Malam tu usai solat isyak berjemaah, ayah panggil aku untuk duduk sebentar.
Dari gaya macam ada benda serius jer nak cakap.
Yer lah. Habis jer salam – salam, tak sempat aku buka telekung dah kena summon suruh duduk.
‘Fia, umur Fia tahun ni berapa tahun?’ Mula bicara dari Ayah. Aku tetiba rasa berdebar dan tak sedap hati.
‘17!’ Aku menjawab pantas. Ayah hanya tersenyum nipis mendengar lawak bodoh dari aku.
‘Ha! Itulah sebabnya. Rasa diri tu muda sangat. Umur dah meningkat pun masih tak kahwin kahwin lagi. Terjun tambam sana sini’
Haih sudah. Mak tengah bagi kata kata aluan yang agak tak sedap di dengar di telinga aku. Nasib baik baru lepas sembahyang. Air wuduk pun ada lagi. Sejuk lagi hati aku mendengar mukadimah mak.
‘Mah…’ Sepatah ayah berkata, nada memberi amaran lembut. Mak terus menutup mulut.
‘Anak ayah ni dah nak masuk 27 tahun kan tahun nih?’ Ayah dah habis buat congak congak matematik.
‘Ya, Ayah. Kenapa, Ayah?’
‘Fia, Ayah tahu Fia makin matang. Fia pun dah bekerja tetap. Fia tak teringin ke nak berumah tangga?’
Gulp! Ah sudah!
‘Fia pun bukannya tak cantik. Cukup sifat, lengkap segala. Tambahan, keletah fia, keperibadian Fia, Ayah percaya Insyaallah menyenangkan semua. Cuma kadang kadang kejadian tak masuk dek akal tu, kena berwaspada selalulah ya…’
Aduh… Kan aku dah cakap, kejadian petang tadi mesti masuk berita punya. Sempat ayah senyum mengusik kepada aku.
‘Fia... Seperti bunga yang berseri di taman. Ayah selalu tertanya, tiada ke sesiapa yang terpikat dengan kecantikkannya?' Kata kata puitis ayah yang sumbang bukannya membuatkan aku bertambah relax, makin mendebarkan lagi ada.
Okayyyyyy. Ini memang sudah masuk cerita lain ni!
‘Amboi Ayah. Lain macam jer... Ayah nak masuk sayembara puisi ke?’ Lain macam betul bual bicara ayah malam ni. Makin bersimpul urat perut aku.
‘Hah, menjawab menjawab! Kita tengah nak serius …’ Jerkah Mak.
‘Sorry…’ Aku tunduk tenung telekung.
Ayah hanya tersenyum.
‘Ayah rasa Fia tahu kemana arah tuju kata ayah kan?’ Ayah bertanya sambil tersenyum lembut. Memang bukan karekter ayah nak puji aku melangit macam nih. Dilambung lambung dan aku dah rasa seriau.
‘Fia, Ayah dan mak nak tanya sesuatu. Fia jawab dengan jujur ya’ Lembut ayah berkata. Aku hanya tekun merenung kain telekung diriba.
‘Selama ni, Mak dan Ayah tak pernah tengok Fia bawak mana mana kawan lelaki balik ke rumah…’ Aku telan air liur.
‘Pada hemat Ayah, Fia tiada siapa siapa yang istimewa kan? Kalau sebaliknya bagitaulah kepada ayah.’ Sambung Ayah lagi.
Aku gigit bibir. Aku ada siapa siapa ke? Yang istimewa. Yang confirm saling membalas rasa sekeping hati aku ini.
‘Fia dah ada boyfriend?’ Mak menyampuk apabila melihat aku diam seribu bahasa.
‘Ermmm. Tak ada mak’ Aku jawab jujur.
Tak baik menipu dengan ibu bapa sendiri. Tak cium bau syurga nanti.
‘Kalau macam tu, Ayah dan mak dah ada calon untuk Fia’ Usul Ayah.
Ah Sudah!
‘Selama ni Mak dan Ayah ikutkan saja keputusan Fia. Kami sentiasa menyokong Fia. Tapi kali ini, Mak dan Ayah rasa sudah tiba Fia berfikir betul betul pasal masa hadapan Fia. Mak dan Ayah nak Fia hidup bahagia. Ada orang yang meneman, berkasih sayang dengan Fia. Yang akan membantu Fia dalam susah senang. Kami nak Fia bahagia’ Aku masih diam tidak berkutik mendengar kata kata Ayah.
‘Mak dan Ayah sudah buat pertimbangan…’ Ayat Ayah tergantung.
Semua urat dalam badan aku sudah bersimpul. Urat perut, urat belikat, urat kentut dan segala urat mak nenek dalam perut aku.
Aku menahan nafas menunggu ayat seterusnya.
‘Kalau Fia setuju, Ayah dengan mak nak jodohkan…’ Ayah bersuara tenang tetapi di potong oleh Mak tang corner…
‘Dengan Khaidar!’
Kalau cerita aku nih macam cerita dalam drama korea. Setiap habis episod mesti ada babak yang mengejut buat orang akan ternanti nanti untuk episod akan datang. Frame akan fokus muka terkejut heroine dalam bentuk still motion.
Pan muka yang berkerut, pan mata buntang, pan telan liur.
Lepas tu ada background lagu yang catchy catchy.
Dalam cerita aku ni; ya, muka heroine, iaitu muka aku yang juga terkejut, mulut terlopong, kening bercantum.
Tetapi tak ada lagu catchy ala ala FT Island mahupun lagu sentimental nyanyian ratu ost drama Korea, Hyorin.
Yang ada cuma lagu kartun sebagai background. Lebih tepatnya, lagu Ultraman Max.
"Max! Max! Max! *&$#@!"
Depan televisyen, Adam tengah ralit menonton sambil tangan bersilang.
Andweeeeeeeeeee!
Share this novel