Khaidar memang betul.
Aku memang kepala angin.
Memang Khaidar betul.
Aku memang kucing.
Tapi khaidar salah.
Aku bukan kucing penggoda.
Aku?
Aku kucing ganas!
Itu panggilan Sir Hairul kepada aku. Siapa Sir Hairul kau orang tanya.
Dia Sir karate aku.
‘Fia the leapord’ Gelarnya kepada aku. Sebabnya?
Aku pantas! Aku tangkas!
Belum sempat hujung jari Afeeq menyentuh aku, aku sudah dahulu menundukkan badan dan penumbuk aku sudah tepat ke bahagian sulitnya.
Dina menjerit. Afeeq melolong.
Dan aku dengar nama aku di jerit.
Afeeq jatuh melutut sambil kedua belah tangan memegang mahkotanya dan terus tertonggeng.
‘Orang macam kau ni memang tak layak berketurunan!’ Aku sudah melangkah kearahnya, siap sedia nak lambung kaki bila aku rasa pinggang aku dirangkul dari belakang.
Sepasang tangan tegap menarik aku kasar. Terasa badan aku terangkat. Sepantas kilat aku berpusing dan sepantas itu jugalah Khaidar melepaskan aku dan mengangkat kedua belah tangannya seperti orang bersalah.
Dia tidak bersuara tetapi wajahnya tegang. Dahi berkerut. Rahangnya rapat. Matanya tajam merenung aku. Ada urat halus timbul di tepi dahinya. Aku tahu dia marah.
‘Fia, enough!’ Katanya sepatah sepatah.
‘Enough? Look! Look what has he done to Dina?’ Aku menjerit dan mendengus kasar. Kenapa aku pulak yang nak dihalang. Si keparat ni yang patut dihalang. Ikutkan hati aku, nak aku seret muka dia diatas jalan, maun lembik aku kerjakan si keparat nih.
Khaidar seolah tersentak.
Kami berpaling. Dina sudah terjelepok di atas jalan. Rambutnya yang selalu berdandan cantik sudah serabut. Dahinya lebam. Badannya gigil. Dia sedang mengongoi berseorangan.
‘Istighfar Fia’ Ujur Khaidar lembut tapi tegas.
‘Kenapa aku pulak yang kena istighfar? Bagi aku bantai keparat nih!’ Aku masih menjerit kepada Khaidar. Badan aku masih menggigil. Aku rasa macam badan aku ringan sekarang ni. Macam tak jejak tanah pun ya.
Khaidar memengang kedua belah lengan aku sedikit kasar dan di goncangnya badan aku.
‘Astaghfirullahhalazim. Sofea Farhana. Ingat Allah Fia. Istighfar’ Sudah naik suaranya.
‘Astaghfirullahhalazimmmmmm..’ Perkataan itu diulang ulang Khaidar sambil memandang tepat anak mata aku.
‘Astaghfirullahalazim……’ Aku pejam mata. Ya Allah! Aku sudah ditunggang syaitan. Terlampau marah sampai tidak sedarkan diri. Tidak waras!
‘Astaghfirullahalazim……’ Aku ulang ulang bersama Khaidar.
Bagai baru tersedar, aku pula yang terasa lembik kaki. Khaidar menggosok gosok lengan aku. Aku tertunduk.
‘Duduk Fia’ Arah Khaidar. Tetapi aku terus berjalan kearah Dina dan terus aku rangkul bahu dia. Terhambur tangisan Dina di dada aku.
Aku nampak Khaidar menghampiri Afeeq yang masih tertonggeng.
‘Dar…’ ujurnya lemah
‘You deserve it Feeq’ Khaidar bersuara dan mengambil tas tangan yang aku campak di tepi jalan sebelum aku ketuk tingkap kereta Afeeq tadi.
Beg Dina juga sempat diambilnya.
Sebaik sahaja hujung kaki Khaidar sampai depan Dina, dia terus bangun dan menyembamkan mukanya ke dada Khaidar pula.
Khaidar hanya membiarkan dan menggosok belakang Dina lembut.
‘Dah dah. I hantar you balik’
Share this novel