20

Romance Series 17281

Selepas Ammar pergi keluar untuk pulang ke rumah keluarganya. Airis bergegas mengemas pakaiannya. Hanya 3 pasang baju sahaja dibawanya.

Airis mengambil file-file bekenaan dengan dirinya.

" Passport, done. Surat nikah,done. Surat beranak,done. Ic,done. kad bank.done." Di semak segala barang-barang penting yang akan dibawa dan terus diletakkan pada beg sandangnya.

Airis melihat setiap penerbangan yang paling awal pada esok pagi di internet.

Airis sudah tekad. Larikan diri kalau nak selamat. Lari jauh dari Malaysia.

Dengan duit yand dia ada. Mungkin sesuai di menetap di negara Indonesia.

Esok pagi pukul 7 pagi penerbangan ke Indonesia. Airis menempah melalui online.

Sekarang dia harus pergi ke KLIA dan duduk di hotel berdekatan disana supaya mudah urusannya nanti.

Airis mengemas rumah dahulu.

Setelah selesai mengemas rumah, Airis mencapai pen dan kertas. Dicoretkan kata-kata untuk suaminya.

Airis membaca semula apa yang ditulisnya.

" Ok,done"

Airis bersiap.

Airis memakai seluar jeans berwarna biru gelap dan t-shirt putih berlengan pendek , Selendang hitam dan akhir sekali memakai jaket hitam berlengan panjang dan mempunyai hop. Kasut sport disarung beg sandang dipakai.

"Ok.Selesai."

Airis mendekati pintu keluar. Sebelum memulas pintu untuk keluar..Airis melihat sekeliling ruang tamu itu.

"Terima kasih rumah kerana berjasa melindungi aku. Ada jodoh kita jumpa lagi. Jaga tuan kau baik. Bye rumah. Assalamualakum."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience