22

Romance Series 17281

Airis membuka matanya perlahan. Ketika melihat pandangan sudah jelas. Dia terus duduk bersandar dikepala katil. Dia cuba mengingati apa yang telah barlaku kepadanya sehingga dia terlantar di sini. Airis dapat mengagak ini hospital. Dengan suasana serba putih. Bau ubat kuat menusuk hidung. Orang kata kalau mengandung, deria bau menjadi kuat.

Airis terus peristiwa dia membantu wanita inggeris itu. Dan menumpaskan peragut itu dan kemudian dia sakit kepala dan perut dia sakit dan bahagia sulit dia terasa ada cecair yang keluar.

Airis terus memegang perutnya.

" Anak aku.." Airis terus menangis. Menangis lagi dan lagi sehingga Doktor dan beberapa nurse datang menghampirinya.

" Doktor, Bagaimana dengan kandungan saya?" Tanya Airis tersedu-sedan. Dia takut dengan kenyataan 'gugur'. Tolong aku Ya Allah.

" Ibu jangan rasa cemas. Bayinya selamat." Ucap doktor perempuan itu lembut.

" Alhamdulillah." Airis menangis lagi tapi nangis kerana kesyukuran. Tersenyum dia malihat perutnya tangannya masih setia diletakkan di atas perutnya yang masih berpenghuni.

" Saya ingin ingatkan. Kandungan ibu masih awal dan sementara ibu juga kandungi anak kembar." Ujar Doktor perempuan itu. Airis terkejut.

" Kembar?" Tanya Airis pelik dan ada rasa teruja. Terangkat kedua-dua keningnya.

" Yes."

" Terima Kasih ya Allah, Alhamdulillah. Terima Kasih Doktor." Ucap Airis Ikhlas pada Doktor itu.

" Saya boleh pulang sekarang doktor?"Tanya Airis.

" Ibu enggak bisa pulang sekarang. Esok baru bisa. Kerana sekarang sudah pukul 11 malam." Ujar Doktor itu lagi. Airis menganggukkan kepala senyuman masih dibibirnya.

" Ibu makan dulu ya." Doktor itu menolak dulang yang berisi sepinggan nasi. Semangkuk Ikan masak lemak dan sayur tumis. Tidak dilupakan secawan susu. " Ibu makan ya, Saya pergi dulu. Jika ada apa-apa bisa tekan butang warna merah ini."

" Baik Doktor, Terima Kasih."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience