31

Romance Series 17281

2 tahun berlalu.

Airis dan anak-anaknya bermain bersama-sama di pantai. Sedang anaknya berlari kesana-sini dia juga penat mengejar anak-anaknya yang berlari kearah bertentangan.

" Hariz !! Hanis !! sinilah, main dekat sini. Mama buat castle." Jerit Airis pada anak-anaknya yang seronok berlari-lari. Nasib masih tiada orang lain yang berkunjung kesini lagi. Maklumlah, selepas subuh terus dia pergi ke pantai. Air pantai masih surut lagi. Anak-anaknya termakan umpan mamanya. Berlari-lari anak mereka mendekati ibunya yang sedang membuat istana pasir itu.

" Ini Castle Hariz." Kata si abang dengan bangga mengaku istana pasir yang sudah siap.

" Bukan, ni Hanis punya. This is mine." Jawab Hanis tegas.

" No, this is mine." Jawab si Hariz pula.

" Haih, jangan gaduh-gaduh sayang. Castle ni kita kongsi sama-sama. Allah sayang orang yang suka berkongsi. Hariz dan Hanis kan dah besar, birthday nak dekat dah, kan?." Pujuk Airis pada anak-anaknya.

" Birthday kami? esok ke?" Tanya si Hariz.

" Bukan esok, Next month." Jawab Airis. Tersenyum Hariz dan Hanis.

Sudah lama bermain di pantai, anak-anaknya juga sudah kepenatan. Terdapat ada beberapa orang pengunjung baru sampai untuk bermain di sini juga.

" Mama, nak balik. Penatlah, nak makan." Adu si Hanis.

" Ok, jom kita balik" Ajak si ibu.

Mereka berjalan beriringan setelah menukar pakaian di bilik persalinan. Sedang mereka berjalan si Hanis dan Hariz yang melihat pondok ice cream terus meminta kepada ibunya.

" Mama, nak ice-cream, please." Rayu si anak.

" Ok. Tapi makan duduk tau. Jangan jalan-jalan, nanti kotor baju, lepas ni kan, kita nak pergi rumah grandma dan grandpa, remember?" Tanya si ibu.

" Ok." Jawab si anak serentak.

Selepas membeli ice-cream, anak-anaknya makan dengan begitu nikmat. Langsung tidak bercakap. Airis melihat Hariz sudah habis memakan ice-creamnya. Tinggal Hanis sahaja. Sambil menunggu si adik menghabiskan ice-cream, si abang berlari-lari mengililingi adiknya yang sedang duduk dikerusi kayu.

" Bukk." Hariz terjatuh didepan pasangan suami isteri yang sedang berjalan. Airis yang mendengar anaknya menangis terus menoleh kepalanya. Cepat-cepat dia mendekati Hariz.

" Mama, Hariz jatuh. Sakit." Adu si anak. Airis membongkokkan tubuhnya untuk mengangkat anaknya. Pasangan suami isteri itu masih berdiri disebelah anaknya.

" Alahai, kesian anak mama." Pujuk Airis. Kemudian dia mengucapkan terima kasih kepada pasangan suami isteri yang membantu anaknya berdiri tadi.

" Thanks."

" Welcome. Awak orang malaysia ke?" Tanya wanita berwajah orang putih itu. Terkejut Airis dengan soalan itu.

" Ya, saya orang malaysia. Puan pun sama ke?" Tanya Airis ramah.

" Saya asal orang sini. Suami saya orang Malaysia." Jawab wanita yang agak sudah berusia itu.

" Nama saya Aisyah." Airis memperkenalkan diri.

" Nama saya ros, panggil mama je lah. Ini suami saya Mukhtar."

" Panggil papa." Jawab si suami kepada Puan Ros pula.

" Err, kenapa mama papa pula ni? pelik dah saya ni." Tanya Airis pelik. Tangannya sudah menggaru kepala yang dilapik dengan tudung itu. Sebenarnya kepalanya tak gatal pun.

" Anak kamu nanti mesti panggil kami nenek dan atuk. Biarlah, kami tak kisah. Kami pun tak ada anak perempuan." Jawab si Puan Ros ramah. Entah kenapa hati dia gembira melihat wajah aisyah dan anak-anaknya. Seakan-akan keluarga yang sudah lama terpisah berjumpa semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience