15

Romance Series 17281

Seminggu sudah berlalu Ammar datang ke rumah Airis. Ammar terus masuk kedapur, semerbak bau kari. Ammar mendekati Airis. Dipeluk pinggang ramping Airis.

"Hai sayang, rindunya.." Tubuh Airis didakap erat. Dicium pipi Airis. Bahu Airis yang terdedah dikucup lembut.

Airis senang dengan sikap Ammar yang manja dan kadang romantis.

"Sama.." Airis meletakkan sudip ditepi. Kari yang sudah siap ditutup dan api dimatikan. Badannya dipusing dan terus menghadap wajah suami yang dirindui. Pipi lelaki itu dicium.

Ammar tersenyum.

"Sedapnya, Abang rindu makanan Airis." Pelukan dileraikan.

"Kalau rindu janganlah tinggalkan Airis lama-lama." Rajuk Airis.

Ammar tersenyum dan mencuit hidung Airis. "Abang tak balik sini, sebab Abang tak tahan tengok Airis. Kalau Abang adapun bukan boleh buat apa-apa dekat Airis." Jawab Ammar dan ketawa.

"Takkan langsung tak boleh?" Pelik Airis dengan sikap suaminya. Marah pun ada. Ketika dia suci sahaja suaminya datang. Pendek kata, ketika dia boleh bersama sahaja nampak muka suaminya. Kalau tidak boleh bersama, bayang-bayang dia pun tak muncul. Panggilan telepon pun Airis tidak terima. Apalagi yang sesuai digunakan untuk keadaan dia sekarang?

Perempuan simpanan?
Pelacur?

Tolonglah tidak mahu lagi dia fikirkan perkara itu.

"Tak boleh!" Jawab Ammar sambil ketawa. Airis tahu itu bukan gurauan tapu itulah kebenaran.

Selepas makan bersama. Airis mengemas dapur manakala Ammar sedang menonton tv.

Setelah selesai mengemas Airis menghampiri suaminya. Airis duduk disebelah suaminya.

" Abang..." Panggil Airis lembut.

" Hmmm..." Jawab Ammar, matanya masih di tv. Sekali-sekala dia ketawa. Ammar mengesot ketepi sedikit dan kepalanya terus diletakkan di riba Airis.

" Abang..." Panggil Airis lagi. Jarinya membelai lembut rambut suaminya.

" Ya sayang, cakap je lah.. Abang dengar ni."

" Airis, erm..." Airis takut-takut mahu memberitahu berita kehamilannya. Takut dengan penerimaan Ammar nanti.

" Sayang kenapa?" Tanya Ammar. Matanya memandang mata Airis.

" Airis mengandung." Jawab Airis lembut. Airis melihat raut wajah suaminya diriba. Diam. Muka yang menunjukkan tiada perasaan suka ataupun tak suka. Lambat-lambat Ammar mengangkat kepalanya. Dia duduk menyandar pada sofa.

Ammar mencapai remote tv di atas meja dan punat off ditekan. Ruang tamu itu sunyi. Airis hanya memerhati suaminya.

" Gugurkan." Ucap Ammar dengan suara mendatar. Dipandang mata Airis. Airis terkejut dengan ayat tersebut. Airis ingatkan Ammar akan menukar fikiran. Sudah lama ayat itu dia tidak dengar.

" Abang.. kenapa kena gugurkan. Ini anak halal abang. Apa masalahnya." Airis memujuk jari Ammar disentuh. Ammar menepis lembut.

" Masalahnya, aku tak nak anak dengan kau. Kau tu pemuas nafsu aku je." Airis terkejut sangat. Matanya sudah berkaca-kaca.

" Sampai hati Abang. Airis tak nak gugurkan!!." Luah Airis. Air matanya sudah mengalir membasahi pipi.

" Aku tak tanya pendapat kau pun. Esok ikut aku. Kau berani lari, kau tahu kan apa aku boleh buat?" Airis tahu apa yang dimaksudkan Ammar. Rakaman CCTV itu. Ammar terus berlalu meninggalkan Airis sendirian diruangan itu.

Airis terdengar pintu bilik ditutup dengan kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience