BAB 21

Romance Series 10994

"Weih Fia. Kenapa aku tengok dua tiga hari ni Farid tak datang kacau kau eh?' Soal Alia tiba tiba.

Aku baru je balik dari meeting dengan bahagian production mengenai progress order dari Kedai Perabut K. 

'Kenapa? Kau rindu dia ke?'' 

'Hesssyyyy... Memang mintak simpang la aku rindu kan dia. Puih''

Aku tergelak mendengar jawapan over Alia.

''Ada apa apa jadi ke?'' Soalnya lagi.

''Jadi apanya? Tak ada apa apa jadi la. Bagus la tu dia tak kacau aku. Kalau tak tu, menyemakkk jeee'....' Aku sudah bernada marah. Orangnya tak ada depan mata tapi marahnya bukan main.

''Mana lah tau... Tu la aku pelik. Tiba tiba je dia insaf. Tiba tiba dah sayang bini kew?' Alia sarkastik

''Kalau dia sayang bini pun apa salahnya. Memang bini dia. Kalau dia sayang kau, ha tu yang salahnya...'' 

Alia goyang badan. Muka geli geleman. Tergelak aku melihat gelagat Alia

''Kau rasa, Hana tu tau ke perangai laki dia macam ni?"

''Aku tak tahu la Lia. Tapi kalau aku jadi bini dia, tahu perangai laki aku miang macam ni. Maun aku patahkan tulang dia''

''Kalau aku, dapat tahu laki aku ada perempuan lain. Jangan kata tulang. Badan dia aku kerat. Especially part yang tu. Buat bagi makan anjing'' 

Tu dia, Cik Over kita. Muka dia berkerut kerut. Jari jemari duk pulas batang pensel. Entah apalah yang dibayangnya dalam kepala.

Tergelak besar aku. 

''Cakap bukan main... Kau tak nak payung emas ke?'' Aku sengaja menduga

''Emas tak emas. Aku tak peduli. Lagipun aku dengar tak ada dalil sahih pun yang menyokong pasal payung emas ni tau!''

''Kental eh kau. Tapi kan, aku pun baca haritu pasal benda ni. Ustaz cakap payung emas ni hanya kiasan ulama tentang ganjaran atau perlindungan di akhirat apabila mengamalkan poligami. Itu pun kalau adil dan isteri isteri tu redha dan taat la. Tu je''

Alia mengangguk kepala. 

''Sian bini Farid tu kan...' Alia mengeluh kecil.

Aku mengangguk. 

Tak dapat aku nak bayang apa perasan Hana bila dia tahu suami dia ada perangai gila sampai ke tahap menjadi stalker. Entah entah dia pun boleh naik gila juga nanti. 

Sebab itu lah biarlah rahsia kegilaan Farid ni tersimpan antara aku dengan Farid sahaja.

... Dan Khaidar. Eh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience