BAB 31

Romance Series 10994

‘Sofea, dah pukul 4 ni. Bangun Fia’ Aku terdengar suaranya jelas dan terasa bahu aku disentuh sikit.

‘Huh?’Aku berpura pura disoriented. Bingkas aku bangun dan menguap. Aku lirik jam di tangan.

‘Huh, lamanya saya tertidur. Mujur awak kejutkan kan, kalau tak, tak tahu pukul berapa saya bangun’ Rasa rasa dia percaya tak lakonan aku?

‘Sorry to wake you up, sebenarnya tak sampai hati saya nak kejutkan awak. Tidur macam baby. Masa saya masuk tadi, saya pangil panggil awak, sikit pun awak tak sedar. Ni nak kejutkan pun saya fikir dua tiga kali. Takut awak tak puas tidur’ Jawabnya dengan eksperasi wajah segaris. Tapi hujung bibirnya yang terjungkit sedikit mengkantoikan lakonan dia. Pipi aku terasa panas.

‘Awww, how sweet of you’ Aku pura pura terlebih fokus melipat kain pelikatnya. Tak sanggup aku nak tengok muka dia. Karang dia ingat aku hadap sangat nak tengok muka dia agaknya. Perasan good good betul!

‘Awak nak solat tak ni? Dah lewat ni’ Soalnya tiba tiba.

‘Err, saya cuti’

‘Hmm. Kalau macam tu boleh tak saya settlekan asar dulu baru kita gerak balik’

Aku angguk dan aku hulurkan semula kain pelikatnya.

‘Zahim ada lagi?’

‘Dah balik’

Bingkas aku berdiri apabila mendengar jawapannya.

‘Kalau macam tu saya tunggu kat luar la. Kat tangga ke. Kat depan pintu lif ke.’

Tak selasa pulak aku berdua duaan dengan dia.

Teringat pesan Ustazah Fauziyah sewaktu kelas agama di sekolah menengah.

Jaga batas batas pergaulan kita antara lelaki dan perempuan.

Perempuan jangan terlalu bebas dan mendedahkan diri di depan bukan muhrim. Nanti diri akan terdedah kepada perkara perkara yang merugikan. Seeloknya diri dihargai dan jangan ditayang tayang kepada semua.

Diri kita kan ekslusif. Ekslusif untuk suami kita. Kalau berdua duaan dengan bukan muhrim, ingat ya anak anak Ustazah semua, kalau kita berdua duaan dengan bukan muhrim, ada orang ketiga juga bersama kita. Siapa dia? Siapa lagi kalau tidak bukan Syaitannirojim ya anak anak ustazah… Syaitan yang sudah berjanji untuk menyesatkan dan memesongkan hati manusia sehingga akhir zaman nanti. Jaga jaga ya anak ustazah. Ingat harga diri kita. Jangan beri tanah kita sewenang wenangnya. Jaga tanah 3 persegi kita tu elok elok.

Aku ingat lagi pesanan ustazah Fauziyah pasal tanah 3 persegi tu sebab lepas tu aku yang suci lagi naive ni tanya kepada Salwa, rakan sekelas, sebelah meja aku. Tanah mana pulak Wa? Salwa ketawa mengekek sambil tangannya pantas nak mencubit tanah 3 persegi aku.

Haih… Benda asas kita belajar sejak dari sekolah rendah. Tapi ramai yang dah belajar tinggi tinggi pun, sel sel otak masih tak berhubung. Sel sel lain pulak yang berhubung. Sudahnya apa jadi. Anak dibuang di semak. Di pam di tandas. Di sangkutkan di pagar masjid. Di hurungi semut. Di gigit anj….. Ah. Sudah Fia. Kalau nak bercerita pasal keruntuhan aklak manusia zaman sekarang sampai besok pun tak habis lah.

‘Tunggu je lah dalam ni, awak kalut kenapa?’

‘Tak nak saya kawin free dengan awak!’ Aku mencegil mata.

Dia ketawa besar.

Khaidar tetap berkata tak mengapa. Katanya bukannya ada orang lain pun.

Ingat ya kawan kawan, pesan Ustazah Fauziyah tadi. Kalau dia bertegas, aku pula berdegil untuk tunggu saja di luar.

Maka tercongok la aku menunggu dia di lobi.

Memanglah dia nampak baik, sembahyang bagai. Tapi, orang zaman sekarang kita bukan tahu. Depan kita perangai macam Pak Imam bukan main alim, belakang kita… dialah bapak segala setan.

Jangan sampai aku bukak cerita pasal cikgu sekolah mencabul anak murid.

Pak Imam di tangkap khalwat dengan isteri orang.

Hei, aku bukan nak skeptical. Ini kenyataan.

Lagipun aku bukan kenal sangat dengan Khaidar. Hari ni lah aku baru macam nampak the other side of him. That doesn’t means yang aku sudah boleh percaya kan dia. Kan?

Lebih kurang dua puluh minit aku tercongok di lobi yang tak berhuni tu barulah dia muncul sambil tersenyum ke arah aku.

Tersenyum?

Wajahnya nampak tenang.

Baru lepas sembahyang, agaknya nur tu terpancar kat wajahnya.

Terkelip kelip mata aku. Aku salah tengok orang ke? Cepat cepat aku tutup mulut bila aku nampak makin lebar senyumnya.    

‘Kenapa, mata masuk habuk?’ Soalnya bersahaja.

‘Aaa…Haah’ Aku berpura pura menyapu habuk. Mata aku tenyeh tengeh.

Cis betul. Dia ni terlebih sharp betul. Aku biarkan dia berjalan di hadapan. Kemudian dia berpaling semula. Aku berpura pura sapu habuk lagi.

‘Degil betul habuk nih’ Gumam aku. Berlakon jer lebih.

‘Macam orang tu jugaklah. Mana? Meh sini saya tengok’

Dia berjalan mendekat. Lagi aku tenyeh mata laju laju.

‘Tak payah. Dah hilang dah. Dah. Dah’

Tak sempat aku menepis. Kedua belah tapak tangannya sudah di sisi kepala. Didongakkan sikit.

Terkejut aku.

‘Tak payah!’ Aku cuba tarik kepala, tapi kepala aku semakin dipegangnya kemas. Aku kaku. Kang patah pulak leher aku dikerjanya kalau aku bergerak gerak.

‘Tengok sini’ Arahnya supaya memandang dia.

Aku pandang kiri.

‘Sini..’

Aku pandang kanan

‘Memang kepala batu betullah makcik ni’

Aku pandang wajahnya tajam. Eee. Silap besar. Dia memandang aku sambil tersenyum mengejek.

‘Gotcha!’ Riak wajahnya.

‘Ha tengok lah cepat! Bukannya ada apa apa pun!” Aku sudah bernada marah  

‘Macam mana nak tengok kalau awak tengok bawah. Pandang atas’ Arahnya

Aku naikkan biji mata ke atas sampai terasa sakit kepala pula.

‘Kiri’

‘Kanan’

‘Depan’

‘Saya suruh tengok depan bukan bawah’

Eeish. Walaupun jarak muka dia dengan aku bukannya dekat sangat sampai nak kene cium pun… tapi bergemuruh juga darah aku.

‘Dah tak ada, saya kata tak ada, takdelah!’ Marah aku lagi cuba melepaskan diri.

‘Ish diamlah, biar saya tengok’ Kepala aku yang dipegangnya kiri kanan di gegarnya sikit.

Eeeeee..

Aku pandang depan. Wajahnya hanya riak bersahaja. Terteleng teleng kepala dia melihat mata aku.

‘Hmmm... Mata awak merah sikit sebab awak genyeh. Saya tak nampak habuk pun kat mata awak’ Katanya dengan muka segarisnya.

‘Saya dah kata…’ Aku mula protest.

‘Hmmm.. tapi saya nampak benda lain lah’

‘Apa dia?’

Sejenak dia terdiam dan dengan muka berkerut kerut tiba tiba…

‘Saya nampak… Saya!’ Kemudian dia pandang anak mata aku tepat dan senyum senget sampai nampak lesung pipit

Arghhhhhh!!!

Pantas aku menepis kasar tangannya dan berlalu pergi.

Ciskek 3 layer punya mangkuk hayun!

Terdengar meledak ketawanya di belakang.

Ada nur la sangat Fia oi.  Hak tuih la!

Sampai depan kereta aku berpeluk tubuh menunggu dia untuk membuka pintu.

‘Cepatlah!’ Aku marah marah.

Dia berlenggang kangkung pula sambil sebelah tangan dalam poket sebelah lagi main lambung lambung kunci. Tak pula dia unlockkan pintu lagi. Satu pandangan maut aku lemparkan kepada Si Taliban.

Dia? Dia relax jer. Panas pulak hati aku.

Dia jalan terus ke sebelah aku, tidak ke tempat pemandu. Sampai depan pintu baru di unlock dan dia juga yang bukakan pintu.

‘Jemput masuk tuan puteri’ Dengan badan sedikit tertunduk dan tangan kanan tersilang depan badan.

Bajet good good betullah dia ni!

Aku jeling dia lagi sebelum masuk kereta. Mengada ngada betul!.

‘Jangan jeling sangat. Kang sakit lagi mata tu kang…’ Sinis betul.

Cepat aku tarik kasar pintu kereta.

Agak kuat terhempas.

Dia hanya geleng kepala.

‘Kepala hangin betul’ Katanya dari luar.  

‘Saya bawak awak pergi minum petang ya. Bagi reda sikit angin awak. Nak apa tadi? KFC? Pavlova?’ Soalnya sambil tersenyum senget semasa memandu.

‘Tak payah, hantar saya balik terus’ Arah aku.

‘Rileks la Mak Cik. Saya gurau jer lah’

‘Itu bukan bergurau. Itu menggatal namanya!’

‘Siapa? Saya?’

‘Habis takkan saya pulak?’

Meletus ketawanya

‘Siapa yang tengok saya macam muka kucing lapar dulu?’ Sambil dia buat muka bajet comel dan kelip kelip kan matanya. Exeggerate.

Rasa nak lempang je muka dia.

‘Mana ada saya macam tu!’

Dia ketawa lagi. ‘You’re really something la Sofea Farhana’ Katanya seolah mengejek.

‘All this while, men must be thinking that you are the fish. Boy, they are wrong. You defienetely the cat!’ Sambung Khaidar.

Cepat aku bidas, ‘Don’t judge me. Awak jangan nak merepek!’

‘No wonder la ramai ikan yang menggelepar tengok awak’ Dia masih nada mengejeknya

‘Habis, tadi tu awak ikan jugak lah!’

‘Sorry. Saya bukan ikan. I am the Tiger. King of the Jungle! Kalau saya nak ngap. Kelubang cacing mana sekalipun awak lari. Leher awak mesti kena gigit jugak’

Berdebar jantung aku mendengarnya.

‘Tahu takut, tu lah… Mata awak tu jaga sikit. Bukan lelaki je kena jaga mata. Perempuan pun kena juga. Nak nak mata jenis macam awak. Perempuan ni senang je nak goda lelaki. Tak payah nak meliuk lintuk sangat. Dari pandangan mata saja boleh jadi. Kalau tak, takkan la ada pepatah dari mata turun ke hati.’

‘Awak pernah dengan kisah Saidina Ali R.A dan matanya?’ Sambungnya

‘Kisah apa?’

‘Semasa di gelanggang perang, Saidina Ali berlawan pedang dengan seorang pemuda dari kaum kafir Quraish. Entah macam mana semasa sedang berlawan, kain pihak lawan Saidina Ali R.A tersingkap sehingga ternampak auratnya. Tahu Saidina Ali buat apa? Instead of finish of his oppenant. He just step back, turn around and ask that fellow to adjust him self first. Then only they resume. Nampak tak? Betapa pentingnya menjaga mata?’

Aku terdiam.

‘And back to you, my dear Sofea Farhana. Saya tahu awak bukannya sengaja atau ada niat pun nak menggoda orang dengan cara pandangan awak tu. It just come naturally from you. No wonder that jerk keep on bugging you’ Ulasnya lagi

‘Habis? Takkan saya nak korek mata saya pulak?’

‘Bukan macam tu. Some guys memang jerk by nature. Saya nasihatkan awak reserve sikit pandangan awak tu. Ingat, kalau nak usyar orang yang handsome sangat pun, bajet bajet sikit. Jaga jaga jangan sampai tertangkap. Bahaya …’ Ceramah ringkas dia diakhiri dengan senyuman nakal.

Arghhh! Dia ni! Perasan!! Memang bajet good good betullah!

‘Dah, tak payah nak buat mata bulat macam puss in the boot. Kita dah sampai dah ni’ Ujurnya.

Dia bawa aku ke sebuah kedai. Tempat lepak dia katanya.

Tak berapa ramai orang petang tu. Dia memesan neskefe tarik dan mee kari. Dia recommend aku untuk makan laksa dan aku memesan ABC.

Memang terbaik. Cukup segala rasa. Senyap je semasa makan. Walaupun tadi rasa nak pukul Si Taliban ni, tapi sebab dah dia bawak makan ni, sejuk sikit hati aku.

Apabila masing masing dah habis makan barulah kami berbual bual kosong. Ada jer topic yang keluar. Kalau aku bercakap ada saja benda nak dibangkangnya. Kalau dia bercakap ada saja benda yang aku bangkang. Kalau tak bangkang pun kami sama sama memberi pendapat. Sejujurnya aku senang bercakap dengan dia.

‘Selalu awak ni serius semacam saja. Tak sangka awak ni banyak cakap juga’

‘Really. Then you must be really lucky’ Teringat aku masa aku bergaduh bagai nak rak dengan dia dekat Johnny Rocket dulu. Masa tu nak SMS pun nak berkira. Aku senyum sendiri.

‘Saya ni kalau orang tak kenal, memang nampak sombong sikit’

‘Really? I don’t notice that’

Dia hanya tersenyum nipis. Paham sangat dengan ayat double meaning aku.

‘Ya, saya kan Mr Jerk, Mr Left, Mr Not Perfect, Mr Not Right awak’

‘Kalau awak tak remind, saya lupa dah. Glad to know awak sedar diri’ Aku balas. Dia tahu aku hanya mengusik kerana aku nampak sikit hujung bibirnya terangkat.

Selesai minum petang, Khaidar suruh aku pergi ke kereta dulu kerana dia mahu ke toilet. Hanya ada beberapa buah kereta saja yang ada di parkir. Ketika aku hendak masuk kereta aku terperasan ada sebuah kereta yang agak terpencil.

Ada sesuatu yang membuatkan hati aku untuk memerhatikan kereta tu. Aku lihat ada dua orang dalam kereta. Semakin aku perhatikan semakin tak sedap hati aku. Tahu tahu aku sudah menghampiri kereta BMW merah yang menarik perhatian itu. Sangkaan aku tepat. Berderau darah aku.

Seorang lelaki sedang menampar pipi seorang perempuan berkali kali. Rambut belakang kepala perempuan tu kemudian dicekaknya dan nah, dihantukkan kepala perempuan itu ke dashboard. Menggigil badan aku.

Aku pernah nampak orang perempuan kena belasah dalam kereta. Bukan sekali, tetapi dua kali!

Dua dua kejadian berlaku berasingan dan kedua kalinya atas jalan raya semasa kenderaan sedang bergerak dalam kesesakan lalu lintas. Bukan main main punya kejadian. Betul betul kejadian. Memang dua biji mata aku ni jadi saksinya.

Ikutkan hati aku masa tu, nak jer aku berhenti kereta dan bagi penerajang sekali kat lelaki durjana tu. Tapi keadaan jalan yang sesak membuat tindakan aku terbatas. Sampai ke malam nak tidur pun aku masih terngiang ngiang kejadian itu. Itu aku yang melihat. Yang kena entah macam manalah agaknya.

Sebab tu, tau tau jer, kaki aku dah heret dan aku dah terpacak disebelah pintu pemandu BMW merah tu. Aku ketuk tingkapnya kuat tiga kali. Si dayus terhenti dari menampar mangsa. Dia berpaling kepada aku.

Sepantas kilat aku buka pintu pemandu dan tanpa berkata apa apa…

Dush!

Sebuah salam perkenalan aku hadiahkan ke batang hidungnya.

Perempuan itu terus menjerit.

Si Dayus menekup muka dan sudah meloncat keluar.

Wajahnya bengis. Mukanya merah. Sebelah tangan sedang menghalang darah yang sedang mengalir keluar.

‘You bitch!’ Jeritnya.

Aku memang sudah bersedia. Lepas aku tumbuk hidung dia tadi memang aku terus melompat ke belakang dan pasang kuda kuda. Tangan sudah aku angkat di depan muka.

‘Dina, keluar!’ Aku menjerit dari luar.

Terketar ketar Dina keluar dari kereta.

‘You stay out of this!’ Desis Afeeq

‘You. Stay away from her!’ Aku balas. Darah panas sudah mengalir di setiap urat dalam badan aku.

‘Kau nak tunjuk handal dengan aku bitch?’ Soalnya tinggi

Aku tidak balas, sebaliknya aku tenung muka dia sambil berjalan terundur undur.

‘You mess with the wrong guy’ Jeritnya lagi

‘Guy? Are you sure? Because I can see your pu$$y!’ Aku pun tak sedar itu yang keluar dari mulut aku.

Merah padam muka Afeeq dan mukanya terus membengis.

Macam babi hutan terus dia meluru ke arah aku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience