BAB 17

Romance Series 10994

Khaidar menumpukan perhatiannya keatas jalan raya. Dari tadi tiada satu pun patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Hanya lagu dari corong radio yang menceriakan suasana yang suram.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang dan kereta semakin banyak menyusuri jalan raya.

Hujung minggu lazimnya waktu yang dinanti semua. Hari untuk beristri rehat dan beriadah bersama keluarga. Waktu untuk melapangkan fikiran yang seminggu penat bekerja. Waktu untuk menenangkan fikiran dan menggembirakan hati perasaan.

Bagi yang bujang, waktu untuk melepak bersama kawan kawan, atau bak kata hipsternya ‘catching up’ dan bagi yang untung badan, boleh pergi dating dengan pakwe atau makwe.

Itu kepada yang bernasib baik.

Tapi kalau kepada yang nasib tak baik macam aku ni? 

Khaidar di sebelah aku jeling lagi. Macam biasa, sikit pun tidak beriak.

Teringat perbualan telefon aku dengan mak Khamis malam kelmarin

‘Hujung minggu ni kamu ada apa apa plan?’ Itu mukadimah Mak.

‘Tak ada mak. Kenapa? Mak nak datang KL ke?’

‘Tidak. Mak Cik Ita kamu nak menerima menantu sabtu ni, mak jadi orang pangkalnya.’

Aku teringatkan Ilyani, junior aku semasa di sekolah menengah. Mak ada bercerita kepada aku perihal ini semasa aku balik ke kampung tempoh hari.

‘Oooo. Ya tak ya. Lupa. Dah tu kenapa mak tanya? Macam ada hal jer?’

‘Kalau kamu tak ada plan. Auntie Zainab kamu ada call mak. Dia menjemput datang ke majlis kenduri sambutan hari jadi cucu dia’

Aku rasa macam dah boleh agak kemana hala tuju perbualan ni.

‘Fia tak nak pergi!’ Aku terus potong.

‘Pergilah. Apa salahnya. Dah dia menjemput kamu, tak baik menolak harapan dia. Mak wakilkan kamu ya’ Pujuk Mak.

Nampak tu, tak payah cerita panjang. Sekilas ikan di air. Sudah ku tahu jantan betinanya.

Macamlah aku tak tahu. Ni mesti perancangan diorang lah ni.

‘Kereta rosak’ Alasan lapuk itu jugak yang aku guna. Padahal baru jer ambil kereta dari workshop Ah Choong.

‘Naik lah teksi. Sekarang kan ada Uber la, Grab la. Cuba la fikir panjang sikit’ Mak bagi cadangan.

Boleh tahan Mak aku ni punya general knowledge. Jangan ingat orang duduk kampung tu buta ilmu!

‘Mak…Uber semua tu mahal lah! Fia tak gaji lagi’

‘Tengok tu! ada saja alasannya! Nanti mak suruh Khaidar jemput! Sesen pun kamu tak payah keluar duit!’

‘Eeii macamlah kita ni tak ada duit sangat pulak. Apa pasal pulak nak suruh dia jemput?’ Protest

‘Jadi kamu pergi ya!’

‘Bukan macam tu maksud Fia. Buat apa nak menyusahkan orang. Hidung tak mancung, pipi tersorong sorong. Macam mengada jer nak suruh berjemput bagai’

‘Hidung kamu tak mancung ke, pipi kamu tersorong ke, mak rasa Khaidar tu tak ada masalah nak jemput kamu.’

‘Mak, tak payah lah. Tak payah cakap dengan dia. Fia tak nak pergi!’ Putus aku sendiri.

‘Mak dah cakap dengan Auntie Zainab, kamu pergi. Kamu nak ke tak nak ke, kamu kena pergi jugak!’ Tegas Mak. Muktamad.

‘Makkkk…’

‘Dah, mak ada hal. Nanti telefon lagi. Assalamualaikum’ Mak dah kenakan kuasa veto dia. Aku hanya mampu getap bibir.

Tak lama kemudian, Pn. Zainab sendiri yang menelefon aku menyampaikan hasratnya. Lembut bicaranya menjemput. Tak sampai pula hati aku untuk menolak. Dia juga memberiathu Khaidar sudah diarahkan untuk menjemput aku.

Kalah dah aku set pertama ni.

Mak – 1, Sofea Farhana – 0.

Nak tak nak, seperti yang dirancang, pukul 2.15 petang, Khaidar Iskandar sudah terpacak di lobi apartment.

 ‘Awak tak rasa ni semua set up ke? kita janji aritu nak berkenalan je. Dah tu, sekarang ni tup tup Mummy awak dan Mak saya beriya nak saya datang majlis bagai pulak’ Aku luahkan rasa di hati.

‘Apa salahnya, memeriahkan majlis’ Jawabnya ringkas.

‘It doesn’t feel right. dah la tu datang dengan awak, memang konspirasi sangat!’

‘Mak, anggap saya macam anak dia. Same as Mummy anggap awak macam anak dia. Eventho there is no love between us, they love us, mak ayah kita sayang kita. Okay what. Just accept the love Fia. Untung apa awak harini ... Pergi berjemput, balik berhantar. Plus, dapat makan Free...’ Ulasnya bersahaja. Macam biasa. Ayat yang keluar dari mulut dia, walaupun pedih semua tetapi benar belaka.

‘Awak jangan la naïf sangat. Please don’t fall into their scheme En Khaidar. Obvious sangat tau diorang ni’

‘I know Fia. Saya bukan budak budak lagi. Tapi, kalau awak buat awkward macam ni karang, lagilah orang lain akan notice. Nanti lagi akan attract interest orang. So, just chill. Rilex. Kita layan jer’

Aku ingin membantah lagi tapi telefon aku tiba tiba mengeluarkan lagu annoying yang bertajuk 'what does the fox say'.

Aku reject terus panggilan itu.

Khaidar hanya menjeling.

Kemudian lagu yang tersangat annoying tu berbunyi lagi. Sekali lagi aku reject.

Butang senyap aku tekan. Tak lama kemudian bunyi fon bergetar.

Aish. Time ni pulak malaun ni nak call.

‘You don’t want to get that?’

Aku hanya jeling dia. Sibuk je.

‘Nice ringtone tho’ Ujurnya sinis.

‘Awak ada plan lain ke sebenarnya?’ Sambungnya lagi.

‘Tak ada’

‘If you already have plan, just say so, tak payah nak tuduh Mak and Mummy kita buat konspirasi bagai pulak’ Khaidar bersuara.

Hati aku terbakar. Menyindir aku lah tu.

‘Kalau awak dah ada prior plan nak pergi mana mana, bagi tahu. Saya drop kan. Tak payah nak paksa paksa diri.’ Pedih jer hati aku dengar intonasi bercakap dia ni.

‘Which part yang I don’t have any plan yang awak tak paham? Kan saya dah cakap tak ada. Tak adalah’

‘Then jawablah. Macam urgent jer asyik calling calling’

Aku jeling lagi.

‘Ke awak gaduh dengan boyfriend?’ Soalnya. Makin tajam aku jeling dia. Memang menyakitkan hatilah dia ni.

‘Owh, lupa pulak awak tak ada boyfriend’ Dia tepuk dahi

‘Hmm… Ke, ex boyfriend?’ Sambungnya.

‘None of your business En Khaidar’

‘It is my business. Its annoying. Sebab awak pergi rumah saya karang, awak bergaduh pulak dengan ex boyfriend awak. Saya tak nak masuk campur dengan hal rumahtangga orang lain. And, paling saya tak suka, tu muncung macam tu. Nampak sangat muka tak ikhlasnya.’ Nampak tak tu dia mengata aku.

‘He will stop. Just ignore’

‘So… Ex boyfriend it is then’

‘Whatever’ Aku buat nada suara malas nak layan.

‘Is your ex-boyfriend harassing you?’

‘He is not my ex, boyfriend or what ever’

Telefon bergetar lagi.

‘Stalker?’

Aku jeling lagi dia.

‘Nak saya cakap dengan dia?’ Tangannya dihulur seperti aku akan menyerahkan telefon ke telapak tangannya.

‘Buat apa pulak awak nak cakap dengan dia?’

‘Acting…’Jawabnya

‘Acting apa?’ Dia ni merepek apa?

‘Acting… Saya berlakon jadi boyfriend awak’

Aku gelak sarkastik.

‘Thanks, but no thanks’ Mengarut betul Si Taliban ni.

‘Come on, apa guna saya jadi bakal suami tak jadi awak?’

‘Your gesture smell fishy’ Macamlah aku percaya sangat dengan dia.

‘Fishy apa pulak, saya ikhlas ni’

‘Mana ada orang ikhlas cakap dia ikhlas’ Aku jawab.

Khaidar jeling aku, kemudian dia senyum pula.

‘You know what I meant. You can use me.’ Sempat dia angkat kening.

‘No use. Dia ni jenis tak paham bahasa. You just stay out of this’ Sibuk jer Si Taliban ni. Tak payah nak concern sangat lah.

‘If you change your mind…’ Dia tunjuk diri dia sendiri.

‘Thank you. Ill keep that in mind’ Aku jawab acuh tak acuh.

Ada beberapa mesej masuk. Terus aku off kan Hand Phone. Malas aku nak baca.

Auntie Zainab menyambut aku mesra. Dia bertanyakan perkhabaran Mak dan Ayah. Rancak dia memperkenalkan aku kepada saudara mara dia yang turut ada di majlis hari jadi cucu sulungnya itu. Anak kepada abang sulung Khaidar, Khalid. Aku hanya tampal senyum dan layan saja. Kemana Auntie Zainab heret aku, aku ikut saja.

Cucu sulung yang diraikan bernama Elina Qistina. Baju maxi labuh berwarna biru turquoise itu cantik tersarung dibadannya. Dress labuh ala Elsa puteri salju dalam filem animasi berjudul Frozen itu memang menaikkan seri wajahnya yang comel.

Tak sia sia aku heret Alia ke shopping mall lepas habis kerja semalam. Dia yang bagi idea untuk beli hand bag ada gambar Elsa dan Anna, dan Elina nampak teruja menyandang bag di bahunya.

Setelah itu aku dijemput untuk menjamu selera. Tercangak cangak la aku keseorangan di meja makan. Aku bertegur sapa dengan sepasang pasangan muda. Ibu bapa kepada teman sekolah Elina. Sekali sekala Auntie Zainab datang bertegur sapa dengan aku kemudian dia hilang semula melayan saudara maranya yang lain.

Aku ralit melihat acara rebut kerusi yang dimainkan Elina dan kawan kawannya. Berebut rebut sampai bertolak tolakkan. Seorang budak lelaki yang agak besar susuk badannya hanya menolak seorang budak lelaki yang agak kurus. Nah terjatuh terus si kurus. Hingar seketika suasana dengan gelak ketawa. Kelakar betul aku melihat kereneh anak anak kecil. Teringat aku akan Adam yang nakal.      

Telefon yang tadi dimatikan, kembali aku hidupkan.

Mesej dari beberapa group chat dari aplikasi whatsapp masuk berderet.

Sedang ralit aku membaca mesej yang selalunya tiada berkaitan dengan aku tiba tiba ada panggilan masuk. Deringan lagu The Fox berkumandang.

Terus jari telunjuk tolak ke kiri.

Sekali lagi berbunyi.

Tak sempat aku mereject call, telefon aku sudah berada di tangan Khaidar.

Aku memprotest tetapi tapak tangannya sudah beberapa inci dari muka aku dan dia terus duduk di sebelah kerusi yang kosong.

Talk to the hand.

What the …?

‘Assalamualaikum’

‘Ya ini telefon Sofea. Siapa ni ya?’

‘Sofea sedang makan dengan bakal mak mertua dia, ada apa boleh saya bantu Encik Farid’

Mencerlung mata aku merenung dia. Sukahati dia jerrrrrrrr….

‘Ya, bakal mak Mertua.’

‘En Farid ni siapa ya?’

‘Ooo... Ada urusan penting mengenai kerja ke?’

‘Im just wondering, because you keep on calling. I thought its urgent’

‘Everything fine then…’

‘Saya? Saya boyfriend Fia’ Mata aku membutang. Ni dah over!

‘Nama saya Khaidar’ Jawabnya sambil kenyit mata kat aku. Melebih betul!

‘It’s ok. Now you know.’ Jawabnya ringkas

‘Alright. That’s good to hear’

‘Waalaikumsalam’

Dia memulangkan telefon kepada aku. Sebelum sempat aku bertanya atau memaki hamun dia, dia sudah bangun.

‘You’re Welcome’ Ujurnya dan berlalu pergi.

Rude, blueberry ciskek betul!

Selepas itu memang Farid tidak menelefon aku lagi. Mesej pun tiada.

Memang la cara dia tu berkesan, tetapi memang kurang ajar. Tak ada siapa yang minta tolong dia okay!

Aku tercari cari kelibat Khaidar tetapi dia sedang berbual dengan beberapa lelaki. Tak kan aku nak serang dia masa tu pula. Sedang aku memberi pandangan superman aku kepada Khaidar, bahu aku dicuit.

‘Hai Sofea’ Seorang perempuan bertudung sedang tersenyum manis kepada aku.

Aku bertanya sendiri siapa gerangan si cantik manis ini.

‘Saya Zulaika, kakak Khaidar’ Ujurnya sambil menghulur tangan. Tubuh aku didakap dan pipi kami berlaga kiri kanan setelah huluran tangannya aku sambut. Mesra.

‘Hai. Kakak kenal saya ke?’ Macammana dia boleh kenal aku ya?

‘Siapa tak kenal Sofea. Nama paling hot dalam family ni sekarang’ Ada nada mengusik di suaranya. Muka aku rasa memerah.

‘Don’t worry. Nothing bad’ Ulasnya lagi.

Aku hanya mampu ketawa kecil. Nothing bad maknanya everything good la kan. Aku tertanya sendiri apalah perihal aku yang diumpatnya Khaidar.

‘Dah makan?’ Soalnya apabila melihat aku terkulat kulat.

‘Dah kenyang dah. Makanan semua best. Hancur diet’ Aku jawab. Cuba memesrakan diri.

‘Bagus. Penat Akak dengan Mummy masak dari pagi.’ Dia terus berbual dengan aku. Aku pun mula tidak kekok berbual dengan dia. Sekurang kurangnya ada juga teman untuk aku berbual.

‘Tadi Khaidar buat apa? Yang telefon tu. Macam semacam jer’ Soalnya apabila cerita pasal resepi roti jala sudah habis.

‘Ermm. Tak ada apa. Dia tolong saya saja.’

‘Betul ni?’

‘Ha ah, actually memang dia tolong saya sebenarnya. No harm done’ Jawab aku sambil tersenyum.

Zulaikha mengangguk kecil.

‘If you say so…’

‘Khaidar tu memang macam tu. Macam kasar, tapi niat dia baik. Don’t take it to the heart ya’ sambungnya.  

‘’Macam tu’ tu, maksudnya macam ni ke?’ Aku buat muka tak senyum. Segaris. 

Berderai ketawa Zulaikha.

‘Dia memang macam tu. Memula jer nampak macam sombong. Nanti bila dia dah warm up, penat nak layan dia nanti’

Yeah rite. Adalah pulak masa aku nak melayan dia. Tapi aku gelak la jugak. Sebab tadi aku dah mengutuk adik dia depan depan. Nasib baik dia pun okay jer.

Agaknya memang peel dia macam tu kot. Kalau ikutkan, Zulaikha dengan Mummy Daddy dia, okay jer. Elok je mesra dan ramahnya. Khaidar saja macam lain benar perangainya. Pagi pagi sarapan makan penyengat agaknya…

Aku sengih sendiri. Kami sama sama memandang Khaidar yang sedang berbual. Macam tahu sedang diperhatikan. Perhatiannya beralih kepada kami. Kepala sedikit terangkat seolah bertanya ‘Kenapa?’

Zulaikha membalas dengan isyarat tangan seperti sedang bercakap dan menuding jari telujuk kepada dia. Aku pula yang rasa segan tiba tiba. Nanti dia perasan pulak orang bercakap pasal dia. Bajet hot jer. Dia membalas dengan membuat muka ‘pfft’

‘Bajet betul’

Itu suara aku ke? Aku menekup mulut. Aku ingat aku cakap dalam hati jer tadi. Tak sangka aku boleh terlepas cakap. Aku pandang Zulaikha yang mata membulat. Rasa macam nak terjun dalam kolam. Dah cakap baru menyesal.

Tiba tiba berderai ketawa Zulaikha.

‘Memang. Dia tu memang bajet’ Aku pandang Zulaikha yang masih bersisa ketawa. Matanya berair.

‘Tak payah rasa bersalah. Akak kutuk dia all the time. Glad to find someone yang boleh kutuk dia sekaki’

Kami saling berpandangan. Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk.

Sah. I think I just find a new best friend!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience