39

Romance Series 17281

" Tuk..tuk..tuk.."

" Mama..mama.." Suara Hariz berselang dengan Hanis kedengaran menjerit-jerit memanggil dirinya.

Cepat-cepat Airis menolak lembut tubuh suaminya dari terus memeluk tubuhnya.

" Err, anak saya dah panggil tu." Ucap Airis pada Ammar apabila Ammar masih degil tidak mahu meleraikan pelukan.

" Bukan anak sayang, tapi anak kita." Ammar membetulkan ayat Airis. Tubuh Airis yang didakap tadi dilepaskan satu ciuman diberikan pada pipi kanan Airis. Ammar terus meluru ke pintu dan membuka pintu itu. Hariz dan Hanis terus masuk mendapatkan Ibunya.

" Mama, rindu mama. Kenapa mama lambat turun?" Tanya si Hariz.

" Siapa uncle handsome ni? boyfriend mama ke?" Tanya si Hanis pula. Ammar hanya tersenyum bahagia.

" No, I am not your mom's boyfriend. But, I am your father. Your mom's husband." Ujar Ammar pada anak-anaknya.

" Father?" Tanya Hariz dengan wajah keliru.

" Yes, I'm your father."

" Actually, we're already has a father." Hanis pula bersuara.

" Who is he?" Tanya Ammar pelik.

" Papa. Papa Asyraf." Hanis menjawab.

" Sayang, Papa Asyraf is not your father. Ini Ayah Hanis dan Hariz yang sebenar." Airis duduk di lantai supaya sama tinggi dengan anak-anaknya.

" Really?" Tanya Hanis lagi matanya memandang tepat pada mata Ammar.

" Yes.." Jawab Ammar.

" Ok, I am so glad to know that. Sebab, Ayah Hariz dan Hanis lagi handsome dari papa Asyraf." Ammar ketawa bahagia. Tak sangka anak-anaknya petah berkata-kata. Patutlah mama dan papanya buka main bahagia bila dia memberitahu pada malam tadi bahawa Airis adalah isterinya. Secara tidak langsung anak-anak Airis adalah anak-anaknya.

Banyak juga soalan cepumas yang harus dijawab malam tadi. Kenapa boleh berkahwin. Kenapa rahsiakan perkahwinan. Bagaimana boleh berpisah begitu lama. Bagaimana boleh dia tidak tahu kehadiran janin dalam rahim isterinya. Pelbagai soalan, yang penting dia sudah jawab dengan jujur.

Sesungguhnya, yang bermula itu adalah atas kesalahan dirinya sendiri dan itu juga telah diakui dengan jujur kepada ibu bapanya. Mengucap panjang mama papanya apabila dia menceritakan bahawa dia yang menganiaya Airis. Sedangkan perkara itu tidak pernah diketahui oleh Airis hingga ke detik sekarang tentang kejadian malam bersejarah itu.

Ammar juga mengaku bahawa Airis pernah menggugurkan anak pertama mereka, itu juga adalah kerana kekejamanya. Begitu juga punca Airis pergi. Ketika dia melihat wajah anak-anaknya, dia sudah dapat mengagak kenapa isterinya melarikan diri. Pasti kerana ingin mengelak dari menggugurkan kandungan lagi.

" Hariz harap, Ayah lagi baik dari papa." Hariz pula bersuara sambil memegang tangan ayahnya.

Ammar tersenyum lagi. Pagi ini sahaja sudah berapa kali dia tersenyum bahagia.

Malam tadi, kata-kata maaf banyak keluar dari mulutnya untuk meraih kemaafan dari kedua ibu bapanya.

" Maafkan Ammar ma, pa.. I won't do that thing again anymore. Ammar akan jaga keluarga Ammar dengan sebaik mungkin. Terima Kasih ya Allah, kerana pulangkan keluargaku semula. Terima kasih kerana memberi aku peluang untuk baiki segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience