Sudah seminggu sejak aku balik dari kampung, dan belum ada lagi panggilan dari Si Taliban tu. Bukanlah aku tunggu sangat pun panggilan dia, tapi aku risau kalau mak telefon aku nanti, mesti mak akan tanya kalau kalau ada dapat panggilan dari Hero bajet Good Good tu.
Eh, kau nak risau kenapa Fia? Cakap jer lah Si Taliban tu takde call. Takkan mak nak marah aku pulak. Aku bukannya ada no telefon dia pon. Bukan aku yang disuruh call dulu.
Dah Fia, tak payah fikir!
Maka berjalanlah hari hari aku tanpa memikirkan hal Si Taliban itu.
Seperti biasa, bila tiba hujung minggu, aku dan teman serumah akan berpeleseran di pusat membeli belah. Sudah lama rasanya tidak mengukur sudut persegi di Pusat membeli belah One Utama. Aktiviti dimulakan dengan makan tengahari di Johnny’s Restaurant. Kemudian acara mencuci mata pun bermula.
‘Dia tak call lagi ke Fia?’ Suzanna menyoal sambil mengacu baju kemeja berwarna merah berbintik hitam ke badannya.
Suzanna merupakan teman serumah aku sejak empat tahun yang lalu. Kami belajar di kolej yang sama dan persahabatan yang telah terjalin berterusan hingga melangkah ke alam pekerjaan, sampai lah sekarang.
Rahsia aku rahsia dia.
Rahsia dia rahsia aku.
Semua cerita aku dalam kocek dia, sama juga sebaliknya. Lebih tepatnya, bak kata omputih; partner in crime!
Tak hairanlah cerita aku nak dikenenkan dengan anak kawan mak yang sama mengerjakan umrah itu sudah sampai dan dianalisa oleh Suzanna.
‘Cantik tak?’ Soalnya. Aku angkat baju berwarna ungu yang lebih cantik di mata aku bagi menidakkan pilihan dia.
‘Takde…Bagus juga tu tak call. Malas nak fikir’ Sambil itu aku membelek belek baju kemeja lengang panjang berwarna biru muda yang tergantung.
‘Ala, kenapalah dia tak call lagi? Dia busy kut’ Telah Suzanna sendiri. Aku mencebir bibir.
Sepanjang aku bercerita kepada dia hari tu, tak habis habis dia ketawa. Part aku tersangkut kat atas pokok manggis tu toksah cakap la. Sampai tak terdengar suara dia. Bukan apa, geli hati punya pasal! Bila meledak, dah macam langsuir bunyinya. Terus berguling dia ketawa. Nak je aku tenyeh kepala dia biar melekat kat lantai.
Dia yang beriya siasat itu dan ini. Handsome ke tak? Baik ke tak? Keje apa? Pakai kereta apa? Umur berapa? Mengalahkan pegawai cerita CSI. Dasar makcik bawang sangat!
Aku pun tak tau nak jawab. Sebabnya masa mak dan ayah cakap pasal Si Taliban tu aku rasa macam ada halilintar dan guruh yang sabung menyabung di telinga aku. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak salah aku, umur dia 30 tahun kut. Itu je yang dapat aku tangkap sebelum aku tenggelam digulung ombak di lautan dalam. Huhuhuhu.
Aku ceritakan pasal perangai good good Khaidar tetapi Suzanna buat tak apik saja. Dia lebih beriya nak tau muka orang tu handsome ke tak? Typical mind betul kawan aku ni. Hmph!
‘Kalau artis, muka dia macam siapa?’ Soalnya sambil makan keropok masa aku cerita kepada dia tempoh hari.
‘Mana ada muka dia macam artis’ Aku malas nak layan mereng Suzanna.
‘Ala, sporting la sikit. Iras iras siapa? Cuba describe sikit’ Usul Suzanna lagi.
‘Muka dia macam orang Taliban, berjambang jambang bagai. Bersepah. Macam ISIS!’
‘Hish kau ni, tak baik mengata orang ISIS. Dia tu bukan terrorist la’
‘Kau mana tau, kau bukan pernah tengok muka dia. Memang macam penyangak. Macam orang ISIS tu la!’
‘Engkau kalau dah tak suka orang, bulu hidung dia yang tak nampak pun kau kata annoying. Kau ingat sikit eh, dia tu penyelamat kau tau. Kalau dia tak ada, entah entah dah masuk hospital kau ni. Ni! Ni! leher kau ni agak agaknya dah patah agaknya’ Marah Zana sambil mencekik leher aku.
‘Kau backing betul dia eh?’
‘Takde lah, cuba jangan nak mengata orang. Lagipun kalau aku tau muka dia macam mana. Senang lah aku nak bayangkan insiden kau tersangkut kat pokok tu…’ Dia menyengih. Suka la tu dapat kenakan aku.
‘Kalau yang sambut kau tu sado ala ala macam Remy Ishak ke Zul Ariffin ke, barulah cerita dalam kepala aku ni jadi romantic comedy sikit. Tapi kalau dah macam ISIS Taliban…memang comedy slapstic jer la…’ Jawabnya.
Tak habis habis berangan perempuan nih.
‘Tak ada maknanya muka dia macam pelakon. Dah la muka dia sebaris jer…tak berperasaan… Eee… memang bajet good good la sebenarnya dia tu!’
‘Hermmm, tak bestnya! Haish. Aku baru nak berangan best best sikit…’ Suzanna bermuka kecewa. Dia tompang dagu.
‘Kalau kau nak imajin sangat... muka dia macam... haaaa... camni...’ Aku capai handphone.
‘Laaa, asal ko tak cakap ko ada amik gamba dia.’ Suzanna sudah melekat kat sebelah aku. Aku tarik telefon bimbit jauh dari pandangan dia. Dia panjangkan leher.
‘Eee cepatlah’
‘Sabarlah!’ Aku tersengih sendiri sambil menekan kekunci.
‘Nah..’ Aku tunjuk kan screen handphone kepada dia.
‘Ini apa? Ini muka smiley’ Suzanna menjerit.
‘Macam ni la muka dia, tapi smiley senyum, dia tak. Dia yang ni lah’ Aku tunjukkan muka smiley versi muka segaris. Muka yang tiada perasaan tu.
‘Ha, sekarang kau imajin sekali muka smiley ni berjambang. Perfect!’.
Berderai ketawa Suzanna .
‘Bengongla ko ni Fia. Muka macam ni ko cakap dia’
‘Kau la bengong, gila ke apa nak amik gambar Si Taliban tu?’
‘Tapi betul la.. muka dia macam ni la.. sebijik!’ Sambung aku lagi
Suzanna memukul badan aku dengan bantal sambil tertawa besar.
Hahahaha. Aku pun turut sama gelak sebab berjaya mengenakan Suzanna. Aku tengok screen handphone dan bayangkan muka Khaidar.
Ya lah. Sama. Cuma smiley kuning dan bulat. Khaidar sawa matang dan tak kurus tak gemuk. Yang lain 100% tepat.
*****
‘Kalau dia call kau macam mana?’ Pertanyaan Zana menamatkan ingatan aku kepada perbualan kami tempoh hari.
‘Macam mana, macam mana? Jawab jer lah’ Yakin jer aku jawab.
Sesudah habis mencuci mata, kami menunaikan solat zohor dan kemudian bergerak ke Pancake House untuk minum petang.
Ketika melintas di depan panggung wayang aku ternampak sepasang kekasih sedang berpegang tangan.
Macam kenal.
Si gadis sedang memaut lengan si pemuda. Senyuman lebar meleret di wajah si gadis, manakala si pemuda berwajah tak berperasaan sahaja.
Mata aku menyoroti langkah mereka.
‘Ko tengok apa Fia?’ Suzanna turut sama memandang kearah sepasang kekasih itu.
‘Ko kenal ke diorang tu Fia?’
‘Apa pulak tak kenal. Tu lah Si Taliban tu’
‘Hah? Kau biar betul?’ Suzanna bermuka terkejut.
‘Betullah..’
‘Tapi siapa awek sebelah dia tu?’ Soal Suzanna.
Tiba tiba macam ada lampu menyala atas kepala aku.
Sel sel otak aku berhubung dengan sangatlah cerdasnya!
Aku tarik tangan Suzanna agar dekat dengan mereka.
‘Eh, kau nak buat apa nih?’
‘Aku nak lalu depan diorang’
‘Kau biar betul?’ Suzanna berkerut dahi.
‘Jom la cepat!’
Aku bergerak arah bertentangan dengan Khaidar dan kekasihnya.
‘Hah, dah dekat, dah dekat’ Aku berbisik ke telinga Suzanna.
‘Kau nak buat apa ni Fia?’ Soal Suzanna turur berbisik sambil memaut lengan aku.
‘Rilex...jalan jer’ Aku jalan betul betul depan mereka. Si Gadis berambut panjang masih lagi melekat di lengan Khaidar. Dia asyik memandang Khaidar sambil tersenyum lebar. Khaidar pula membuang pandang ke kanan.
Aku tarik Suzanna ke kiri sikit dan…
Bukk.
Bahu kiri perempuan itu aku langgar. Terkejut perempuan itu sampai terlepas beg di tangannya.
‘Alamak, sorry sorry. Saya tak perasan’ Aku memohon maaf dan mengutip beg plastik dia yang terlepas.
Suzanna hanya keras di sebelah.
‘You ni tak nampak ke?’ Getus gadis tersebut.
‘Maaf. Sorry sangat’ Aku tak jawab soalan dia. Tanya kita pulak, padahal dia pun sama tak nampak. Asyik beno nengok si Taliban tu siapa suruh!
Bila aku bangun dari mengutip beg plastik, aku lihat Khaidar sedang tenung wajah aku.
Aku pandang dia dan aku hadiahkan senyuman manis kepada dia. Ikhlas.
‘Nah beg awak. Cuba check ada benda yang pecah ke?’
‘Takde, saya beli baju jer’ Si gadis pantas membelek barang di dalam plastic bag.
‘Nasib baik’ Ujur aku sambil membalas pandangan Khaidar.
‘Maaf kan saya sebab terlanggar girlfriend encik.’ Perkataan girlfriend aku tekankan ketika memandang Khaidar.
Sempat aku kenyit mata kepada Khaidar dan senyum. Itu signal aku.
Dia hanya pandang aku dengan kening bertaut. Dan maaf aku tidak bersambut.
‘Dia ...’ Khaidar bersuara.
‘Saya okay, awak tak perlu risau’ Si gadis kembali memaut lengan Khaidar.
‘Sorry ya.. kalau semua ok, saya jalan dulu. Assalamualaikum.’ Sebuah senyum manis tanda perpisahan aku hadiahkan kepada kedua mereka dan tangan Suzanna aku tarik.
Setelah jauh dari mereka Suzanna yang dari tadi mendiamkan diri bersuara.
‘Yang kau tersengih dari tadi ni kenapa? Confiuslah aku’
‘Aku happy lah’
‘Happy? Aku ingat kau nak serang diorang tadi?’
‘Nak serang buat apa? Bukannya boyfriend aku pon.’
‘Ye tak ya juga kan… Tapi aku tak faham la Fia.’
‘Laaa, tak faham kenapa lagi?’
‘Kenapa kau sengaja nak langgar dia pulak?’
‘Sebab… aku pandai! Bijak bestari’
Suzanna berkerut
‘My friend, cuba kau fikir balik. Kenapa ni dia senyap je? Kenapa dia tak call aku? Sebab… Dia dah ada girlfriend! Patutlah dia macam tak suka je masa jumpa aku haritu. So, bila aku buat macam ni, kira senanglah. Aku dah tau dia ada girlfriend, dia pun dah tau aku dah tau dia ada girlfirend, so tak payah la dia nak call call aku lagi. Anggap jer la aku dah faham. So aku tak payah lah nak runsing runsing lagi. Maknanya memang tak ada maknanya lah aku kena kahwin dengan dia ke apa ke? Setel masalah aku! Pandai tak aku?’ Tersengih sengih aku dengan teori pemisah jodoh aku sendiri.
‘Ooo.. like that...Bernas jugak idea ko ni. Tapi… ko tipu la Fia!’ Suzanna dah bermuka kecewa.
‘Tipu apanya?’
‘Ko cakap muka dia macam smiley. Bulat camtu. Muka dia macam Aiman Hakim Redza siot!’
‘Celah mana?’
‘Celah muka lahhhhh...’
‘Nonsense. Kau pantang tinggi helok sikit semua macam artis!’
‘Tapi kau tak rasa rugi ke?’
‘Kenapa pulak?’
‘Kalau tak, dapat bakal suami handsome woi.’
‘Muka macam Taliban tu handsome? Pfft. Lagipun… hak milik orang buat apa nak caras? Aku tengok perempuan tu bahagia semacam jer duk berkepit dengan dia. Biarkanlah dia dengan Si Taliban tu. Tak kelas la Sofea Farhana nak caras milik orang. Not my principle okay!’
‘Abis ko nak cakap apa dengan mak ko nanti?’
‘Dah dia tak call, nak cakap apa lagi. Sah sahla dia tak kan call aku lepas nih’
‘Haih. Melepasssss. Sabar ya. Nanti aku cari kan boyfriend untuk kau’
Aku mencebir bibir
‘Dasar jual mahal!’
‘Mengata orang! Beli cermin ya lepas nih’
Ketawa kami berderai. Aku ketawa senang.
Share this novel