Masuk jer Johnny Rocket di The Curve lagu ‘Pretty Woman’ nyanyian Roy Orbison sedang berkumandang. Pelayan pelayan sedang rancak menari.
Wah! Aku rasa macam ada acara istimewa menyambut kedatangan aku pulak. Lebar senyuman aku membalas senyuman manis pelayan yang menyapa.
‘Pretty woman, walking down the street
Pretty woman, the kind I like to meet
Pretty woman… I don't believe you, you're not the truth
No one could look as good as you’
Wah, aku rasa nak libas tudung apabila dengar lagu tu.
Melilau mata aku mencari kelibat Si Taliban.
Why why?. Why am I not surprise to see him with a beautiful chick. Heh!
‘Assalamualaikum’
‘Waalaikumussalam’ Dua kepala yang sedang asyik tertawa berpaling kepada aku.
‘Ha. Dah sampai pun’ Perempuan rambut cantik yang aku pernah jumpa di Ittilianies dulu bersuara. Dina tersenyum mesra.
‘Hi’ Aku angkat tangan macam robot. Kaget dengan reaksi ramah Dina.
Suddenly aku rasa self conscious berdiri depan dia. Yer la. Dia rambut panjang kepuk kepuk. Bersih. Wangi. Aku?
Aku rasa macam tudung aku dah kepam kena minyak hitam. Badan aku dah melekit dek berpeluh. Dan ketiak aku dah masam!
Dia channel N°5 .
Aku? Ikan masin pekasam.
Pretty woman la sangat.
‘Duduklah!’ Pelawa si cantik-wangi ceria. Nampak gembira benar dia bersua dengan aku.
Aku duduk bersebelah dia.
‘Kereta rosak ya? Datang naik apa tadi?’ Sambil itu tangannya sempat melambai pelayan.
‘Saya datang naik cab’ Sempat aku jeling Khaidar.
Nampak sangat dia orang ni ada mengumpat pasal aku. Muka sebaris dia masih sama. Macam tiada apa apa yang berlaku. Padahal ikutkan pertemuan terakhir kami haritu macam ada tsunami melanda.
‘Kenapa tak suruh Khaidar jemput? Im sure he doesn’t mind’ Tersenyum-senyum Dina menyebut nama Khaidar.
‘Err.. tak apa. Tak payah susah susah’
Khaidar di hadapan hanya berlagak biasa.
‘Kesian you. Susah tak nak dapat teksi tadi?” Dina bersuara runsing lagi.
‘Tak susah la. Angkat jer tangan, bederet teksi berhenti’ Wah! Gaya macam ‘sekali aku petik berpuluh yang mari’ tau! Aku sengih .
‘Next time, call jer Khaidar. Mesti berkejar dia datang’ Dina melirik manja Khaidar. Errr...
‘I don’t think that will be necessary’ Aku balas. Suka hati kau lah labu. Apa kau ingat aku ni mesra alam sangat dengan your knight of shining armour nih?
‘Hmm, I guess i can’t do that anymore now...’ Ujur Dina
‘Buat apa?’ Blur.
‘Depend on him…since he will be marrying you soon’ Dia mencebir bibir bermuka sedih. Aku terkejut mendengar ayat penyata Dina yang terakhir itu.
‘Saya tak..’ Tak sempat aku nak balas kata kata si gadis manis tetapi Khaidar tiba-tiba mencelah.
‘I think your time is up’ Sambil melirik jam dia angkat kening sebelah kepada Dina. Sempat dia memandang aku sambil riaknya macam ‘I’ll explain later’
Aku biarkan Dina dengan tanggapan dia. Entah kenapa aku boleh pulak ikutkan saja suggestion dari pandangan mata Si Taliban tu. Memang peninglah aku kalau jumpa mamat nih!
‘Amboi. Cepat jer dia chase me out. Mentang mentang lah nak dating. Fine!’ Dina bersuara pura pura merajuk. Khaidar hanya membalas dengan menolak tangan kanannya ke atas seperti menghalau. Sempat dia tersenyum manis kepada Dina.
Amboi! Drama sebabak apa yang aku saksikan nih?
Senyum kat aku niha. Aku kan tunang kau! Bakal. Eh! Bakal tak jadi. Eh?
‘Fia, I really hope we can hang out sometime. I will spill everything bout him’ tersenyum senyum Dina bagi cadangan.
‘That will not happen’ Khaidar senyum. Membalas ugutan ala ala manja Dina.
Aku yang termanggu manggu. Benci betul lah berada dalam keadaan tersepit macam ni. Apakah?
‘I’ll kidnap you!’ Dia membalas sambil mengangkat beg LV Monochromnya.
‘I’ll call the police…’ Aku jawab sambil tergelak gelak buat buat play along. Padahal... Hambar
‘Kelakarlah you ni Sofia. She is definitely a keeper Dar’ Dina sudah ketawa girang.
Mata aku membuntang. Tangan Khaidar segera mencapai air suam di depan aku dan selamba saja dia meneguk dan letak depan dia. Dia tahu kalau Dina ni cakap merepek lagi ada orang bakal kena simbah air agaknya.
‘Not as funny as you obviously’ Aku tengah sarkastik tu. Paham dak? Tak paham? Move on…
‘Okay la love birds, I pergi dulu. I definitely will catch up with you’ Kemudian aku bersalam dan berlaga pipi dengan si cantik manis wangi.
‘Well, news travel fast’ Aku pandang sinis kepada Khaidar tetapi dia selamba saja seperti biasa. Menyampah betul aku dengan perangai bajet cool dan good good dia tu.
Sunyi seketika bila Dina sudah tiada. Aku pulak yang tak betah berada di depan Khaidar. Pelayan ni bila tah nak hantar makanan aku. Aku dah la penat nih. Sebelum aku gigit orang baik aku gigit burger dulu.
‘Before we start arguing. Dina ni siapa sebenarnya?”Aku bertanya dulu.
‘Friend’ Jawabnya sepatah. Tangannya memusing musingkan sudu kecil di atas meja.
‘Close friend?’
‘Kind of…’
Hmmm...
‘If the previous is not, then is she THE Girlfriend then?’ Aku tebak lagi
‘Nope’
‘She seems like it...someone special then?’
Dia renung aku. Mata tajam dia sekali lagi bebas merenung dan cuba membaca riak aku.
‘THE, special one right?’ Aku ulang lagi dengan perkataan yang lebih memberi makna. Sengaja nak bakar line.
‘She will always be special to me... Yes’ Aku kan, memang kagum dengan kejujuran dia ni. Setakat ini semua hal pun dia transparent dengan aku.
‘Your first love?’ Alang alang bakar line, biar rentung kasi hangus.
‘No, she's not’
‘The… serious...first love?’ Aku buat gaya kecik kecikkan mata.
Dia berhenti memusingkan sudu.
‘Well, I never thought that you have that much interest in me...’ Jawabnya sambil angkat kening sebelah sambil tersenyum sinis.
Pfft!
‘Im not interested. Im just curious!’ Perasan betul Si Taliban nih.
‘Too bad. Saya baru jer nak call mak’
‘Nak buat apa?’ Aku tanya bodoh.
‘Nak beritahu, that we still on’ Ada nada sinis di suaranya.
‘Awak jangan buat hal!’ Angin ribut aku sudah mari. Dia ketawa kecil melihat gelagat aku. Lebih kepada ketawa mengejek aku rasa. Cis betul lah. Kesusahan hati aku ini hanya menjadi bahan hiburan bagi dia.
‘Mak is right. Awak ni garang. Tak gentle langsung!’
Aku rasa minyak hitam memang dah melincir di enjin kemarahan hati aku. Sebab piston jantung tengah berdegup pantas. Ni siapa yang bakar siapa sekarang ni?
Wait. Dia call mak?
‘Bila awak call mak saya?’ Ni yang buat aku bertambah panas. Mak ni kenapa tak bagitau aku. Sejak bila pula dia suka berahsia rahsia dengan aku ni. Selalu jer aku berada di belakang bila bab bab Si Taliban nih. Tak suka!
