Hujung minggu aku balik kampung. Sudah lama tak menjengah mak ayah.
Protes, protes jugak tapi tak kan nak protes lama lama.
Tanggungjawab sebagai anak kita jangan lupa. Mujur masa aku balik mak tak ada sentuh apa apa hal pasal Si Khaidar tu. Kalau tak tu, ada jer benda yang nak dikoreknya.
‘Jadi bawak Adam main ice skating minggu depan Fia?’ Tanya Mak sambil membancuh air untuk minum petang.
‘Jadi…Budak tu dah beriya iya nak pergi. Siap pangkah kalendar’ Cucur udang aku cecah kan ke sos sebelum masuk mulut.
Aku sudah berjanji dengan Adam untuk bawa dia main ice skating di Sunway Pyramid sebab dia dapat number 2 dalam peperiksaan.
Lagipun sekarang musim cuti sekolah. Sesekali bawak budak tu pergi bermain apa salahnya. Asik menghadap iPad saja kerjanya.
‘Hari apa perginya?’ Tanya mak lagi.
‘Sabtu kut. Ahad tu Fia dah janji dengan Zana nak teman dia pergi tengok Mak Su dia kat Hospital’
‘Pagi ke petang?’
‘Lepas zuhor la senang’
Mak hanya mengangguk mendengar jawapan aku.
Dan aku tidak menyangka pertanyaan Mak yang aku rasakan berbasi basa tu ada maknanya.
Aku bukan nak tuduh Mak bukan bukan.
Tapi aku memang tak salah lagi. Di sebalik cucur yang aku makan hari tu, memang ada udangnya.
Aku sedang membetulkan kasut adam di tepi gelanggang ice skating Sunway Pyramid bila aku rasa macam nama aku dipanggil dari jauh.
Di depan aku sudah berdiri Khaidar dengan senyuman sengetnya. Sebelah tangannya sedang menjijit kasut skating dan sebelah lagi sedang menggenggam tangan Elina Qistina.
‘Auntieeee’ Jerit Elina saat terpandangkan aku dan terus sahaja dia meluru kepada kami. Senyuman meleret dibibirnya. Pinggang aku terus dipeluknya.
Ahhh. Anak manis ni. Rasa panas hati aku yang mula nak menjalar apabila ternampak Encik Taliban menjadi kendur sedikit dengan keletah anak gadis kecil itu. Pipinya aku usap lembut.
‘Salam tangan Auntie tu dulu baby’ Tegur Khaidar.
Tersengih sengih dia memandang aku.
‘Tak apa’ Tapi tangan aku sudah dikucupnya.
‘Baby pun nak main skate ke hari ni?’
‘Haah! Auntie pun main sekali ke?’ Wajahnya bercahaya kegembiraan.
‘Ni, Auntie teman Adam’ Aku berpaling kepada Adam yang sedang merenung Elina tidak berkelip. Ish. Kecik kecik lagi dah pandai nak mengusyar anak dara orang.
‘Hai Adam, nama kita Elina’ Tangan halus Elina melambai Adam yang termangu mangu.
‘Hai..’ Adam senyum malu malu.
‘Adam, salam Uncle Dar’ Arah aku.
Memang aku panas hati nampak Pakcik ni tapi nilai nilai murni harus ditonjolkan kepada anak anak ya kawan kawan. Budaya hormat menghormati ni kita kena ajar kepada anak anak sejak kecil. Nanti dah besar tak la jadi biadap macam orang depan aku nih.
Kepala Adam digosok lembut oleh Khaidar.
‘Jom Adam!’ Terus sahaja tangan Adam di tarik Elina. Terjengkit jengkit kedua duanya melangkah kearah ring.
‘Amboi, awek hot ajak terus tinggalkan Ucu’ Aku mengomel perlahan.
Tanpa menghiraukan Khaidar aku terus duduk di bangku menghadap kedua mereka yang sedang meluncur di atas ais. Perhatian 200% aku berikan kepada mereka.
Orang disebelah aku buat buat tak nampak.
Wah! Hebatnya Elina Qistina!
Sekejap dia berpusing, sekejap dia meluncur secara mengundur.
Aku jugak yang masih kecut perut nak masuk gelanggang. Bukan tak pandai meluncur, tapi sudah lama sangat rasanya aku tak masuk gelanggang ni. Agak berkarat skill aku. Nak nak ada mamat sebelah ni, buatnya jatuh karang, buat malu jer.
Ramai juga yang sedang bermain pada hujung minggu ini. Kalau tak datang main, datang tengok pun dah seronok. Kelakar tengok gelagat pengunjung. Dari yang kecil sampailah yang ke tua. Masing masing bergelak ketawa.
Ada yang hebat meluncur macam angin. Ada yang jatuh terduduk di atas lantai yang sejuk beku. Memang kena gelaklah dibuatnya. Penonton yang bersidai di tepi gelangganglah yang paling seronok menggelakkan orang.
‘Tak nak masuk ke?’ Soalnya tiba tiba. Ice breaker.
Malas aku nak layan dia ni. Aku buat buat sedang betulkan kasut.
‘Pandai main?’
Aku masih mendiamkan diri.
‘Saya tak pandai main. Tapi Elina paksa main jugak’ Ujurnya.
‘Kalau tak pandai. Yang sibuk datang jugak kenapa?’ Anak anak dah tiada kan. Bolehlah aku bahasakan sikit mamat nih.
Khaidar ketawa.
‘Ooo… Marah rupanya. Come on Fia. Just enjoy the moment. Jangan marah okay...’
‘Eh, siapa marah. Saya tak marahlah!’
‘Okay awak tak marah. Hmmm... tapi awak bengang? Upset? Menyampah?’ Soalnya.
‘Hmm...’ Aku masih bernada annoyed disitu.
‘Awak nak marah siapa? Tak kan awak nak marah mak. Bisalah diorang, you should expect this from them what’
Hmmph. Maknanya dia tahulah ini perancangan Mak dengan Mummy dia. Macam biasa. Akulah yang selalu ketinggalan keretapi.
‘Saya benganglah. Selalu sangat saya tertinggal bas. Entah apalah lagi rancangan diaorang belakang kita. Entah apalah lagi cerita saya yang awak dah tahu agaknya. Haih...’
Khaidar ketawa.
‘Tak kan lah Mak tak cakap apa apa kat awak langsung?’
‘Tak. Mak subtle gila. I don’t see it coming’ Sumpah aku rasa makin kena game dengan mak lately.
Hai la mak. Pandai betul mak berlakon ya sekarang. Aku mengomel dalam hati saja.
‘Comelkan diaorang tu?’ Soal khaidar sambil senyum senget dia tu. Persoalannya aku rasakan lebih kepada ayat penyata.
‘Comellll sangattt..’ Aku senyum paksa rela. Gaya terlebih suka. Nampak sangat tak ikhlas.
Khaidar ketawa melihat gelagat aku.
‘There. Kan manis senyum tu…’ Makin lebar senyumannya bila aku tersenyum nipis. Termalu sebenarnya sebab buat perangai.
"Mana ada senyum''
''Habis... yang tu apa?'' Tunjuknya ke hujung mulut aku.
''Ni?'' Aku tarik hujung mulut lebar lebar. Tayang gigi. Senyum Tak ikhlas. Dibuat buat.
Khaidar gelak besar.
''Ha yang ni... Yang ni yang paling sweet sekali. Wow!'' Balasnya beriya. Nampak sangat tengah menganjing aku.
Aku tergelak juga. Boleh pulak dia layan je sengal aku Si Taliban ni.
'There... Much better. Come on Fia. Today, let's just have fun. Hari ni... kita gencatan senjata okay''
Aku pandang wajahnya.
''Promise. Harini saya behave'' Katanya lagi. Boleh percaya ke Si Taliban ni.
''Awak yang promise ya. Saya takkk'
''It's okay. Saya terima. Tapi cuba awak tengok diorang tu..." Matanya menyorot pergerakan Adam dan Elina yang sedang ketawa
"Today, Let's have fun... Macam diorang'' Sambungnya. Matanya memandang tepat mata aku.
Lama aku diam.
Tak kan sebab kan dia ada kat sini, aku nak bawak Adam balik pulak. Tak kan sebab dia aku tak nak enjoy moment aku.
"Don't let anyone dull your sparkle Fia. Including me..."
Macam biasa. Walaupun menyakitkan hati. Kata kata Khaidar always make sense.
''Okay'' Aku angguk.
Dia tersenyum senget.
‘Awak pandai main tak?’ Soalnya sekali lagi bila tengok aku macam dah kendur sikit.
Nak marah pun tak guna. Si Taliban ni dah ada depan mata aku pun. Dia jugak cakap yang dia nak behave kan tadi.
Just have fun today Fia. For Adam and Elina. Tak payah nak jadi party pooper sangat la Fia.
‘Asal? Awak ingat saya tak pandai main? Nak show off dengan saya?’
Riaknya tidak berubah dengan sindiran aku. Makin tinggi pula senyum sengetnya.
‘Good. Then you can teach me’ Ujarnya
‘What? Don’t tell me you don't know how to skate.’
‘Unfortunately... you’re 100% rite’
‘Seriously?... Mr know it all tak pandai skate. Seriously?...’
Dia sudah bermuka menyampah.
AHAHAHHA.
Tak sangka. Tu la, bajet good good sangat. Aku ingatkan dia ni semua benda pun tahu, rupa rupanya skating pun tak pandai.
Ingatkan Urban sangat. Aku yang kampong ni pun pandai Tau. Tak ada lah pandai sangat, tapi bolehlahhhh...
Selalu dia yang up kan. Harini, aku rasa macam up sikit dari dia. Miahahahah.
‘I think... I will enjoy today. Jom, Lets have fun!’ Aku sudah berdiri.
Bersemangat aku nak masuk dalam gelanggang.
Share this novel