BAB 30

Romance Series 10994

 

‘Penat?’

‘Okay lagi…’

Khaidar tersenyum.

‘Kenyang dah?’

Aku mengangguk.

Lepas habis main futsal tadi, secara berjemaah juga mereka melepak makan tengah hari. Aku ikut jer la. Terjebak.

Seperti biasa Dina memang ramah tamah terlebih mesra. Dia yang kenal dengan semua orang yang ada di meja makan tu, tak lokek dengan senyuman dan ketawa.

Kawan kawan Khaidar rata rata memang sporting. Tak ada soalan cepu mas yang mereka tanyakan. Soalan cepu perak dan cepu gangsa saja.

Aku tak tahulah sama ada Khaidar dah sound kawan kawan dia, ataupun dia ni memang jenis suka bawak awek pergi main futsal sampai kawan kawan dia dah tak heran dengan perempuan perempuan yang dia bawa.

Memanglah masing masing mengusik dan membahan sesama mereka tahap gaban, tetapi rata rata masing masing tahu limit bergurau dengan aku sampai tahap mana.

Aku harap mereka layan aku baik sebab teori aku yang pertama lah.

Khaidar seperti mahu bertanyakan aku sesuatu apabila telefon bimbitnya berbunyi.

‘Ya Zahim. I’m around’ Jawabnya kepada pemanggil setelah memberi salam.

‘What happened? Hmmmm… Okay. About that you don’t have to worry. I try what I can do’ Dia diam sebentar mendengar butir bicara dari pemanggil.

‘It’s okay. I can manage. It’s okay. Just leave it to me. Hmmmm. You sure?’ Khaidar diam sebentar.

‘It’s okay, actually I’m nearby office. I’ll come over. Oh wait…’ Dia menoleh kepada aku.

‘Boleh tak saya singgah office saya sekejap. Ada hal. Urgent…’

Dah dia cakap urgent, tak kan aku cakap tak boleh pulak. Aku hanya mengganguk. Mulutnya sahaja yang bergerak seperti mengucapkan terima kasih.

‘Ahad pun kerja ke?’ Soal aku kepada Khaidar sebaik dia mematikan panggilan.

‘Actually tak. By right tomorrow I ada meeting with him for something important. Unfortunately dia kena balik kampong this evening sebab ada hal urgent. Already told him that it’s okay but he insist nak settle things at the office juga. Sorry have to drag you along’

‘Dia nak cuti lama kut’

‘So he said just now’

Aku hanya mengangguk.

Sebaik sampai di bangunan pejabat Khaidar dia tanya samada aku nak tunggu dalam kereta atau naik ke pejabat dengan dia.

‘Erm, saya rasa saya nak ikut awak naik ataslah’ Malas aku nak duk lama dalam kereta ni.

‘Elok jugak tu, sebab saya rasa macam lama sikit jugak. Karang lama pulak awak tunggu saya dalam kereta.’ Khaidar melemparkan senyuman kepada aku.

Sampai di pejabat, pekerja Khaidar yang bernama Zahim sudah berada di depan PC dengan dahi berkerut kerut.

Dia memperkenalkan aku ringkas dengan Pegawai Pemasaran syarikatnya itu. Kemudian dia membawa aku terus ke bilik pejabatnya.

‘Awak tunggu sini dulu boleh. Nanti karang dah habis saya datang balik. Awak nak apa apa tak?’ Soalnya. Wajahnya terpamer riak bersalah.

‘I’m fine. Pergilah settle kan kerja awak’ Aku lemparkan senyuman kepadanya. Wajahnya nampak lega sikit.

‘I’ll try make it fast’ Aku angguk dan dia berlalu pergi.

Buat seketika aku memerhati sekeliling bilik pejabatnya.

Cat dinding berwarna kelabu dengan perabot berunsurkan moden dan pilihan warna gelap. Begitu juga untuk sofa kulit dan coffe tablenya. Ada beberapa majalah berunsurkan perniagaan dan sukan diatasnya. Sepasu bunga tipu diatas meja menjadikannya janggal di dalam bilik yang aku rasakan ringkas dan moden tetapi maskulin itu.

Aku duduk di sofa sambil bermain telefon. Melayari Fac dan Instagram apabila tiba tiba Khaidar masuk sambil membawa sekotak air dan makanan ringan.

‘Awak makan lah ni dulu. Sorry, air kotak jer. Kalau awak nak air panas, jom saya bawak awak pergi pantry’.

‘Lain kali kalau bawak tetamu datang, hidanglah spagetthi ke, KFC ke, kek pavlova ke..’ Aku saja menyakat tengok dia macam tak senang duduk. Bukan selalu tengok Si Taliban ni gelabah ayam macam ni.

‘Lepas ni bole?’

‘Betul? Okay... Saya tuntut sekejap lagi’

‘Promise, minum ya’

‘Tak payah risaulah, pergilah buat kerja’ Risau benar… Lek lek sudah.

Sebelum Khaidar berlalu pergi sempat lagi dia bertanya sama ada aku sejuk ke panas? Dia menekan punat penghawa dingin dan sempat mengambil beberapa dokumen sebelum beredar.

Selepas bosan melayari fac dan instagram, aku tertarik untuk mengintai mejanya. Bukan nak mengintip… Tapi saja… Saja nak tengok mejanya. Kemas ke berselerak ke? Kalau kemas, maknanya pembersihlah orangnya. Kalau sebaliknya…. Paham paham sendiri lah.

Komputer di sebelah kiri. Manakala rak keluar masuk di penjuru atas kanan meja. Dokumen dan fail fail teratur di tempatnya.

Kemas. Tak macam muka dia yang berserabut dengan jambang tu.

Aku skodeng lagi, mana tahu kut kut ada gambar awek ke atas meja ni.

Ada beberapa gambar tersusun di tepi komputer. Ada sekeping gambar, seperti dia sedang terjun dari jambatan tinggi. Bungee jumping! Perut aku yang kecut menengoknya.  

Gambar awek tiada. Yang ada hanya gambar dia bersama sekumpulan pemuda berlatar belakangkan gunung entah dari negara mana. Dia nampak muda dalam gambar tersebut. Ada senyuman lebar di wajahnya.

Lama aku tenung gambar dia yang berjambang tu. Memang jambang tu masih ada tapi tak selebat sekarang. Yang menarik perhatian aku bukan jambang tu, tetapi senyumannya yang riang dan riak wajahnya yang bercahaya di dalam gambar itu. Riaknya yang riang seperti itu seperti sudah tiada dengan Khaidar yang ada dengan aku sekarang.

Aku tertanya tanya sendiri samada dia memang seorang yang ceria atau sekarang saja dia dilanda masalah emosi. Atau sebenarnya, masalah; tiada emosi? Manjang jer aku tengok muka dia segaris. Ke dengan aku je dia jadi macamtu. Tak berperasaaan.

Haih. Nampak sangat dia berkawan dengan aku ni secara paksa rela saja.

Eh? Buat penat kepala otak aku saja nak fikirkan pasal masalah ekspresi wajah Si Taliban ni lah.

Setelah aku habiskan air berperisa jus epal yang dibawanya tadi, aku bedal pula biskut danone  dan coklat yang dibawanya tadi. Terkebil kebil aku duduk di atas sofa.

Aku lirik jam. Baru 34 minit.

Aku capai kusyen kecil diatas sofa dan aku rapatkan kedada. Empuk pulak kusyen ni kan. Aku letakkan dibawah kepala dan aku sudah berbaring. Terkebil kebil mata aku pandang siling.

Ya Allah, mata aku dah kene gam ke apa ni? kenapa tak boleh bukak ni?

Perlahan lahan aku cuba buka mata. Ada kain pelikat diatas badan aku. Aku baru teringat aku berada di pejabat Khaidar. Serta merta aku bangun.

Macam mana engkau boleh terlelap pulak ni Fia oiii? Ni semua abang pedas punya pasal. Dah lah tak cukup tidur. Engkau bantai membuta kat office orang pulak!

Terkejut aku apabila ternampak dia sedang duduk bersandar di atas kerusi bertentang dengan aku. Kakinya melunjur, tangan di atas arm rest. Kepalanya diatas kepala kerusi dan matanya sedang tertutup rapat. Laaa...dia pun membuta jugak.

Jam di pergelangang tangan menunujukkan 3.50 petang. Erk, maknanya nak dekat sejam jugak lah aku tertidur.

Nak kejutkan ke tak nak. Aku berkira kira sendiri. Tak sampai hati pulak aku melihatkan keadaannya yang macam letih.

Tapi takkan aku nak berdua duaan dalam bilik ni dengan dia pulak. Merbahaya oi!. Zahim tu tah ada lagi ke tak. Kalau kene cekup kat JAIS ni memang free free jer aku kena kahwin nanti. Tak nak aku!

Aku perhatikan Khaidar. Dia ni tidur lite lite ke tidur mampus ni?

Aku perhatikan turun naik nafasnya. Tenang. Setenang wajahnya. Bila dia tidur, nampak wajah dia ni approachable sikit. Handsome jugak dia ni kalau tak buat muka kerek bajet cool takde perasaan dia tu.

Jaw line sharp. Bulu kening lebat. Hidung mancung. Bibir bawah penuh. Oh My.!

Kau dah kenapa Fia?

‘Dah puas ke belum?’ Terdengar suara garau Khaidar tiba tiba. Matanya masih terpejam.

Terkejut aku. Apa yang puas? Puas tidur ke puas tengok muka dia? Mana dia tahu aku dah bangun ni? Dia ni mengigau ke? Ada ke orang mengigau tidur siang hari? Dia ni ada mata kat dahi ke? Macam watak adiwira dalam komik Wira Tunggal. Walaupun mata buta tetapi dia ada mata di dahi. Magic. Super power.

Sudah Fia, apa yang kau merepek ni?

Aku tak jawab soalannya. Sikit pun aku tak berkutik.

‘Saya bagi awak lagi 5 minit’ Sambungnya dengan suara macam separuh berbisik dan mata masih terpejam. Demmit!

Peralahan lahan aku berbaring semula dan aku pejam balik mata yang terbuntang tadi.

Muka dah handsome tapi pakai Mak Semah. Ada black magic kut. Eh, handsome ke?

Aku buka mata sebelah, mengintai tengok balik muka dia.

Ada lesung pipit terbentuk di pipinya. Senyuman senget dengan mata masih tertutup. Ciskek punya Khaidar.

Dan demit! Dia masih kacak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience