Punggung aku henyak di atas sofa disebelah Zana.
‘Aik, dah keluar dengan prince charming pun bad mood lagi ke?’ Soalnya walaupun mata masih melekat di skrin televisyen. Suzanna dan drama korea berpisah tiada.
‘Spoil la.’
‘Spoil kenapanya?’
‘Aku jumpa orang gila’’
‘Orang gila mana?’
Matanya tak lagi tertumpu kepada wajah Park Seo Joon. Aku buat wajah yang ‘kau tahu siapa’
‘OMG? Waktu keluar dengan Abang Luqman?’
Aku angguk.
‘Dia buat gila ke?’
Aku cuba ingat reaksi Farid. Reaksi dia tak seberapa. Tapi mata dia. Kalau aku ada pandangan superman aku, dia kacukan superman campur pembunuh bersiri gamaknya. Eeee. Seram pulak aku.
Aku ceritakan pada Zana.
‘Encik Danial’ Tegurnya sambil matanya tajam merenung aku.
‘Farid’ Balas Abang Luqman. Buat seketika mereka diam hanya berbalas pandang.
‘Ini ke boss abang?’ Soal wanita di sebelah Farid sambil tersenyum.
‘Huh? Haa. Haah. Ini boss abang. Encik Danial’
‘Ini Hana. Isteri saya’ Sambungnya lagi perlahan.
Aku hulur tangan mahu bersalaman. Dada aku berdebar.
‘Ini office mate abang. Sofea’
Mungkin Farid atau Abang Luqman tidak perasan. Tapi aku nampak riak wajah Hana yang berberubah apabila nama aku disebut Farid. Aku terus rasa tak sedap hati.
Kalau lelaki ada instinct yang selalu Khaidar dan Abang Luqman duk sebut sebut. Perumpuan pun macam tu. Instinct aku mengatakan ada sesuatu yang tak kena.
Tangannya yang separa dihulur untuk bersalam juga aku rasakan kekok. Senyumannya yang manis sebentar tadi telah bertukar kelat di wajahnya.
Aku rasa nak lari dari situ.
Aku tak nak berdepan dengan Hana.
Aku rasa bodoh kerana berfikiran macam tu. Bukan aku yang buat salah, tapi kenapa aku pulak kena rasa bersalah?
‘Sofea…’
Nama aku disebut Hana perlahan.
Aku rasa macam ada belati menusuk dada aku apabila nama aku disebut begitu gaya dari Hana.
‘Apa Encik Danial dengan Sofea buat kat sini?’ Soal Farid penuh curiga.
Aku tak tahu nak jawab apa. Aku pandang wajah bertenang Abang Luqman.
‘Tak ada apa. Saya terserempak dengan Sofea kat sini’
‘Ke…Ada apa apa Encik Danial dengan Sofea ni?’ Soalan yang daring tu datangnya dari Hana.
Cepat cepat aku menidakkan. ‘Tak lah! Saya dengan Encik Danial tak ada apa apa’ Betul apa aku cakap.
Wajah Farid tegang.
Aku pandang Hana. Dia pandang aku atas bawah sambil ada senyuman yang aku rasakan macam dia sedang mengata benda tak elok ke atas aku dalam hatinya.
Riak wajah aku cuba kawal. Buat macam selamba.
‘Okay lah Encik Danial. Farid. Hana. Tak sangka boleh terserempak dekat sini. Tapi saya nak kena balik dulu. I’ll make a move first. See you later’ Kening Abang Danial terangkat sedikit. Ada senyuman dihujung bibirnya. Aku bersalaman dengan Hana dan kemudian berlalu pergi.
Cepat cepat aku berlalu dan aku mesej Abang Danial aku tunggu kat kereta je. Memang spoil. Balik pun aku dah tawar hati nak berbual bual dengan Abang Luqman.
‘Kantoi!’ Zana berteriak setelah habis aku bercerita kepada dia.
‘Nyaris’ Aku balas.
‘Kantoi lah tu. Engkau tu bukannya pandai menipu sangat pun. Aku rasa Si Farid tu tak senang bontot agaknya kat rumah dia tu’ Zana mengunyah keropok.
‘Hey… Aku tak menipu eh. Betullah aku tak ada apa apa dengan Abang Luqman’
Zana buat muka ‘Yeah Righttttt’
‘Tapi entahlah Zana. Aku rasa tak sedap hatilah’
‘Kalau aku jadi kau pun aku rasa tak best. Ko jumpa bini Stalker ko kat opis kot’
Aku mengangguk mengiya kat kata Zana tetapi dalam hati aku tambah ‘stalker kat rumah jugak’
‘Abang Luqman macam mana?’
‘Macam mana, macam mana? Macam tulah. Dia rilex je. Dia kata elok la tu Farid nampak aku keluar dengan dia. Biarlah dia nak fikir apa pun. At least dia takut sikit nak dekat dengan aku’
‘Betullah tu’ Sokong Zana
‘Aku bukan apa. Haritu dia nampak aku dengan Khaidar, ni dengan Abang Luqman pulak’
‘So?’
‘Dia ingat aku perempuan senang senang pulak’
‘Trust me, nothing easy when it comes to you Sofea Farhana’ Zana tersenyum sungkit. Sejak bila pulak dia tersampuk senyum Khaidar ni?
Malam tu sebelum tidur aku dapat mesej dari Si Malaun.
‘Kalau diorang boleh kenapa Abang tak boleh?’
Aku rasa nak bertukar jadi pembunuh bersiri, datang rumah dia dan tikam dia dalam tidur.
Share this novel