‘Mak yang call saya’ Jawabnya tenang. Siap ada senyum terjungkit di hujung bibir.
Aku rasa kepala aku berdengung. Kenapa aku rasa macam ada konspirasi teori depan mata aku nih. Jangan biarkan hidup anda dipenuhi misteri Fia!
Air aku teguk. Khaidar angkat kain napkin seolah olah buat penghadang depan aku. Seolah aku akan sembur dia sekejap lagi. Aku buat muka ‘Not funny’ Heh!
‘Kenapa mak saya call awak? Mak cakap apa? Awak cakap apa?’ Sudah. Jangan dia cerita kat Mak aku sembur air kat dia haritu.
‘Mak suruh saya pujuk awak sikit. Dia kata awak ni nampak jer garang tapi lembut hati sebenarnya. Mak suruh saya berkenal kenal sikit dengan awak’
‘MAK? Auntie. Makcik. Pn Rahimah. Call her by that! Jangan panggil mak saya MAK!’ Hati aku makin panas. Sukahati kau panggil mak aku mak. Bila masa mak aku beranak kan kau? Aku marah marah dalam hati.
‘Mak yang suruh saya panggil macam tu’ Perkataan mak tu ditekankan Khaidar.
Aku rasa kerusi patah kut sebab aku rasa dunia aku bergegar. Ke otak aku yang da pusing. Mak aku ni dah kenapa?
Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! Andweeee….
‘And how is that suppose to fix everything up?’ Cuba baca bahasa aku tu betul betul. Remember what I said when I start to speak omputih. What does it indicate? Ya betul. Aku sedang marah.
Kau berbaik berbaik dengan mak aku. Lepas tu kau expect untuk engkar kata kata Pn Rahimah. Apa kau nak ditelan bumi. Nak disumpah menjadi batu seperti Si Tanggang? Sebelum mak melafazkan sumpah, aku rasa sumpahan aku kepada dia yang sudah berbakul bakul.
‘Insyaallah, kalau niat baik, pasti Allah lorongkan benda yang baik juga’ Ni yang aku tak suka. Main main kan nama Allah. Memperlesenkan nama Allah untuk benda benda untuk kepentingan peribadi gini. Dah la aku rasa, mengingkari mak bukannya satu niat baik. Maknanya apa sekarang?
‘Awak jangan nak main main nama Allah dalam benda benda macam ni’ Tegas suara aku.
‘Saya tak main main. Kalau Allah kata Kun. Dia yang Maha memperkenankan. Kalau dia kata jadi. Semacam mana kita nak mengelak pasti jadi juga kan. Macam kes kita nih. Semacam mana awak cuba mengelak untuk mempersuamikan saya, kalau Allah kata awak ni jodoh saya. Siapa saya nak menidakkan Dia yang Maha Perangcang lagi Maha Pengatur?’
Aku terkedu. Kenapa aku rasa hati aku seperti kena perah.
‘Saya tak main main kan awak.’ Aku angkat kepala. Mencari kejujuran di wajahnya. Riak muka dia masih selamba dan bertenang.
‘Saya sudah bagitau Mummy and Mak yang mungkin ada salah faham on our last meeting. So saya bagitahu both of them yang it’s too soon untuk rancang anything.’
Aku tarik nafas lega. Fuuuuuuhhhh. Yeay. Lompat bintang!
‘Jangan nak happy sangat. Saya tak habis cakap lagi’ Terbantut lompat bintang. Lompat katak saja.
‘Go on’ Entah kenapa hati aku berdebar debar. Berita apa lagi dia nak letupkan depan muka aku nih.
‘Both of them quite disappointed. Mak call saya. Macam saya cakap tadi. Dia suruh saya berkenal kenalan dengan awak dulu. Mana tahu hati awak terbuka untuk saya’
Aku mencebir.
‘Im not bad apa…’ Dia tersenyum sambil kening terangkat sebelah..
‘Awak jangan nak memandai mandai. Takkan mak saya suruh awak berdating dengan saya pula!’
‘Saya tak cakap dating. Saya cakap berkenal kenalan. Tapi kalau awak nak dating, boleh saja’
Eeeeee. Benci aku tengok senyuman terjungkit dia tu.
‘What is that supposed to mean? Yang berkenal kenalan tu. Tak kuasa saya nak berdating dengan awak by the way! Girlfriendsss awak tu nak campak mana?’ Sengaja aku tekan dan panjangkan sebutan huruf S.
‘Well, berkenalan kenalan maksudnya. Expect some texts from me. If you are lucky you’ll be receiving my calls’ Aku julingkan mata. Puhlease laah. Komen pasal girlfriend tidak berbalas.
‘Since it is impossible for us to go on dates... On weekends, tanpa di jangka mungkin awak akan disummon untuk kerumah saya untuk aktiviti makan makan atau whatever events my mummy will call them. Bare in mind, Mak mungkin akan pull off her kuasa veto on you untuk participate. Saya rasa mungkin akan ada scene yang awkward untuk kita in the future. Awak layankan jer lah or awak berlakon jer, awak kan pandai berlakon… macam awak buat buat terlanggar saya masa kat OU aritu...’ Panjang lebar dia explain maksud berkenal kenalan dalam konteks Puan Ranimah dan Puan Zainab. Sempat jugak dia mengenakan aku. Aku nak bersuara bila dia menyambung lagi.
‘Saya dah cakap dengan Mak saya akan cuba berkenalanan dengan awak. Dia cakap dia akan faham apa sahaja keputusan asalkan kita at least try to get to know each other. So here I am. Saya berterus terang dengan awak sebab saya nak awak tahu. Haritu saya memang dengan keputusan saya. Tetapi saya hormat dengan keputusan awak. Saya dah terangkan perkara sebenar, dan cuba mengelak macam awak. Tapi nampaknya saya masih di lorongkan di sini. Jadi as our Moms wishes, here I am trying to get to know you. Now… it’s up to you.’
Si Taliban ni kalau bercakap selama ni sepatah sepatah jer. Harini bukan main panjang lebar pula. Aku pula yang banyak berdiam diri. Aku termenung sebantar mendengarkan kata kata dia.
Macam mudah sangat jalan penyelesaian dan penerimaan Puan Rahimah. Walaupun aku masih ragu ragu dengan kenyataan dan cerita dia, untuk tak serabutkan kepala aku simpulkan Khaidar ni anak yang baik, tak nak ingkar kata kata Mak dan Mummy dia, maka dia setuju untuk berkenalan dengan aku walaupun tak ikhlas.
Macam mak aku cakap dekat dia tadi. Aku ni nampak jer kasar, garang… tapi lembut hati sebenarnya.
Lagipun, cara dan riak wajah dia nampak macam ikhlas pulak bila dia berkata kata.
‘Fine. If you’re lucky, I will reply your text and answer your calls’ Mendatar jer aku balas. Dia senyum terjungkit.
‘Im the luckiest in the world then’ Jawabnya sinis.
‘Awak jangan paksa diri atau rasa bersalah pulak lepas saya cakap tadi. Saya buat semua ni sebab tak nak kecewakan Mummy. She is my priority and will always be. Syurga saya di bawah kaki dia... Itu saja.’
Aku rasa nak hempuk jer dia nih. Kenapa kata kata dia ni buat hati jadi marah dan seperti diperah di waktu yang sama. Dia ni menyindir aku ke apa? Nampak macam aku pulak anak yang tak mendengar kata. Yang baik tu dia lah. Yang jahat tu aku lah? Heh!
Aku lempar pandangan keluar. Hujan sudah mula turun. Eloklah tu. Biar sejuk sikit hati aku yang sudah mula panas ni.
‘Awak jangan ingat awak seorang je anak yang baik dalam dunia ni’ Aku balas sambil buat muka selamba.
Memang aku pun tak sampai nak kecilkan hati mak. Sepanjang aku hidup ni memang ada jugalah dia nak memperkenenkan aku, tapi tak pernah segigih ini. Buatkan aku rasa bersalah sendiri.
‘Saya nak pesan, awak tu jangan paksa diri sangat. I bet there must be ada banyak damsel in distress somewhere that you need to save. Kan?’ Aku menyambung. Saja aku nak remind dia dengan girlfriendsssss dia yang ramai. Salah seorangnya, yang bernama Dina tadi.
‘Berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Mummy tetap didahulu’ Sukahati dia menambah ayat. Kemudian dia tersengih sendiri.
‘So, yang kat OU and Dina ni, kawan jer?’ Aku bertanya mengejek.
‘Despite how many of them, dont worry Sofea Farhana, I won’t abandon you. You will be on my top priority’ Aku buat muka geli. Nampak sangat dia balas dengan ayat sarkastik tu. Entah mana yang baik dan mak perkenan sangat dengan orang macam ni?
‘Unlessssssss’ Panjang pulak S Si Taliban ni tiba tiba.
‘Unless apa?
‘Unless, awak dah ada someone else’
Aku tergamam.
‘Siapa cakap macam tu? Mak?’
‘Tak, Saya yang cakap’ Matanya tajam merenung aku. Ada senyuman senget seperti menduga aku.
‘Awak cakap dekat mak saya macam tu ke?’ Confuse sekejap. Keningnya terangkat lagi.
‘There is, isn’t it?’ Dia bersuara yakin. Matanya masih merenung wajah aku. Aku terdiam.
Relax Fia. Tarik nafas. Tak sempat aku nak balas dia sudah menyambung.
‘Then, you should tell your parents, that you already have a boyfriend’
‘I don’t have a boyfriend’ Jawab aku acuh tak acuh. Dah aku gelabah ayam ni kenapa?
‘Someone special to you maybe? the... Speeecial someone?’ Dia mengecil ngecilkan matanya sambil bibir tersungkit. Mengulang aksi aku tadi. Bengkak hati aku.
‘Hello, you just admit yourself tadi. Dina tu that your special someone right?’
‘Kita cakap pasal awak sekarang ni. Awak tak payah nak turn the table pulak’ Ujurnya sinis.
‘So what happened Fia, cinta tak berbalas? cinta bertepuk sebelah tangan?’ Soalnya.
Aku getap bibir.
Asap asap panas sudah mula keluar dari telinga aku.
‘Encik Khaidar, cinta ni bukan main tepuk amai amai. Tepuk sana, tepuk sini. Bunyi jer lebih, tapi isinya tak ada. Bukan macam awak!’
‘Cinta kena pegang. Genggam yang satu. Kemudian semat dalam hati. Jangan bagi lepas. Bukan bila waktu suka, tepuk tangan. Tak suka, buang… macam angin’ Aku genggam tangan macam penumbuk ke mukanya dan kemudian aku lepaskan.
Mula lah analogi pelik aku.
‘Maknanya, awak genggam tak kuat kut. Sebab tu, THAT special someone got away’ Jawabnya sambil menolak tangan aku ketepi. Aku rasa muka aku da memerah.
‘Am I right Fia?’
‘I think our conversation is over. Thanks for the clarification with my mom. Really appreciate it. By the way, you don’t know me, don’t act like you know my story! Assalamualaikum’
Nampak tak kat situ aku speaking omputih. Maknanya apa tu? Aku angkat beg dan terus angkat kaki. Ikutkan hati aku nak lambung kaki. Ambil lima puluh langkah kebelakang dulu. Lari laju laju kemudian lambung ke muka dia sekuat hati.
Aku dengar nama aku di panggil tapi aku buat tak endah. Hati aku panas.
Hujan yang sudah lebat tambah kilat sabung menyabung di langit tidak dapat menyejukkan hati aku.
Berlari lari aku meredah hujan ke perhentian teksi.
Kosong.
Mana pulak teksi banyak banyak masa aku sampai tadi. Aku mengibas ngibas baju yang sudah basah lencun.
Aku fikir nak balik cepat jer. Malas aku berlama lama di The Curve nih. Entah apa lagi akan jadi kalau aku lama lagi kat sini gamaknya.
Share this novel