BAB 33

Romance Series 10994

BAB 33

Lembut suara Khaidar memujuk. Dina masih teresak esak. Bahunya aku gosok lembut.

‘Kita pergi klinik ya’ Pujuk Khaidar lagi walaupun kami sudah sampai di depan pintu rumah Dina.

Dina menggeleng perlahan.

Khaidar juga yang membukakan pintu dan memimpin Dina ke sofa.

Dia kemudiannya bergerak ke dapur dan mengambil segelas air untuk Dina.

‘Minum sikit ya’ Dina meneguk perlahan air dari mug setelah mendengar pujukan lembut Khaidar.

‘Are you alone or is your housemate here?” Soalan Khaidar  berjawab

‘If you alone…’ Khaidar terdiam sebentar.

Tak kan dia nak teman minah ni pulak? Detik hati aku sendiri. Sebaliknya Khaidar memandang aku.

‘Saya boleh teman awak malam ni. Incase kalau keparat tu datang sini’ Aku bersuara. Ada riak lega diwajah Khaidar.

Dina menggeleng. Tiada lagi esak tangisnya. Tetapi matanya masih merah dan bengkak. Riak wajahnya sugul.

‘My housemate will be here tonight. Can you please stay for a while, until she is home’ Serentak aku dan Khaidar menggangguk.

Tak sampai setengah jam kemudian, teman serumah Dina yang bernama Amelia sudah kembali.

Sekali lagi Dina menangis teresak esak di bahu BFF nya tu.

‘I told you so many time to break with him babe. Tapi you degil! Cinta buta dengan lelaki macam tu untuk apa?’ Marah Amelia sambil menggosok belakang Dina.

Aku naik geram mendengarnya. Mendidih darah aku.

Maknanya dah banyak kali jadi lah ni? Aku toleh Khaidar. Rahangnya rapat. Ada urat halus di dahinya.

Kalau aku marah, Khaidar apatah lagi. Orang yang dia sayang kut jadi macam ni.

Kalau aku jadi dia. Memang aku bagi penyepak kat muka Afeeq tadi. Yang Si Taliban ni tadi kenapa bertenang sangat. Mana perangai Taliban dia? Depan aku ni bukan lagi Khaidar Si Taliban tetapi, Khaidar Si penyayang, Si lembut. Yang dalam diam sedang marah.

‘You all baliklah dulu. I jaga dia. Insyaallah tak ada apa apa’

‘Kalau Afeeq datang, panggil polis’ Saran Khaidar kepada Amelia.

Sebaik keluar dari rumah dan berjalan ke kereta, Khaidar hanya mendiamkan diri. Jelas diwajahnya dia sedang berfikir panjang dan mendalam.

Aku pun tak ada mood nak bercakap. Dah kelaut ni. Bermacam macam persoalan bermain di fikiran aku. Making aku fikir, makin aku jadi marah.

Patutlah aku rasa macam pernah nampak kereta BMW merah tu. Masa makan tengahari tadi kan aku macam nampak Dina keluar dari kereta tu.

Terbayang bayang imej Afeeq menampar pipi mulus Dina.

Eeeee. Patutnya memang aku lambung kaki aku tadi!

Khaidar di sebelah aku jeling.

Agaknya dia perasan aku bagi panahan superman aku kat dia.

‘Marah?’ Dia mengalihkan sebentar pandangannya ke arah aku dari pemanduannya .

Aku angguk.          

‘Afeeq?’

Aku angguk lagi.

Khaidar tarik nafas dalam

‘Don’t do that ever again’ Perlahan tetapi jelas di telinga aku mendengarnya.

‘Do what?’

‘Don’t put your self in that situation ever again’

‘What situation?’

‘Don’t play dumb Fia’’

‘Im not playing dumb! Takkan awak expect saya nak diam dan biar Dina kena pukul macam tu?’ Suara aku sudah naik.

Dia mendengus kasar.

‘Awak tahu tak Afeeq tu lelaki. Awak nampak dia buat apa dekat Dina tadi kan? Awak tak takut ke dia pukul awak jugak?’ Suara Khaidar pun sudah mula nak naik.

‘So what dia lelaki pun? Awak tak nampak ke apa yang saya boleh buat tadi?’

‘Saya nampak Fia. Sebab tu saya cakap dengan awak. Jangan buat macam tu lagi’

‘What? What do you expect of me? Tak kan saya nak tengok je? Seriously, Saya tak boleh diam bila saya nampak benda macam tu jadi depan mata saya, perempuan dipukul oleh lelaki dayus macam tu! Saya bukan jenis yang akan lari, menangis. Hati saya ni kalau ikutkan, kalau awak tak halang saya tadi. Memang … Eeeee’ Aku dah naik suara. Memang aku tengah geram sangat.

Dengan Afeeq. Dan dengan Khaidar!

‘Yang awak back up lelaki dayus tu kenapa? Awak pun satu. Takkan selama ni awak tak tahu? Boleh awak biarkan dia buat macam tu Khaidar? Awak kawan dia tak kan awak tak tegur?’

Khaidar memberhentikan kereta di tepi jalan.

Wajahnya tegang.

Memang, Khaidar pun sama. Kenapa dia tak belasah je Afeeq tu tadi? Sebab diaorang kawan? Bukan ke Dina tu cinta hati dia? Tak kan dia tak de perasaan kut?

Khaidar sudah menghadap aku. Aku berpeluk tubuh.

‘Dont accuse me Fia. Saya tak backing dia. Apa yang dia buat dekat Dina memang tak patut! And I condemned he for that. And sumpah Lillahita’ala saya tak tahu pun selama ni Dina kena pukul dengan lahanat tu. And what you did to him. He deserved that!’

Aku pandang wajah dia yang sedang merah padam. Urat halus di dahi dia sudah timbul.

‘But saying that… Saya tak nak awak pergi pukul atau settle this kind of situation on your own. Sama macam apa yang awak lalui sekarang. Saya tak nak awak pergi uruskan baik hal Afeeq atau Farid on your own!’ Tegas.

‘Apa kena mengena hal Afeeq dengan Farid pulak? Totally not the same! Awak merepek apa ni?’

‘Fia, Afeeq. Farid. Both of them psycho! I don’t want you to think that you can use this kind of approach when dealing with these kind of men.’

‘Kenapa? Sebab awak rasa saya tak kuat? Sebab saya perempuan? Sebab tu?’ Aku marah. Ni lah dia, lelaki dengan mentaliti yang perempuan tu lemah , tak boleh jaga diri lah, apa lah!

‘Yes, that part of it!’ Khaidar menjawab.

Aku rasa bengang.

‘Don’t start with me yang lelaki tu protector lah, bertanggungjawablah. Awak nampak sekarang. Siapa yang naik tangan dulu dengan siapa? Siapa yang sepatutnya jaga isteri dan anak keluarga dia tapi pergi menggatal kat luar dengan orang lain. Le. La. Ki!’

Khaidar mendengus kasar. Dia meraup muka.

Kalah. Dia dah kalah.

‘That is not what I meant. Its not about that.’

‘Habis tu pasal apa?’

Raut mukanya tegang. Wajah aku ditenungnya seperti mahu ditelan.

‘What ever it is. Don’t put your self in that kind of situation ever again. Just stay away. Look away. Call for me. Wait for me!"

‘You want me to wait? Nak tunggu sampai dia dah lembik, separuh nyawa? Nak tunggu sampai dah mati? Nonsense! Don’t tell me what I can and I can’t do Khaidar Iskandar!’

Aku keluar hempas pintu kereta.

Geramnyaaaaaaa!!!

‘Sofea Farhana! Come back here!’ Khaidar menarik tangan aku.

Beg aku pukul kepada badan dia.

‘Sofea. Its not me that you mad of!’ Dia merampas bag aku.

Memang betul kata dia. Kalau orang nampak ni ingat macam ada pergaduhan laki bini gamaknya. Nasib baik tak ada orang atau kereta yang lalu lalang.

‘Saya marah awak!’ Aku tuding jari kepada dia.

"Saya marah awak sebab awak ingat saya lemah. Selalu nak suruh saya ikut cakap awak. Buat suka hati awak je. You know what? Saya tak nak! Awak bukan ayah saya. Bukan abang saya! Bukan. Suami. Saya!"

Khaidar bercekak pinggang. Aku dapat rasakan pandangan matanya. Kalau tadi rasa macam nak ditelannya aku. Kali ni rasa macam nak dikunyahnya aku.

Beg aku yang feminin di pelipat lengannya kelihatan janggal dan membuatkan gayanya nampak kelakar. Aku rasa seperti nak tergelak. Tapi tak. Aku kan sedang marah.

‘Lagilah saya marah, sebab awak halang saya belasah mamat keparar tu!' Walaupun dalam gelap, aku nampak senyuman terjungkit dia.

‘Saya marah Afeeq! Sebab dia dayus! laki tak guna! Kurang ajar! Hampeh punya lelaki! Arghhh… Kenapa lah saya tak sagat je muka dia tadi… Arrghhh!’ Tin kosong di tepi jalan aku tendang. Menghamburkan kemarahan kepada yang tidak berdosa. Jauh tin terbang dan masuk ke longkang.

‘Dan saya gerammmm dengan Dina! Tak! Saya marah! Kenapa dia biarkan diri dia diperlakukan macam tu? Saya tak faham! Kenapa dia tak defend diri dia? Kenapa? Kenapa dia masih in relationships dengan mamat tak guna tu? Kenapa dia tak blah je? Kenapa dia boleh jadi bodoh macm tu? Geramnya!’ Aku sudah bercekak pinggang selepas aku mundar mandir melepaskan geram aku kepada gelap malam.

Perlahan lahan Khaidar menghampiri aku setelah masing masing diam. Agaknya dia tengok aku dah habis membebel , perlahan lahan kedua dua lengan aku dipegangnya seperti masa aku hampir nak sagat muka Afeeq petang tadi. 

Perlahan dan lembut Khaidar mengelus kedua dua belah lengan aku. Sama seperti petang tadi waktu kemarahan aku tengah memuncak.  Entah ayat apa, doa apa, jampi apa dia baca. Perlahan lahan api kemarahan aku seperti disimbah air.

Sentuhannya seolah memujuk dan meredakan gejolak hati aku.

‘Not everyone as strong as you Fia’ Matanya tepat ke arah mata aku.

‘And not everyone as smart as you…’ Sambungnya. Kali ini tangan kanannya memegang tepi kepala aku.

‘Not sometime, always... We just don’t have the answers for everything. Only Allah knows everything Fia. Ini ujian untuk Dina. Untuk Afeeq. Untuk kita. Kita doa kan yang terbaik untuk Dina Dan kita semua. Insyaallah. Allah akan tunjukkan jalan. Don’t worry Fia. I’ll talk to Dina. Insyaallah.’ Lembut suara Khaidar di telinga aku.

‘Okay?’ Soalnya bila aku hanya diam membatu.

Perlahan aku angguk.

‘Dahlah. Jom balik. Nanti orang ingat kita pasangan laki bini tengah gaduh pulak’

Khaidar ketawa mendengar ajakan aku yang tiba tiba. Beg aku dihulur semula. Menyesal pulak aku hempuk dia tadi.

‘Tak pelah. Saya tengah practice ni. At least sekarang saya dah tahu. Nanti bila kita dah kahwin,  kalau awak marah, saya kena biarkan awak vent out, rant out, hempuk hempuk saya dulu. Haa, lepas tu baru saya pujuk awak. Belai belai awak…’

Sekali lagi beg aku melayang ke tubuhnya.

Tak menyesal! Sikit pun tak menyesal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience