abang sebelum abang mati." Jawab Ammar penuh keikhlasan.

" Abang cakap apa ni. Abang kata haritu abang sakit lepastu sihat. Ni mati pula..." Ujar Airis sedih.

" Mati itu pasti. Airis maafkan abang?" Tanya Ammar pada Airis.

" Ya, ya... saya dah maafkan abang. Abang kena sihat. Hariz dan Hanis perlukan abang." Jawab Airis sedih.

" Airis.... Airis tak perlukan abang ke?" Tanya Ammar sayu.

" Ofcourse I need you." Airis mendakap tubuh Ammar. Ammar tersenyum bahagia.

" Terima kasih sayang sebab maafkan abang. I love you Airis." Ucap Ammar sambil mengucup dahi Airis.

" I love you too abang. Love you so much. So, please be healthy." Ujar Airis dengan air mata mengalir dipipi. Ammar menyeka air mata Airis.

" Yes, inshaallah I will...." mereka merenung mata sesama sendiri.

Sudah sebulan berlalu. Ammar masih muntah-muntah tapi semakin berkurangan. Selera makan sahaja seperti selalu. Memilih. Tak suka ikan, nak makan ayam sahaja.

Pagi itu, Puan Rose membuat panggilan pada menantunya.

" Sihat ma, cuma abang Ammar masih sakit. Muntah-muntah dan pening-pening lagi. Dah sebulan lebih ma.. risau saya." Adu Airis pada ibu mertuanya.

" Sedih mama dengar. Kamu jagalah dia baik-baik ya Aisyah. Mama percaya dekat kamu. Ni, Ammarnya ada di mana?"

" Tak balik dari kerja lagi ma."

" Hariz dan Hanis?"

" Ada.. tengah main dekat halaman." Jawab Airis.

" Ammar sekarang boleh makan tak?" Tanya Puan Rose risau.

" Dia boleh makan ayam je. Kalau masak ikan, dia kata busuk. Sampai muntah-muntah teruk. Dah sebulan lebih tak makan ikan. Aisyah yang teringin makan ikan terpaksalah berkorban ma." Cerita Airis pada Puan Rose.

" Eh, kamu cakap Ammar tak suka ikan? dia kata busuk?"

" Ya ma... kenapa ma?"

" Mama rasa, mama tahu kenapa dia macam tu."

" Kenapa ma?" Tanya Airis teruja.

" Kamu mengandung ni Aisyah. Mama masa mengandungkan Ammar, papa yang alami alahan teruk. Mama rasa, masa Ammar sakit macam tu dulu pun, sebab alahan masa kamu mengandung Hariz dan Hanis. Kamu pergilah cek. Mama tak sabar mahu dengar berita gembira ni." Ujar Puan Rise dengan suara gembira. Airis mula berfikir. Dia memang sudah 3 bulan tidak datang bulan. Boleh jadi betul tekaan mama tu.

Ujian kehamilan di capai dan terus masuk kebilik air. Airis tersenyum bahagia selepas melihat ujian kehamilan itu. Positif. Betul tekaan mama. Alhamdulillah.

Kalau dulu dua garisan itu mendatang pelbagai rasa. Tapi tidak kini. Dia sangat bahagia dan gembira. Ammar juga banyak kali bertanyakan dirinya.

" Sayang dah mengandung belum?" Itu jelah soalannya bila dia lambat datang bulan. Tapi dia bahagia. Sekurang-kurangnya kehadiran janin yang ini, dinanti-nantikan oleh suami tercinta.

Airis tidak sabar menanti kepulangan suami tercinta. Airis memandang pintu pagar yang bergerak perlahan menandakan orang yang dinanti telah sampai.

" Hai sayang!!" Ammar mendepakan tangannya sebaik keluar dari kereta. Ammar tersenyum manis, begitu juga Airis. Dengan perlahan Airis menghampiri Ammar dan terus saja Ammar mendakap tubuh Airis erat.

" Abang rindukan Airis. Rasa macam nak bawa sekali Airis pergi office." Kata Ammar perlahan. Pipi Airis menerima sebuah ciuman yang cukup hangat.

" Bukan lama pun abang pergi kerja. Tak payahlah sampai nak angkut Airis sekali. Itu sudah melebih-lebih. Mentang-mentanglah big boss." Airis menjeling manja pada suaminya.

" Abang tak tahu kenapa, sesaat pun abang rasa tidak sanggup berpisah dengan sayang. Abang sentiasa rindukan sayang." Rambut Airis dibelai mesra dan Ammar memandang Airis dengan pandangan yang cukup bahagia.

Ammar menolak perlahan tubuh Airis ke badan kereta dan ciuman hangat diberikan pada bibir Airis.

Dengan perlahan Ammar melepaskan bibirnya. Dan mereka berdua saling tersenyum.

" Emmm, abang nak tahu satu berita best tak?" Soal Airis perlahan. Pipi Ammar Airis sentuh dan tangan itu Ammar pegang lalu dicium sayang.

" Berita apa?" Soal Ammar.

" Abang kena kuat dan sihat dulu."

" Hmmm, abang sentiasa kuat setiap malam sayang." Ammar satukan dahinya pada Airis.

" Eii, orang cakap suruh kuat dan sihat. Jangan sakit-sakit dah." Semakin nakal Ammar ni. Ammar ketawa dengan kuat. Nampak terlalu ceria.

" Nakal.." Airis cuit hidung Ammar.

" Emmm, geramnya.." Ammar memegang pula kedua-dua pipi Airis. Ammar mendekatkan wajahnya pada Airis. Cepat-cepat Airis menutup bibirnya dengan tangan kanannya.

" Ehh, sudah-sudah. Malam ni sambung." Ammar menggigit hujung bibirnya tanda geram.

" Berita apa yang Airis nak bagitahu abang tadi?"

Airis tersenyum. Airis memegang tangan kanan Ammar dan dibawa ke perut Airis. Ammar pandang perut Airis. Dahinya berkerut.

" Anak abang..."

Ammar diam. Lama dia memandang perut Airis. Tiba-tiba Ammar memeluk Airis erat.

" Terima Kasih sayang..." Ucap Ammar perlahan

" Hasil kerjasama kita." Ujar Airis sambil ketawa geli hati dengan lawak dewasanya.

" Alhamdulillah.."

Setelah usia kandungan Airis 7 bulan, Puan Rose dan Tuan Mukhtar kembali ke Malaysia.

" Mama kata dah tak nak duduk Malaysia." Ujar Ammar pada ibunya.

" Itu dulu. Dulu tak ada siapa-siapa dekat sini. Sekarang ni mama dah ada keluarga besar dekat sini. Buat apa duduk dekat sana lagi. Disini lebih meriah, ada Aisyah, Hariz, Hanis lagi 2 dalam perut ni." Ucap Puan Rose sambil memegang perut Airis yang duduk disebelahnya.

" Seronok Aisyah dengar. Nanti pantang boleh mama tolong jagakan." Ujar Airis dari tadi diam.

" Of course my dear.."

Selepas bersalinkan si kembar yang kedua ini, semakin terasa penatnya. Airis dijaga oleh suami dan ibu mertua.

" Abang, Airis boleh buat sendiri.." kata Airis apabila melihat Ammar membawa ubat luka. Mustahil dia yang sapukan ubat luka, sanggupkah dia melihatnya nanti. Sedangkan sewaktu elok pun aku malu hendak memperlihatkan kepadanya. Lagilah waktu begini.

Ammar tetap dengan muka bersahaja. Dia melumurkan kapas dengan ubat luka.

" Abang, I'll do by myself." Airis bersuara lagi.

" Airis, Airis malu ke? Airis nak abang buat atau mama?" Soal Ammar tegas. Suruh mama? lagilah aku malu.

Ammar melihat Airis diam. Ammar memegang kain batik Airis sedia untuk menyapu ubat tersebut.

" Abang...."

" Sayang.... abang boleh buat. Jangan risau. Semua yang Airis buat untuk abang sudah cukup sempurna. Apalah sangat sapukan ubat ni. Sayang jangan malu, abangkan dah selalu tengok." Airis diam.

Tanpa rasa terpaksa Ammar menyapu ubat luka dibahagian sulit Airis.

Airis menahan pedih. Hampir terangkat punggungnya. "Maaf," kata Ammar. Kali kedua dia sapu dengan lebih perlahan. Airis memejamkan mata menahan pedih. Ya Allah pedihnya.

" Sakit sayang?"Tanya Ammar.

" Pedih bila kena ubat..." Jawab Airis.

" Maaf sayang..."

Setelah siap menyapukan ubat, Ammar membantu Airis bangun untuk makan pula. Macam biasa, lauk orang berpantang. Nasi putih, Ayam bakar dan air asam.

" Maaf, sayang boleh makan yang macam ni je." Ujar Ammar sambil menyuapkan nasi kemulut Airis.

" Lauk macam ni pun sedap.. Abang tak nak rasa?" Tanya Airis pada Ammar. Ammar menggeleng.

" Mesti yang ni masam." Ammar menunjukkan air asam itu.

" Abang rasalah. Ayam tu cecah dengan air asam tu lepastu makan dengan nasi." Arah Airis. Ammar mengikut arahan Airis.

" Sedap tak?" Tanya Airis pada Ammar yang sedang mengunyah.

" Sedap, not bad. Tak adalah teruk sangat berpantang ni." Ujar Ammar dengan suapan yang kedua.

" Eh eh, itu Airis punya. Orang suruh rasa je bukan makan." Airis menghalang Ammar dari suapan yang ketiga.

" Hahaha, yalah-yalah..."

Malam itu Airis berbaring diatas katil. Kedua-dua baby diletakkan ditengah-tengah. Baru lepas menyusu, lenalah dia. Dia merenung kedua-dua wajah anaknya. Ammar Yusuf dan Airis Sofea.

" Sayang, dah menyusu ke baby kita?" Tanya Ammar sambil berdiri disebelah isteri. Dibongkokkan tubuhnya pipi Airis dicium.

" Sudah.. tu yang sedap tidur. Hariz dan Hanis dah tidur?" Tanya Airis pula.

" Belum, mama dan papa tengah layan dia orang."

" Ohh, abang.. letak baby dekat katil dia orang." Arah Airis manja.

Setelah meletakkan kedua-dua bayi mereka di katil bayi, Ammar berbaring disebelah Airis. Didakap tubuh itu.

" Sakit sangat tak masa deliver baby?" Soal Ammar tiba-tiba. Airis memandang wajah suaminya. Didongakkan sedikit kepala untuk melihat mata suami.

" Tiga jenis sakit yang paling perit di dunia, sakit gigi, sakit nak bersalin dan sakit nak mati."

" Blood was everywhere at that time," Kata Ammar. Takut Ammar mengingatkan pengalaman menemani Airis bersalinkan anaknya.

Airis senyap.

" I don't want you suffer anymore. Let's have a good life together. Just the six of us." Ammar meraih jari Airis dan dukucup jari itu.

" Cukup ke 4 je anak kita?" Ammar angguk. "Betul ni?" Airis meminta kepastian.

Ammar mengangguk laju.

" Next time, we have to use protection." Cadang Ammar.

Airis diam.

" Can we do that?" Tanya Ammar.

" As you wish" Airis pula mengangguk.

" Terima kasih sayang, sebab lahirkan zuriat abang. I love you sayang."

" Terima kasih juga abang, sebab mencintai Airis. I love you too..."

Kehidupan tak semudah yang kita fikirkan. Tapi ia juga tak serumit yang kita fikirkan. Asalkan dalam menempuhi ujian dari-Nya kita sentiasa membawa dua perkara, sabar dan syukur. InsyaAllah, dengan dua perkara itu, bahtera yang sedang berlayar pasti berjaya melayari samudera.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience