23

Romance Series 17281

Keesokan paginya Airis bangun untuk bersiap-siap untuk keluar dari hospital. Ketika dia mahu membuat pembayaran, wanita inggeris yang dibantu semalam menegurnya.

" Terima Kasih dik kerana membantu saya semalam." Terkejut Airis wanita itu boleh berbahasa melayu.

" Sama-sama. Puan orang melayu ke?" Tanya Airis masih di depan kaunter pembayaran.

" Tak. Saya cuma boleh berbahasa Melayu sahaja. Sebab suami saya orang Malaysia. Datang kesini hanya untuk bercuti." Cerita wanita inggeris itu. Airis hanya menganggukkan kepalanya.

" Nama puan apa?" Tanya Airis lagi.

" Nama saya Sara. Saya datang kesini dengan suami saya, suami saya sedang menunggu dibawah. Dia suruh saya bawa awak sarapan bersama." Cerita Sara.

" Oh, tapi tak payah susah-susah. Saya ikhlas membantu." Tolak Airis lembut.

" Jangan begitu. Marilah, kami terhutang budi dengan adik." Pujuk Sara lagi.

" Hmm, baiklah. Tapi, saya kena bayar bil dulu." Airis tersenyum dan sedia untuk bertanya pada nurse. Tiba-tiba Sara bersuara.

" Tak payah, suami saya dah bayarkan." Terkejut Airis.

" Allah, Puan.. jangan susah-susah." Luah Airis malu.

" Tak ada susahnya. Marilah kita turun."

Sejak peristiwa Airis berkenalan dengan Sara dan suaminya bernama Adam. Airis diajak oleh mereka untuk berhijrah ke Negara England. Menurut mereka Airis akan diberi kerja. Kerana pasangan suami isteri itu mempunyai Restoran mewah di sana dan mereka baru sahaja membuka cawangan yang baru dan mereka sangat memerlukan manager yang baru. Tanpa berfikir terlalu panjang, Airis menerima dengan terbuka hati dengan tawaran yang diberikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience