BAB 2

Romance Series 10994

Empuk. Hangat. Wangi.

Dan kepala aku rasa berdengung.

Sempat terhantuk kepala sebelum dua dua tergolek macam buah manggis yang aku hayun dengan batang buluh tadi.

Terdengar suara mengaduh. Aku landing betul betul atas dia. Kalau orang nampak, macam aku tengah nak buat aksi terlampau pulak.

Aku angkat kepala dari atas dada dia.

Janggut.

Muka lelaki penuh berbulu.

Walaupun muka dia penuh semak samun, tetapi mata dia yang cerah tajam merenung aku.

‘Berat…’ Ujurnya sepatah. Sepantas kilat aku cuba bangun.

‘Ya Allah! Sofia Farhana!’ Aku baru terdengar suara Mak. Baru aku perasan riuh rendah disekeliling kami.

Aku rasa muka aku sudah bertukar warna.

Disebelah, wajah mak sudah bertukar hijau. Sikittt jer lagi dah nak bertukar jadi macam Hulk. Ni baru betul ‘Mak kau hijau!.

Seorang makcik lebih kurang sebaya mak dan seorang pakcik lingkungan sebaya ayah sedang berlari lari anak kearah kami.

Mak sudah berlutut disebelah aku. Wajah dan badan aku dibeleknya dan mulutnya tak berhenti bertanya dan membebel.

‘Apa saja kamu ni Fia! Ada patah tak? Kaki? Tangan? Mana sakit? Tulah, degil! Mak suruh buat benda lain, lain yang dibuatnya!’ Walaupun dalam keadaan risau, marah tetap kena marah. Pakej tu.

Bahu aku ditamparnya bila dia tengok anak bongsunya ini selamat, tiada sebarang kecederaan fizikal. Kecederaan fizikal memang tak nampak mak. Kecederaan dalaman ni tuhan saja lah yang tahu.

‘Hah, dah turun? Macam mana turunnya tadi?’ Terdengar suara ayah yang sedang mengusung tangga kayu dalam keadaan berlari lari anak.

‘Niha, Khaidar sambut’ Jawab Mak.

‘Allahhurabbi! Mujur ada Khaidar’ Ayah sudah berdiri di sebelah makhluk berbulu bernama Khaidar.

‘Dar okay?’ Soal makcik yang sebaya mak tadi.

‘Okay Mummy’ Khaidar menjawab sambil tersenyum.

Dia bingkas berdiri. Pakcik yang aku nampak tadi dan Ayah menepuk nepuk bahu Khaidar sambil mengibas pasir yang melekat dibelakang baju dan seluarnya. Aku hanya tunduk merenung hujung kaki. Tak berani nak angkat muka. Takut nanti diorang nampak muka aku nanti dia cakap kat mak ayah…

‘Eh, Encik Ibrahim, anak awak hijau, sama macam maknya!’

‘Terima kasih Dar. Mujur tak patah tengkuk Fia ni’ Sambung Ayah.

‘Tak ada apalah Pakcik. Small matter jer’

‘Small apanya. Fia ni bukannya anak kucing kamu sambut’ Mak mencubit paha aku. Aduh!

Nampaknya aku memang dah mendropkan water face mak.

‘Its okay Makcik. Dia ringan jer’ Errkk.. Tadi dia jugak yang cakap aku berat. Aku angkat kepala untuk melihat gerangan Si Khaidar yang dipuji puji itu.

Seorang jejaka berseluar jeans biru dan berkemeja putih yang sudah kotor dicemari tanah berdiri tersenyum lembut kearah mak.

Wajahnya yang berjambang macam orang tabligh, tapi rambut panjangnya pula diikat ala ala ‘man bun’. Macam perempuan tetapi memang lelaki. Rambut berikat begitu pun masih smart, masih cantik dan masih manly. Ni confirm budak budak hipster ni!

Aku yang perempuan ni pun tak cantik macam dia. Dah la dah macam monyet, dengan tudung senget benget dan berpeluh peluhnya. Berlengas!

Macam tahu aku sedang melihat dia, dia mengalihkan pandangannya kepada aku. Cepat cepat aku tunduk. Dah macam warna pelangi dah muka aku nih.

Malu ya amat! Malu sebab memalukan Mak dan Ayah. Malu sebab terpeluk anak orang. Malu sebab memalukan. Malu semalu malunya!

Aku tak tahu apa yang meraka bualkan sebab kepala hotak aku memang tengah berselirat dengan macam macam benda sekarang nih.

Tiba tiba ketawa mereka membuatkan aku tersedar dari monolog aku sendiri.

‘Jadi, inilah dia Sofia Farhana ya?’ Soal Mummynya Si Khaidar yang di up up itu, sambil memegang pipi aku. Aku hanya mengangguk. Macam kenal sangat jer makcik ni dengan aku.

‘Maaf makcik tangan saya kotor’ Teragak agak aku nak hulur tangan yang sudah berlumur jus dan getah buah manggis yang aku bedal di atas pokok.

‘Tak apa’ Jawabnya. Tangan aku tidak disambutnya tetapi tubuh aku didakapnya.

‘Saya busuk…’ Perlahan aku berkata supaya dia tidak memeluk aku.

Terlambat, dia hanya tersenyum dan terus mengoles perlahan pipi aku. Tak pasti sama ada dia nak buang pasir ke atau memang tanda berkasih sayang. Dari cahaya matanya, aku rasa yang the later.

‘Kami dari pekan tadi. Ada jemputan kahwin. Kebetulan dah dekat, tu yang datang singgah’ Beritahunya macam tahu tahu persoalan di fikiran aku.

Aku mengangguk angguk sambil tersenyum kelat.

‘Belum apa apa dah macam macam hal budak budak ni ye Nab’ Gumam Mak sambil disambut tawa mereka.

Ni depan orang memang la mak cover macho. Gelak ketawa bagai. Cuba karang bila tetamu semua ni dah balik. Mahu sampai ketahun depan aku kena tembak dengan machine gun ni.

Aku terkebil kebil di tepi baldi berisi buah manggis. Khaidar hanya memerhati. Cakap tidak. Senyum pun tidak. Orang lain bergelak ketawa, dia saja yang berkerut dahi.

‘Sudahlah tu, marilah masuk ke dalam. Budak budak pun dah tak apa apa’ Ayah memperlawa.

‘Khaidar nak mandi?’ Terdengar soalan mak. Aku tidak mendengar jawapan Khaidar dan mereka terus bergerak ke arah rumah. Sempat ayah mengusap kepala aku sebelum dia mengangkat tangga untuk disandar ke batang pokok manggis.

‘Fia, buat air. Lepas tu bawak sikit buah kedalam ya’ Laung mak sebelum hilang dibalik pintu dapur.

‘Ya Mak!’

Cepat cepat aku mengutip buah manggis yang masih berselerak di tepi baldi. Bertindak mengikut arahan beb! Pantas pantas!

Di dapur ketika aku sedang membancuh air, tiba tiba ada suara menegur.

‘Toilet mana?’

Terkejut jugak aku tiba tiba dia muncul di pintu dapur. Dia ni jenis jalan tak berbunyi ke haper? Macam ninja betul.

‘Depan sana. Belah kiri’. Aku menunjuk arah. Ada jer toilet untuk tetamu. Macam mana boleh terlepas sampai ke dapur mamat nih.

‘Thanks’ Balasnya ringkas dan terus berlalu.  

Ketika aku menghantar air ke ruang tamu, aku lihat Khaidar sedang ralit melihat gambar gambar kami sekeluarga yang tergantung di dinding.

Lama dia berdiri di depan gambar aku yang tengah ketawa ternganga muka macam hapa tah.

Aku benci gambar tu tapi Kak Long suka sangat. Memori yang dirakam pada hari lahir Ayah yang ke 65 dan setelah aku berjaya mencalit panjang krim kek ke muka Abang Safwan.

Dia kata semua nampak happy dalam gambar tu. Happy memang la happy, tapi aku nampak buruk kut. Dengan mulut ternganga, nampak semua 32 batang gigi aku!

Macam tau tau aku kat belakang dia, dia menoleh tengok aku. Kemudian kembali kepada gambar. Dia pandang aku dari atas ke bawah kemudian naik ke atas semula.

Walaupun aku tak senang dengan cara dia melihat aku, tetapi aku tetap hadiahkan senyuman kepada dia. Niat dihati nak ucap terima kasih, tapi hadiah aku tidak diterima.

‘Hmm’ Dengan muka yang tiada perasaan, segaris macam tu, sepatah itu sahaja katanya. Kemudian dia terus berlalu ke ruang makan.

Hmmm? Hmmmm? Apakah? Dari pandangan matanya aku terasa seperti dia mengejek aku.

Eh! Engkau dah kenapa? Marah aku dalam hati.

Sukahati aku lah nak pose macam mana pon!

Hero tak hero, perangai tu elok elok sikit eh. Muka dah la macam orang Taliban! Keturunan ISIS agaknya. Aku mengomel sendiri dalam hati.

Ramah Makcik Zainab yang membahasakan dirinya Auntie bersoal tanya dengan aku. Mak kata dengan tetamu jangan sombong, jadi aku pun ramah mesra la berbual dengan Auntie. Lagipun wajah dia yang lembut dan sentiasa tersenyum tu membuatkan aku senang dengan dia. Tak ada la kejung je macam Hero Taliban bajet Good Good tu.

Petang itu sebelum Auntie Zainab dan keluarga beransur pulang aku serahkan dua plastic buah manggis kepadanya. Sekali dengan buah rambutan seplastik besar dan buah duku yang sempat aku gait semalam.

‘Ambil buah tu Khaidar’ Arah Auntie Zainab.

Huluran plastik disambut oleh Khaidar tidak beriak. Seulas senyuman pun tiada di bibirnya.

‘Terima kasih’ Ujurnya mendatar. Aku angkat plastik buah lain juga masuk kedalam bonet kereta seperti dia.

‘Terima kasih sebab…’

‘You can thank me later’

Tak sempat aku nak cakap, dia dah potong. Termangu mangu aku di tepi kereta.

Eh? Mowtif tah cakap macam tu kan?
Nak kata muka dia marah, tak juga.
Nak kata dia suka, memang tak lah.
Tiba tiba menyampah pulak aku dengan roman wajah dia. Tahulah dia dah selamatkan aku tadi. Tapi muka jangan nak berlagak sangat boleh tak?

Dia ni anak angkat kut. Lain benar peelnya dengan Uncle Othman dan Auntie Zainab yang tak lekang dengan senyuman.

‘Terima kasih Fia, buat susah susah jer. Sampai bergadai nyawa Fia panjat pokok tadi.’ Ulas Uncle Othman sambil tersenyum mengusik.

Terhambur ketawa semua. Cis. Terkena aku!

‘Eh tak penat la. Dah biasa dah. Cuma tadi ada technical issue sikit je.’ Aku jawab sambil tersengih macam kerang busuk.

‘Tak apa, next time kita datang lagi, kita suruh Khaidar pulak panjat. Kamu yang jadi tukang sambut pula’ Percubaan Uncle Othman untuk membuat jenaka lagi nampaknya di situ.

Sabar Fia, sabar. Bertabahlah.

Aku hanya menyeringai. Nampak gaya, sampai tahun depan pun belum tentu cerita aku tersangkut kat pokok manggis ni akan habis. Tengoklah berita pukul lapan malam karang. Confirm jadi berita utama nih!

‘Bagus sangat idea tu Man’ Ayah menyambung. Meletus lagi ketawa mereka.

Aku hanya sengih. Layankan jer la. Terlebih minum gula agaknya diorang ni. Hyper semacam!

Khaidar hanya tersenyum nipis. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience