Aku cuba pejamkan mata namun peristiwa petang tadi masih bermain main di birai mata aku.
Wajah bengis Hana.
Kedayusan Farid.
Batang payung, beg dan tangan Hana yang dalam kemarahan menghentam badan. Tanpa sedar airmata aku mengalir sendiri. Aku terfikir sendiri; Kenapa aku biarkan badan aku disakiti? Kenapa aku lemah sangat? Kenapa aku rasa sangat tak berdaya? kenapa aku tak boleh lindungkan diri aku sendiri?
Bunyi mesej masuk.
‘Sleep well Fia ~ Khaidar.
Aku merengus sendiri. Aku kembali panas hati. Telefon aku campak ke hujung katil.
Semakin galak kejadian petang tadi bermain main di fikiran aku. Mata aku pejamkan.
Wajah Hana dan wajah Farid bersilih ganti. Tiba tiba wajah Khaidar pula menerpa.
Benci! Kenapa dia suka menyibuk?
Bunyi mesej masuk lagi.
“Jangan lupa baca doa tidur” ~ Khaidar
“Dont forget Ayatul Qursi …” ~ Khaidar
Huh! Bajet good good betul mamat nih.
Sebabkan aku panas hati, aku pon tak sangka aku TERbalas mesej dia.
‘Bacalah sendiri’
Bila dua tanda biru naik barulah aku rasa kebodohan diri sendiri.
Tak sampai 3 saat, telefon bimbit aku berbunyi. Aku biarkan telefon menyanyi sendiri.
Akhirnya lagu Happy nyanyi Farrel Williams berhenti dan aku menarik nafas lega. Dalam hati aku macam ada rasa bersalah sebab jawap macam tu. Tapi… hati aku masih sakit!
Bunyi mesej masuk lagi.
“Pick up my call” ~ Khaidar
Nak apa lagi dia nih? Dia ni memang tak paham personal space ke?
Seketika kemudian panggilan masuk dari Khaidar.
Walaupon hati aku teragak agak nak jawab panggilan dia tapi macam jari aku bergerak sendiri tekan ikon telefon hijau.
“Assalamualaikum Fia.” Ucapnya.
Salamnya hanya aku jawab dalam hati.
“Fia..” Panggilnya lembut. Aku masih berdiam diri.
“Fia, nak saya bacakan?” Pipi aku rasa panas mendengar pertanyaan Khaidar. Aku balas mesej dia tu secara sarcastic. Tapi bila dia telefon dan nak bacakan, aku rasa …
Hanya hela nafas aku menjawab pertanyaan dia.
Perlahan lafaz Basmallah terdengar. Kemudian baris baris Surah Al-Baqarah lancar dibaca Khaidar. Lembut dan perlahan tetapi jelas di telinga aku. Bacaannya tenang dan tidak berlagu lagu. Straight forward macam dia juga.
Dan tiba tiba aku rasa sangat malu. Walaupon aku tak hafal sangat maksud ayat tu tetapi seperti hati aku terpukul apabila mendengarnya.
Malu, sedih, dan pelbagai perasaan hadir serentak. Tanpa sedar aku teresak sendiri. Air mata aku mengalir tak ditahan tahan.
“Jangan menangis Fia.” Ujur Khaidar usai mengalunkan ayat 255 itu.
“Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat atau pun pertolongan di sisiNya melainkan dengan izinNya. Dia yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari kandungan ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya kuasa Allah meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.” Seperti dapat membaca hati aku, maksud ayat tersebut diperdengarkan kepada aku yang berkeras hati tadi. Semakin terpukul aku mendengarnya. Semakin lebat airmata aku mengalir.
“Semoga bacaan tadi dapat melembutkan hati awak Fia. Saya doakan hati awak tenang dan Allah melindungi awak” Lembut tutur kata Khaidar meresap kedalam hati aku.
‘Terima kasih Khaidar” Ujurku dalam esak tangis tertahan.
“Dah dah. Jangan nangis. Pergi tidur…” Pujuk Khaidar
“Mimpi indah Fia. Assalamualaikum”
“Waalaikummussalam”
Setelah talian putus. aku membaca Ayatul Kursi. Sepenuh hati aku membacanya. Sesunguhnya Engkaulah Yang Maha Besar Ya Allah. Hanya Engkaulah yang Maha Kuat. Hanya Engkaulah yang dapat memberi pertolongan dan melindungi diri Aku. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Aku pasrah. Peliharalah aku Ya Allah.
Perlahan lahan aku tarik nafas dan memejam mata.
Malam itu aku tidur tidak bermimpi.
Share this novel