29

Romance Series 17281

Tengku Ros menjenguk anaknya yang sedang baring diatas katil. Dihampiri anaknya itu. Digoncang lembut bahu Ammar.

" Ammar, bangun nak."

" Hmm, kenapa ma? pukul berapa dah ni?" Tanya Ammar pada ibunya.

" Dah pukul 9 pagi. Ada kawan Ammar nak jumpa." Ucap Tengku Ros sambil memegang paha anaknya.

" Siapa ma?" Tanya Ammar teruja. Airis kah?

" Farid. Dia dah tunggu dekat bawah, Ammar nak jumpa dekat bawah atau nak suruh dia naik atas?" Tanya mamanya lembut.

" Ammar turun." Jawab Ammar lemah. Sebelum turun kebawah, Ammar mandi dan bersiap kemas. Wajahnya sahaja tidak di cukur.

" Assalamualaikum Farid." Salam disambut dan berpelukan seketika. Mereka duduk di kerusi bulat yang berada di halaman. Bibik menyediakan sepinggan kuih seri muka dan air kopi panas.

" Kenapa muka kau macam ni Ammar?" Tanya Farid pada sahabatnya yang sudah lama tidak berjumpa. Wajah Ammar yang dilihat penuh dengan jambang dan rambut juga panjang. Tubuhnya juga sudah tidak segak seperti dulu, agak kurus.

Soalan Farid tidak dijawab. Diam. Hanya hembusan nafas yang dilepaskan.

" Berat sangat ke masalah kau, cuba cerita dengan aku Am. Walaupun aku aku tak dapat tolong, insyaallah lepas kau cerita dekat aku mungkin ringan sikit perasaan kau." Pujuk Farid pada sahabatnya. Ammar Diam seketika. Dipandang mata Farid untuk melihat kebenaran dalam setiap pujukan itu.

" Airis." Jawab Ammar perlahan, tapi masih boleh didengar Farid dengan jelas.

" Kenapa dengan Airis?" Tanya Farid ingin tahu. Sudah agak lama nama Airis tidak di dengar. Apakah khabar Airis?

" Dia hilang." Jawab Ammar sayu.

" Kenapa dia hilang?" Tanya Farid pelik.

" Aku, aku dah kahwin dengan dia." Cerita Ammar pendek. Terkejut Farid dengan ayat tersebut. Tidak pernah dia tahu akan khabaran tentang perkahwinan mereka.

" Bila, aku tak tahu pun?" Tanya Farid lagi. Masih dengan nada terkejut.

" 6 tahun dah aku kahwin dengan dia," Jawab Ammar. Makin terkejut Farid. "aku nikah dekat pejabat agama je." sambung Ammar lagi.

" So, mana Airisnya? aku tak nampak pun?" Mata Farid melilau mencari kelibat Airis.

" Dia hilang. Dah 2 tahun dia pergi. Aku dah mintak tolong penyiasat pun still tak jumpa. Aku tak tahu apa salah aku sampai dia tinggalkan aku." Cerita Ammar lagi.

" Family kau tahu tak?" Tanya Farid.

" Tak, kau orang pertama yang tahu." Jawab Ammar sayu.

" Kau jadi macam ni sebab kau hilang semangat hidup ke Ammar?"

" Entah lah, aku rasa hidup aku tak bermakna lagi. Aku nak jumpa dia, tapi aku tak tahu mana nak cari dia." Luah Ammar sayu.

" Kau masih boleh berusaha untuk jumpa dia Ammar. Kau masih boleh berdoa pada Allah untuk berjumpa dia. Kau kena bersyukur, kau masih ada peluang untuk berjumpa dia. Kau kena terus minta bantuan dari Allah. Hanya dengan izin Allah sahaja kau boleh jumpa dia." Pujuk Farid pada sahabatnya.

" Nak ke Allah makbulkan doa aku Farid?" Tanya Ammar pada Farid. Ammar sedar akan kejahilan dirinya. Dia sudah lama tidak solat, lagilah berdoa. Buat apa berdoa tapi tak solat?

" Bertaubatlah Ammar. Allah maha pemaaf."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience