‘Alhamdulillah… Barang dah selamat sampai kat customer’ Aku menarik nafas lega. Selepas berkali kali aku follow up order customer, akhirnya selesai juga penghantarannya.
‘Ni customer yang sepuluh kali update order and mintak revise quotation tu ke?’ Soal Alia sambil buat muka menyampah.
‘Yang tu lah… kejap jadi, kejap tak jadi. Kesian bebudak production nak budget output. Nasib baik da setel!’ Borang pengesahan penghantaran yang aku terima aku semak sekali lagi.
‘Aliaaaaa…” Minah tu pandang aku slack bila aku panggil dia macam perempuan miang begitu.
‘Nak apa?’ Jari jemarinya berhenti mengetuk papan kekunci.
‘Boleh tak kalau kau tolong aku hantar ni kat atas?’ Aku bertanya sambil buat muka kesian. Mata macam puss in the boot sambil mengibas dokumen di tangan.
Alia Tarik nafas.
‘Kalau kau tak hingin, aku lagi tak hingin’ Alia kembali mengetuk papan kekunci sambil buat muka menyampah.
‘Alaaaaa…’ Aku malas betul nak naik atas. Bukannya sebab nak kena panjat tangga ke apa, sebenarnya aku malas nak menghadap muka Si Malaun tu.
‘Kau pass la kat Diha, suruh dia pass kat Malaun tu’ Alia pun sudah tahu dilema aku tanpa aku perlu buat penerangan lanjut.
‘Diha tak datang harini’
‘Kau tinggal je la atas meja dia’ Saran Alia
‘Tak best pulak, buatnya hilang ke apa. Kalau depan mata aku benda tu bertukar tangan baru aku rasa confident sikit. Buatnya jadi macam haritu. Tah mana mana Si Malaun tu letak dokumen aku. Suruh aku naik pulak lagi tunjuk kat mana aku letak kat meja dia. Alasan je semua tu. Grrrr’
Teringat aku kejadian haritu. Punyalah nak mengelak jumpa Si Malaun tu punya pasal, Delivery Note customer yang aku letak atas meja dia semasa ketiadaan dia, dengan harapan dia proceed request payment from customer; katanya dia tak jumpa.
Sekejap sekejap telefon aku tanya. Siap suruh naik ke tempat dia cari dokumen yang konon konon hilang tu.
Tak pasal pasal aku kena tayang muka depan dia. Dia pulak bukannya carik. Asyik duk tengok sambil tersengih sengih.
Penyudahnya, nak tahu jumpa kat mana? Dia dah filing pun dokumen tu. Memang lah aku cari kat meja dia tak jumpa! Memang alasan sangat!
Kalau aku jumpa dia karang, menanah pulak telinga aku dengar ayat ayat jiwang dia tu.
Haiiihhhh… Menyampah betul la.
‘Sorry fia, aku pun tengah banyak kerja ni’
‘Tak apalah, aku faham. Aku naik’
Alia mengangguk, kemudian dia buat gaya ‘Fighting!’
Sebaik sampai di bahagian perakaunan, aku tengok meja Mardiha kosong. Beberapa orang staff menegur aku ramah. Aku sekadar bertegur sapa. Malas nak lama lama sini. Kang terperangkap pulak.
Aku tinjau meja Farid.
Ada pulak malaun ni.
Aku pasang muka pailang aku. Cepat cepat aku ke meja Farid.
‘Farid ni dokumen untuk Kedai Perabot N. Boleh proceed request payment dah’ Tanpa beri salam aku terus terjah dia. Dokumen aku letak kan di atas meja dia.
Dia yang pada mulanya tersentak kemudian tersenyum miang dan tiba tiba bermuka serius.
‘Kenapa selama ni abang tak pernah tahu pun?’ Soalnya
‘Apa pulak tak tahu, kan dalam meeting haritu dah bagitahu’ Dah kenapa pulak dia ni? Punyalah beriya iya update dalam meeting haritu, tak kan dah hilang ingatan kut.
‘Bukan pasal ni. Pasal Khaidar. Sejak bila Fia keluar dengan dia?’
Nak kata aku terkejut, aku memang terkejut dengan soalan rambang dia tu. Nak kata aku tak terkejut, tak terkejut pun ya jugak.
Yalah, lepas kejadian dia bersalam tangan dengan Khaidar haritu, dia banyak kali nak approach aku.
Tapi sejak aku berjiran dengan Auntie Mariam jiran sebelah rumah yang selalu ajak aku pergi tai chi dengan dia dekat taman mainan bawah rumah, aku pun dah pandai nak tai chi orang sekarang ni.
Kalau nampak energy negative nak lalu dari belah kanan, kita tai chi dia ke sebelah kiri.
Kalau energy negative nak lalu dari kiri, kita tai chi dia ke kanan.
Memang sama nasib dengan orang depan aku yang tengah buat muka konon konon marah, konon konon sedih depan aku ni.
Jijik hokey!
‘En Farid, this is business hour. Please be professional. And I think you are not stupid to know that what ever personal question you have, is none of your business’
Dengan itu aku pusing dan melangkah pergi.
‘Kalau Danial boleh, Khaidar boleh, kenapa abang tak boleh?’
Kalau ikutkan kaki aku, memang ringan je nak hinggap kat muka dia.
Tapi aku masih waras untuk sedar aku sekarang berada di pejabat dan kalau aku nak naik angin dengan orang gila macam dia ni. Maknanya aku pun sama gila nanti.
Untuk itu, aku teruskan melangkah dengan hati yang membengkak.
Share this novel