Perlahan lahan aku letak kaki diatas lantai ais. Terasa badan aku terhayun mengikut seretan kaki. Perlahan lahan aku cuba stabilkan badan. Kaki kanan aku angkat sikit dan tolak ke belakang. Terluncur aku kehadapan. Aku sengih sendiri.
Elina dan Adam sedang berpimpin tangan meluncur sambil bergelak ketawa. Amboi…
Aku toleh kebelakang. Khaidar sedang bermuka segaris di tepi gelanggang. Kalau aku ni tak kenal sangat dia, mesti aku ingat dia tengah buat bajet cool dia.
Tapi...Tu. Urat hijau halus tepi dahi dia tu aku nampak dah timbul sikit.
‘Are you coming?’
Aku meluncur depan dia sambil tersengih. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Takde lah berkarat sangat skill meluncur aku rupanya.
Urat hijau semakin kelihatan. Sebelah tangan masih pegang dinding.
Hihihi.
‘Come on…Meh sini meh' Aku gamit tangan memanggil dia masuk. Sekali lagi aku meluncur depan dia sedangkan dia masih tercegat di tepi pintu masuk.
Dia menolak kaki perlahan lahan.
‘Is that the best you can do? Come on Mr Khaidar Iskandar’ Aku bernada mengejek dan terus meluncur laju kehadapan.
Khaidar aku tinggalkan di belakang. Mr Bajet perfect, konon konon up sangat tu tak pandai skating siot! Aku ingat urbanlah sangat! Gaya hipster namati. Tapi... bajeeeeettt...
Harini nampaknya hari aku. Muahahahaha!
Aku cuba mengejar Adam dan Elina di hadapan. Aku menolak belakang badan mereka dari belakang.
‘Auntieeeeee’ Elina menjerit girang. Kemudian tangan kiri aku dipegang Elina dan Adam di tangan kanan. Mereka menarik aku kehadapan. Laju… Aku pula yang terjerit dibuatnya.
‘Jom pergi dekat Uncle Dar’ Laju Elina meluncur diikuti Adam meninggalkan aku dibelakang.
Tangan Khaidar pula ditarik mereka. Terbongkok bongkok Khaidar cuba menstabilkan badan. Tiba tiba, bedebuk. Tiga tiga sudah terlentang atas lantai. Terbarai gelak aku dibuatnya. Hah. Buat lagi.
Habis basah seluar masing masing. Cepat cepat aku keluarkan handphone dan ambil gambar mereka yang cuba berdiri. Kelakar tengok gaya Khaidar yang bertubuh tinggi tegap tapi badan terlentuk liuk cuba berdiri. Fail!
‘Glad that you finally enjoying your day’ Ujurnya bila aku sudah berdiri disebelahnya.
‘Thanks to you!’ Aku buat senyuman ala terjungkit dia tu.
Muka dia sudah mula berkerut kerut. Badan pula sekejap terlentok ke kiri, sekejap ke kanan.
Mana pergi tah Khaidar Iskandar yang macho dan cool. Ha ha ha
‘How in the world korang berdiri?’ Soalnya bernada marah sambil tangan masih berpaut di dinding.
‘You have to let go. Trust your feet’
‘I trust my feet. I don't trust the floor’
‘Jangan salahkan lantai kalau tak tahu menari cik abang’
‘Ini bukan menari! Ini skating cik adik oi’
‘Cuba jangan pegang dinding tu. Just stand macam biasa. Okay cuba berdiri jer dulu.’
Khaidar berdiri sambil mendepangkan tangan.
‘Turun tangan! Diri jer’ Arah aku
Tangan sudah hampir turun ke sisi tetapi masih dalam posisi berjaga jaga. Dia cuba berdiri tegak. Mata ke lantai. Mulut rapat. Full concentration.
‘Okay. Now relax, tolak kaki kiri kebelakang. Perlahan lahan.’
Dia terdorong sedikit kehadapan.
‘Kaki jangan bengkok sangat.’
‘Masa tolak bongkok sikit.’
‘There. Nice. Slowly.’
Semua arahan aku diikutnya.
Dia senyum senget
‘Haaa. Boleh pun...’
‘Jangan laju sangat. Perlahan sikit. Perlaha…’
Tangan dia mengapai gapai depan aku kemudian tak sempat aku habis cakap dia sudah terduduk.
Hahahaha. Berair mata aku gelakkan dia.
‘Boleh awak biarkan saya jatuh macam tu jer?’
‘Boleh!’
Terkial kial dia cuba bangun.
Aku hulurkan tangan.
Bila dia sudah hampir capai tangan, aku tarik balik
Terkekeh aku gelak kan dia.
Urat hijau sudah kembali muncul.
'Okay okay saya tolong'' Sekali lagi aku hulur tangan.
Aku rasa mata aku tak salah, rasa boleh nampak satu pandangan yang lain macam dari dia.
‘Saya tolong awak. Tapi awak jangan tarik saya or drag saya bila awak nak jatuh’ Senyuman senget dia sudah muncul.
‘I meant it. Jangan nak buat drama sebabak dengan saya kat sini. Saya tolak awak laju laju kalau awak buat!’
‘Ya Cik Sofea Farhana. Tak... saya tak buat" Jawabnya sambil kenyit mata. Dah kantoi nak menggatal pulak dia.
Aku naik tangan pura pura mahu cepuk kepala dia. Galak dia ketawa.
Lutut seluar dia memamg sudah basah.
Aku hulurkan tangan sekali lagi.
Dan kali ini aku biarkan tangan dia menggengam tangan aku. Dan lengan dia aku tarik ke atas. Terkial kial aku cuba mengangkat dia yang besar gedabak tu.
‘Dah la berat. Basah pulak tu’ Bebel aku sambil menelek sarung tangan dia.
'Kira okay la tolong tarik je, bukan hempap badan orang' Jawabnya.
Tangannya aku lepaskan kasar. Ciss. Dia kenakan aku.
‘Saya tolak awak karang baru tahu!’
‘Alaa... Gurau sikit pon tak boleh' Dia tersenyum sambil mengenyit mata. Sikit pon aku tak cair lah!
''Dah la... meh'
Tangan aku diraihnya.
Perlahan lahan aku meluncur dan tarik dia sekali.
‘Just let it glide.’
‘Tolak dengan kaki kanan.’
‘Ha.. There you go.’
Buat seketika kami hanya meluncur tanpa berkata apa apa. Hanya genggaman tangannya yang aku rasakan semakin kemas. Aku menoleh dan dia tersenyum kepada aku. Aku mencebir bibir kepadanya. Dia ketawa bebas.
Bila aku rasakan dia macam dah confident sikit. Aku cuba lepaskan tangan dan dia menggeleng. Badan dia kembali terumbang ambing dan kembali tangan aku digapainya.
‘whoa whoa... lek la dulu. Saya tak confident lagi ni'
‘I never thought I can hear these words from Mr Khaidar Iskandar’
‘Never say never Fia...’
‘I manusia Fia, bukan perfect pun. Cuma bila dengan awak jer, saya cuba jadi Mr Perfect’
Aku tergelak
‘Tak payah nak perfect sangat! Awak kepada saya, Mr Poyo je''
"Mr Poyo yang handsome kan?''
Bertambah besar gelak aku.
Perasan betul. Muka penuh berbulu ni yang dikatanya handsome.
'Pagi tadi ada tengok cermin?''
"Ada. Cermin tu siap bercakap lagi''
"Really?''
"Saya tanya, mirror mirror on the wall, who is the handsomest of them all?''
''OMG. Puhlease lahh'' Aku sudah rolling eyes.
"The handsomest of them all... is ...
... sekali cermin retak daaaa"
Bengong punya Khaidar. Tergelak jugak aku melihat mimik muka berbulu dia tu.
Duk melayan lawak bangang dia, nak dekat setengah ring dah kami pusing.
Dia pandang aku. Langkah kakinya dibuka agak panjang, dan tangan aku pula ditariknya. Dia pula yang cuba lead aku. Aku biarkan saja.
Mamat Alpha macam dia ni, mana boleh tunjuk lemah depan perempuan. Mesti ego dah tercabar sikit. Nak nak aku pulak jenis Ms Alpha jugak. Mana boleh kalah. Tapi aku biarkan saja gelagatnya. Sesekali dia menoleh aku. Nak tunjuk dia dah terrer la tu. Dah pandai. Bajet confident sangat.
‘Cuba lepas tanganlah kalau hebat sangat’ Aku saja bakar line.
Dia teragak agak sebelum melepaskan tangan aku.
Senyum lebar dia bila berjaya meluncur seorang diri. Sudahnya aku ditinggalnya. Dia ni memang sejenis kacang lupakan kulit rupanya.
Aku meluncur seorang diri berangan menjadi Si Puteri Elsa. Siapa yang menyakitkan hati aku akan aku bekukan dia dan tolak ke lantai biar berkecai.
‘Let it go… let it gooooo….’
Angan angan aku terganggu apabila seorang budak lelaki terlanggar aku dan badan aku sudah hilang imbang.
Ahh sudah! Terliuk liuk badan aku cuba menahan dari jatuh.
Tetiba aku rasa lengan aku dipegang. Berpusing aku dibuatnya dan spontan tangan aku memaut badan Khaidar.
‘Whoa whoa’ Aku dah tak berpusing pusing. Tapi aku baru tersedar yang aku sedang sangat dekat dengan Khaidar.
‘Bukan saya yang buat drama sebabak ni’ Ujarnya bersahaja
Kelam kabut aku lepaskan tangan dari bahunya dan apabila aku mengundur kaki aku tersalah langkah dan akhirnya terduduk juga aku diatas lantai.
Berderai ketawa Khaidar. Dia hulurkan tangan mahu bantu aku berdiri tetapi tangannya aku tepis. Aish. Boleh pulak aku yang buat drama sebabak kat sini. Cliché betullah Sofia Farhana. Panas rasanya pipi aku.
Ketawanya masih bersisa bila aku sudah berdiri.
‘Ucu ok tak. Sakit?’ Tiba tiba Adam sudah berdiri sebelah aku.
Tengok. Macamnilah gentleman. Terpancar muka concern dimukanya.
‘Ucu okay Dam’
‘Okay’Jawabnya sepatah dan kembali laju meluncur. Ceh!
Khaidar hulur tangan. Digoyang goyang tapak tangannya di depan muka aku.
Nama pun Sofia Farhana, tangan Khaidar aku tepis.
Aku cuba bangun sendiri.
Melutut. Angkat kaki sebelah. Angkat punggung.
Erk.
Cepat cepat aku melutut balik.
Aku toleh Khaidar di belakang.
Dia tengah tersenyum terjungkit.
"You choose. My hand or your ..." Tangan dihulur dan kening diangkat berkali kali.
EEEEEEEEEEE
Fine! Aku tadah tangan.
Sekejap sahaja aku sudah berdiri.
''See. My hands is all yours'
Tak sempat aku balas kata katanya Adam dan Elina sudah berada dibelakang kami.
‘Eeeee. Uncle Dar pegang tangan Auntie Fia…’ Ujur Elina tersengih sengih.
‘Uncle Dar suka Auntie Fia yeeeeeeee?’ Soalnya lagi.
Adam pun turut sama tersengih macam kerang busuk.
Sepantas kilat aku melepaskan tangan.
Memang la tangan masing masing berlapik dengan sarung tapi aku rasa macam kena renjatan elektrik pulak. Malu bila budak budak tu cakap macam tu.
''Uncle Dar suka je Auntie Fia. Tapi Auntie Fia yang tak suka Uncle Dar'' Jawab Khaidar bersahaja.
Aku pandang Khaidar tepat.
Dia seperti biasa. Muka sebaris
Share this novel