24

Romance Series 17281

Baru 6 bulan kandungan Airis. Airis sudah merasakan keletihan yang amat sangat. Selepas pulang dari kerja tadi Airis terus singgah di taman permainan yang berdekatan dengan kondonya. Kondominium mewah bekas tempat tinggal Sara dan Adam dahulu. Sara dan Adam sudah lama berpindah ke Banglo mewah di kawasan berdekatan di situ juga.

Airis duduk di kerusi yang disediakan dan mengurut lembut betisnya yang terasa sangat kebas.

Sedang dia ralit mengurut kakinya, Airis perasan ada lelaki yang duduk disebelahnya. Nasib baik kerusi ni panjang.

Mata Airis automatik melihat lelaki yang berada disebelahnya, tidak semena-mena mata mereka berpandangan. Airis terkejut begitu juga lelaki disebelahnya.

" Asyraf.." Kata Airis lembut.

" Airis.." Asyraf mula mengukirkan senyuman.

" Apa awak buat dekat sini?" Tanya Airis teruja.

" Saya duduk sinilah dengan family saya. Saya pernah cerita dekat awak dulu." Jawab Asyraf matanya terpandang perut Airis. "Awak dah kahwin Airis, saya tak tahupun? saya rasa macam baru je jumpa awak. Tak sangka dah hampir 4 tahun kita tak jumpa." Sambung Asyraf lagi. Matanya masih melihat Airis.

" Hmm.. macam tulah." Airis terasa kekok yang amat sangat. Mahu cerita bagaimana jika Asyraf bertanya tentang bagaimana perkahwinannya?

" Awak duduk mana?" Tanya Airis pada Asyraf. Airis mengharapkan Asyraf tidak bertanyakan lebih lanjut tentang dirinya lagi.

" Saya duduk dekat rumah banglo sana." Jawab Asyraf tanganya di tunjuk pada belah kanannya. "Awak pula?" Tanya Asyraf pula.

" Tu, bangunan tu." Airis menunjukkan bangunan kondominium sebelah kirinya yang setinggi 27 tingkat itu.

" Awak duduk situ. Tingkat berapa?" Tanya Asyraf teruja.

" 7.." Jawab Airis mendatar matanya dialih pada kanak-kanak yang bermain-main kejar-kejaran dihadapannya.

" 7? nombor berapa?" Tanya Asyraf teruja. Airis pelik.

" Buat apa nak tahu? Saya tak nak bagitahu awak pun. Bahaya." Gurau Airis.

" Eh, Eh.. jangan salah faham Airis. Saya tanya sebab family saya ada rumah dekat situ dulu, dekat tingkat 7 juga." Cerita Asyraf pada Airis sungguh-sungguh.

" Okay, saya percaya.. Nombor rumah saya nombor 17." Jawab Airis matanya memandang Asyraf semula. Muka Asyraf terkejut.

" Eh, tu rumah family saya. Awak kenallah Sara dan Adam?" Tanya Asyraf pada Airis yang sedang mengurut betisnya semula.

" Saya kenal. Diorang tu yang banyak bantu saya." Carita Airis.

" Sara dan Adam tu ibu bapa saya lah Airis." Cerita Asyraf teruja. Airis juga turut terkejut. "Mereka pernah ceritakan pada saya, yang mereka pernah diragut dan ada perempuan mengandung membantu mereka dan mereka membantu perempuan tersebut. Tapi saya tak sangka itu awak. Sebab mereka sebut Aisyah, bukan Airis." Cerita Asyraf teruja.

" Hmm, betullah tu. Nama sayakan Airis Aisyah."

" Airis, mana suami awak?" Tanya Asyraf. Airis terkedu. Nak jawab apa ni.

" Boleh tak awak jangan tanya sekarang. Nanti saya ceritakan pada awak. Tapi bukan sekarang. Saya masih tidak bersedia." Luah Airis lembut dan tegas. Asyraf menganggukkan kepalanya tanda faham dengan permintaan Airis. Pasti ada sesuatu yang berat ditanggung oleh Airis sehinggakan untuk memberitahu dimana suami berada pun susah untuk dijawab. Apa yang awak mahu sembunyikan sebenarnya Airis?

" Saya tak pernah pun nampak awak sebelum ni? Sedangkan sudah 2 bulan saya berada disini." Tanya Airis pada Asyraf yang diam sejak tadi.

" Saya dekat University, saya jarang balik. Saya tunggu cuti baru balik. Ini saya balik lama sikit sebab saya sekarang tengah practical di hospital disini." Cerita Asyraf.

" Ohh.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience