‘Weekend haritu buat apa?’ Soal Boss aku yang kacak, bergaya, bermutu, keunggulan lagi single dan available itu ketika menjamu selera di Kafe Tiara. Alia tiada bersama. Bila diajak bersama tiba tiba macam macam pula halnya.
‘Tak buat apa apa, boring jer’ Aku balas bersahaja.
Gila kau, takkan nak bagitau aku bertemu bakal suami tak jadi kat the Curve. Jatuhlah saham.
‘Si Farid tadi nak apa?’ Saoalnya lagi bernada serius.
‘Biasalah dia, duk ajak lunch sama’
‘Untung betul Cik Peah kita ni, ramai orang ajak makan ya?’ Suka benar dia menggunakan nama Cik Peah tu apabila kami berdua. Nama timang timangan. Nama usik usik.
‘Kalau makan dengan dia tak untung, dengan boss untung’ Perut kenyang, mata kenyang, hati pun kenyang.
Hati aku berbicara sendiri. Berbicara tentang indahnya rama rama berterbangan di taman bunga. Hi hi hi. Kut suka sangat pun Fia. Bajet bajet la metaforanya Fia.
‘Ni bukan waktu kerja, Abang Luqman nak merasa Fia belanja pulak lah. Asyik Abang jer yang belanja’
‘Eh, kedekut taik hidung masinnya! Duit gaji berkepuk kepuk kalau belanja bukan luak pun! Lagipun, bukan ke Boss yang ajak brunch nak discuss pasal pricing tadi?’ Bukannya aku tahu gaji dia banyak mana pun. Tapi dah nama pun Boss. Mestilah lagi banyak dari pekerja dia yang cikai cikai ni kan.
‘Amboi! Orang tolong dia, dia ketuk pulak kita lagi’ Abang Luqman pura pura marah.
Alah, buat gurau jer. Selama aku keluar makan dengan dia, memang selalu dialah yang bayarkan. Kalau dengan Abang Luqman je naluri kelembutan dan ingin dimanjakan itu sampai. Dengan orang lain. Sorry naik lorry!
Aku hanya buat muka selamba tetapi dalam hati, memang aku mengiya kan kenyataannya.
‘Terima kasih Abang, jadi peyelamat Fia lagi. Kalau tak, mesti dia duk asyik paksa paksa makan dengan dia. Semak betullah’
‘Fia tu tak tegas dengan dia. Kalau tak mahu tu, cakap je terus tak mahu. Berapa kali dah Abang pesan. Susah lah Abang nak buat kerja kalau asyik nak kena jaga Fia at the same time’
‘Eii, dah naik dah berbuih dah Fia cakap dengan dia, dia yang tak paham paham. Ya lah, fahamlah. Fia ni menyusahkan Abang jer. Tak apa. Tak payah nak jaga jaga Fia. Fia dah besar. Pandailah Fia nak handle si Farid tu’ Aku membalas. Ada nada jauh hati di situ. Nampak sangat Abang Luqman tak ikhlas menolong aku. Semuanya sebab terpaksa. Kau kan memang boleh jaga diri sendiri, yang nak manja sangat dengan Abang Luqman tu dah kenapa kan. Haih la Fia.
‘Abang bukan apa, Fia kan Abang Safwan dah amanahkan kepada Abang. Takkan Abang nak biarkan adik kesayangan dia ni di apa apakan pulak?’
Memang betul. Aku kerja dengan Abang Luqman ni memang atas recommendation dari best friend dia sendiri.
Abang aku, Safwan Fahmi. Teman sejak dari MRSM sampai ke matrikulasi dia. Sebab tu aku dengan Abang Luqman rapat terlebih. Perhatian terlebih. Persaan terlebih. Eh.!
Pada mulanya aku memang segan nak mengaku aku join syarikat perabot Abang Luqman ni sebab krooni. Masa interview pun ala kadar saja sekadar memenuhi syarat. Kalau ikutkan kelayakan, berbekalkan Ijazah Pengurusan Pentadbiran yang aku ada, dan keputusan yang cemerlang, aku memang layak untuk menyandang jawatan Pegawai Tadbir di syarikat ini. Tetapi aku sendiri yang segan kalau ada orang tahu aku kenal baik dengan Boss. Nanti dikata pula aku ni menumpang populariti eh dikata tak pandai buat kerja atau bukan sebab merit kemampuan aku sendiri
Sebab itu, aku sendiri yang minta dari Abang Luqman supaya buat buat tak kenal aku di pejabat. Layan sahaja aku seperti staff yang lain. Kalau aku buat silap, ditegur dan marahnya pun sama saja dia marah pekerja yang lain. Professional.
Bezanya, setelah habis waktu bekerja, aku diajaknya minum atau makan malam, kemudian bicaranya lembut dan memujuk. Perangai abang abang sangat.
Ya lah, Abang Luqman ni perangai pun dah lebih kurang sama macam Abang Safwan. Sekepala. Rapat tak payah kata. Muka dia memang selalu merata rata di rumah aku. Kalau ada kenduri kendara, dia pun dah jadi orang pangkal. Bukan macam tetamu. Kalau tak ada kenduri kendara pun, muka dia memang selalu bersepah di rumah aku.
Dulu dulu, semasa zaman Abang Safwan bujang, kalau Abang Safwan balik kampung, dia pun sibuk mengekor. Sekarang ni sejak Abang Safwan sudah berumah tangga, dia tak buat dah perangai menempel dia tu.
Jadi, bayangkan saja bagaimana rapatnya aku dengan dia. Mentang mentang anak tunggal, aku ni dilayan macam adiknya sendiri. Cuma Alia saja yang tahu duduk sebenar hubungan aku dengan Abang Luqman. Itupun depan Alia, Abang Luqman tak cover sangat.
‘Eish, Abang Safwan tu hidup lagi lah! Sebut perkataan amanah macam Abang Safwan tu dah tak ada. Lagipun, Farid tu bukannya dia nak buat apa apa pun. Dia kan dah berbini. Menggatal jer lebih tu.’ Getus aku.
‘Abang ingatkan saja. Farid tu lelaki. Kuota dia ada 3 lagi kosong tau?’ Abang Luqman merangkap Boss aku dah ada tanda tanda mahu membebel.
‘Ingat senang ke nak kawin banyak bini? Kena adil dan saksama tau. Ingat aci kasi redah jer ke nak berbini banyak? Layak ke dia? Lagipun tak kuasa Fia nak kat dia. Not my taste’
‘Ada bini ke tak ada bini ke? Adil ke saksama ke? Layak ke tak? Lelaki tengok perempuan lain Fia. Nafsu lelaki ni satu jer tau? Nak nak Abang dengar dia tu makin menjadi jadi sekarang ni. Abang tak nak apa apa jadi kat Fia’ Pesanan Abang Luqman macam menakutkan aku pula. Lain macam betul nadanya.
Muka aku ditenungnya serius. Nampak sangat Abang Luqman bukan main main. Ada riak prihatin di wajahnya. Kalau isu ini remeh dimatanya, tak kan dia nak bercakap pasal hal ni. Dia ni yang jarang masuk office pun pandai dengar gossip. Nampak sangat Si Alia tu CNN dia.
‘Abang ni tak baik berburuk sangka tau. Berdosa!’
‘Abang bukan berburuk sangka. Abang Cuma nak Fia berhati hati. Abang tak suka cara Farid tengok Fia’ Tambahnya lagi.
‘Tengok macamananya? Dia yang tengok Fia, marah lah dia. Jangan lah marah Fia pulak.’ Aku mula nak berhati tisu bila suara Abang Luqman mula nak tegang.
‘Abang bukan marah Fia. Abang ni lelaki Fia, abang tahulah…’ Suaranya kembali kendur.
Kalau aku jenis hati tak kuat sekarang ni, memang aku da cair meleleh leleh dengar statement Abang Luqman. Macam mentega cair atas kuali panas.
Kalau tak marah, habis, Abang Luqman cemburu ke? Ah, Alangkah bahagianya hidup jika ya! Aku berangan sendiri.
’‘If I don’t know you better, I will think you’re being jealous right now’ Aku luah sambil ketawa.
Tapi ketawa aku tidak bersambut. Cuma Abang Luqman memandang aku tepat. Tiada senyuman dibibirnya.
‘By now, you should know better, Sofia Farhana’ Ada senyuman nipis dibibirnya. Anak matanya tepat memandang aku.
Aku terdiam.
Apa maksud dia?
Kenapa aku tak berani nak tanya lagi?
Kenapa hati aku berdebar debar?
Argh. Sejak bilanya hati kau tak berdebar bila berdepan dengan Sang Luqman Danial, wahai Sofia Farhana?
Share this novel