BAB 42

Romance Series 10994

Sampai saja di rumah aku terus mandi. Mujur Suzanna tiada dirumah. Kalau tak pasti sudah pecah gegendang telinga aku dimarahi Suzanna. Usai solat Isya’ aku terus tutup lampu bilik tidur dan berbaring di katil.

Terngiang ngiang insiden petang tadi.

Rasa macam fobia tengok payung lepas ni.

Badan sudah terasa sakit sakit. Mujur Khaidar membawa aku ke klinik. Mulanya aku menolak walaupon bersungguh sunguh aku kata aku okay, dia serupa macam malas nak layan. Tahu tahu saja kereta dia sudah berada depan klinik.

“Baik awak turun sekarang, jangan sampai saya dukung awak masuk dalam klinik” Ugutnya.

Aku sudah tak larat nak melawan Khaidar. Lebih lebih lagi intonasi dan riak wajah dia dah serupa ketua pemberontak Taliban kat sebelah aku.

Kalau aku menolak memang dia dukung aku masuk klinik tu.

            “Saya mintak maaf” Ujurnya semasa dalam perjalanan balik  kerumah.

“Awak marahkan saya lagi?” Sambungya.

“Its him right?” Soalnya lagi.

“That guy. Your boss. He is the special one right?” Dia diam sebelum menyambung.

“And I screw it up for you right?” Ada nada bersalah di suaranya.

Air mata kembali mula nak menitik dari tubir mata.

Don’t cry Sofea Farhana!

Memang aku tak pernah mengaku kepada siapa siapa yang aku sukakan Abang Luqman. Tetapi insiden petang tadi betul betul membuatkan aku patah hati. Sepanjang aku berkawan dengan Abang Luqman, walaupun dia tidak pernah meluahkan, tetapi sikap ambil beratnya, perhatiannya, dari senda guraunya, aku dapat rasakan hubungan itu lebih dari seorang pekerja kepada majikan, lebih dari seorang senior kepda junior, lebih dari seorang abang kepada adik. Cuma hubungan misteri dan tiada label ini tidak pernah terluah dari bibir dia mahupun dari bibir aku sendiri.

Cuma aku seorang yang memasang impian dan berdoa dalam hati.

Suatu hari nanti. Bila tiba masanya.

Sang Luqman Danial akan melafazkan, sama apa yang tersimpan dalam hati aku.

Cuma kebelakangan ni, hati kecil aku selalu berbisik sendiri. Aku rasa seperti masanya sudah hampir tiba.

Dan siapa sangka, seorang bernama Muhammad Khaidar Iskandar telah memusnahkan impian aku sekelip mata.

Tak dapat aku lupakan riak wajah Abang Luqman ketika Khaidar mengatakan aku bakal menjadi isterinya. Aku cuba membaca riak wajah abang Luqman.

Terkejut? Pasti.

Hampa? Hampa ke dia mendengar pengakuan Khaidar.

Yang aku pasti, sebaik dia faham maksud apa yang diperkata Khaidar kepada Hana, wajahnya kemudian beriak kosong. Tak dapat aku baca.

Hati aku pedih. Sedih. Malu. Kecewa. Marah. Bercampur baur. Aku tak tahu macam mana aku nak berdepan dengan dia…

“Fix it, I really want to hate you right now …” Itu saja yang mampu aku katakan kepada Khaidar sambil mata aku merenung ke luar tingkap.

Khaidar membisu seberapa ketika. “Im sorry Fia..” Itu saja jawabnya.

Hati aku menjerit sendiri.

Ini tidak adil!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience