BAB 9

Romance Series 10994

Malam tu aku tak dapat tidur. Ayat terakhir Si Taliban terngiang ngiang di telinga aku.

‘Saya setuju’

‘Saya setuju’

‘Saya setuju’

Memang Taliban la Khaidar ni. Suka suka dia je nak setuju.

Kenal pun tak! Bukan ke sepatutnya dia telefon tu untuk berkenal kenalan. Kalau okay, barulah boleh setuju. Ini berhubung pun tak ada, tup tup terus setuju.

Dah lah tu, dengan mak dan mummy dia terlebih excited ni dah kenapa?

Lepas tu nak letak pressure kat kita pulak. Arghhhh! Semak betul lah.

Geram pulak aku dengan Si Taliban ni. Aku paling benci lelaki macam ni. Lelaki yang anggap perempuan boleh dibuat main main.

Teringat wajah ceria girlfriend dia masa kat OU aritu. Amboi! Masa tu bukan main lagi boleh berpeluk peluk bagai. Sekarang suka suki dia jer nak tinggalkan. Siap cakap macam perempuan tu pulak terhegeh dekat dia. Dasar Playboy!

Sejak aku kenal dia nih. Setiap kali aku jumpa dia, mesti ada awek lain tepi pinggang dia. Seram lah aku dengan lelaki jenis macam ni. Tak kan aku nak kena kahwin dengan orang macam ni pulak. Ciri ciri yang aku paling benci dalam lelaki. Mata keranjang. Kayu Tiga.!

Andweeeeeeeeee!!!

Kejadian aku mengamuk dekat The Curve tu sudah hampir seminggu berlalu. Sepanjang tempoh itu, sekali pun dia tak berhubung dengan aku lagi.

Tapi aku tetap tak senang hati. Hati bagai di perah perah.

Mak telefon pun aku cakap jawab acuh tak acuh.

Merajuk satu hal.

Tak tahu nak cakap apa pun satu hal.

Ada jer alasan aku nak mengelat. Bercakap telefon sekadar bertanya khabar dan apabila mak nak masuk line jer pasal aku dengan Khaidar, macam macam alasan aku auta.

Nak pergi meeting la.

Nak pergi kencing lah.

Nak pergi buang air besar la.

Boss panggil lah.

Memang ciri ciri anak derhaka sangat!

Habis macam mana? Bila aku cakap aku tak setuju. Panjang lebar syarahan mak kepada aku. Penyudahnya asyik aku saja yang kena ceramah balik.

‘Tak kenal lagi dah menolak? Kalau tak suka kenapa goda Khaidar tu?’ Marah Mak bila aku telefon dia malam selepas pertemuan aku dengan Si Taliban tu.

‘Bila masa pulak Fia goda dia Mak?’ Suara aku pun dah agak tinggi. Ni kang kalau aku teruskan perbualan memang boleh bertukar jadi batu kejap lagi.

‘Yang menggatal kenyit mata dekat dia tu kenapa?’ Tuduh mak lagi.

Ermm. Ikutkan, Mak tak tuduh, memang aku kenyit mata kat Si Taliban tu pun.

‘Kenyit tu tak ada apa apa maksud mak. Mak… Fia kedip mata sebab mata masuk habuk jer. Si Taliban ISIS tu yang ingat Fia goda dia!’ Sesedap rasa aku memberi alasan.

‘Ni kenapa plak ISIS muncul dalam cerita ni? Ke kamu ada orang lain? Is? Is mana pulak?’ Ha, kan dah macam machine gun tu. Salah cakap lagi! Aku tepuk mulut sendiri.

‘Khaidar tu la…’

‘Dah, kamu tak payah nak berdalih. Sudah la Fia. Khaidar pun dah setuju, yang kamu nak menolak kenapa? Kamu tak payah nak rasa malulah. Benda dah jadi…’  Tak sempat aku balas mak dah menyambung.

‘Mak dah cakap setuju!’

‘Tapi mak…’

‘Tak ada tapi tapi Fia. Sekali ni. Cubalah dengar cakap mak. Percayakan mak’ Mak menarik nafas.

Aku tak menjawab. Sebabnya, aku tak tahu nak jawab apa dengan Mak.

‘Kamu cubalah berkenalan dulu dengan Khaidar. Dia tu budak baik …’ Suara Mak seolah memujuk.

Budak baik? Kalau mak tahu perangai sebenar Si Taliban tu, mahu frust menonggeng mak aku ni nanti. Dah tu ada hati nak suruh aku berkenalan dengan Si Taliban tu? Jangan nak suruh aku call Si Taliban tu pulak. Hello, memang tak lah!

Memang aku rasa tak logik sangat situasi sekarang ni. Rasa macam aku teraniya sangat.

Terlajak perahu boleh diundur,

Terlajak kenyit, masuk kubur!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience