‘Morning! Awal sampai Fia?’ Alia menyapa aku yang sedang tekun membaca surat khabar. Laporan berita mengenai kes buang bayi dua hari yang lalu membuatkan aku kusyuk membaca butirannya. Anak yang tidak berdosa itu ditemui pekerja Majlis Pembandaran ketika mengutip sampah. Hati aku tersayat membacanya. Dalam masa yang sama, aku mengutuk perbuatan keji itu.
‘Haah, kereta aku rosak, aku naik grab tadi, tu yang keluar awal’ Sebuah senyuman aku lemparkan kepada Alia sebelum mata aku kembali tertumpu kepada surat khabar.
‘La, apasal tak bagitau, boleh aku jemput’ Alia melabuhkan punggung di kerusi dan jarinya sudah mula menekan suis on komputer.
‘Tak pelah, sekali sekala bangun awal apa salahnya’ Surat khabar aku tutup. Imej bayi kemerahan yang dihurung semut itu aku cuba padam dalam kepala. Di syurgalah tempat mu sayang.
‘Ha, tahu tak apa’ Alia mengiyakan.
Aku mencebir
‘Dah tak payah nak menyindir aku, tu ha nasi lemak aku dah belikan’
‘Wah, buat susah saja. Thank you Fia’ Tersenyum senyum Alia melihat nasi lemak sambal kerang di atas mejanya.
‘Thank you jer?’ Soal aku menyakat.
‘Kau nak apa? Nanti aku suruh boss belikan’ Aikk…
‘Eh, apa kena mengena pulak boss dalam cerita ni?
‘Eh, mestilah kena mengena. Kau kan pekerja kesayangan boss’ Makin meleret senyuman Alia.
‘Dah kau jangan merepek. Aku ambil balik kang nasi lemak tu’
‘Eh tak baik tau, buruk siku kau nanti’ Muka cemburut Alia sudah terpamer.
‘Biar buruk siku, jangan buruk muka’ Aku balas.
‘Biar buruk muka, jangan buruk hati’
‘Buruk hati, minumlah air zam zam…’
‘Ha, menjawab menjawab. Minum se-kolah pun belum tentu boleh jadi baiklah! Dah tau kalah pun masih nak menang jugak’
‘Eh, betullah. Orang selalu minum tu…’
‘Engkau ni, aku azan kan sebelah telinga karang baru tahu…’
Setakat gaduh gaduh manja dengan Alia macam ni memang dah tak jadi apa. Kalau tak gaduh tu yang akan pelik.
‘Good Morning Alia, Good morning sayang…’ Ah sudah, muncul dah malaun ni.
‘Morning, kau nak apa Farid?’ Alia yang membalas teguran.
‘Nak minta Azan agaknya’ Aku menggumam. Terbahak Alia mendengarnya.
‘Awal Fia arini, dah breakfast? Jom makan dengan abang’ Pelawa Farid dengan tak malunya
‘Fia dah breakfast. Siap belikan untuk aku lagi. Kau pergilah makan sendiri’ Alia menjawab. Dia ni kalau boss tiada dalam office, minah ni memang selalu jadi PA tak bergaji aku kalau berurusan dengan Si Farid ni.
‘Tak ada beli lebih untuk abang ke?’ Farid kenyit mata.
‘Tak!’ Jawab aku dengan nada meluat. Tak kuasa aku nak kenang dia dalam breakfast aku. Surat khabar yang aku dah habis khatam tadi mula aku buka semula.
‘Kalau macam tu, lunch nanti dengan abang’ Sekali lagi dia mempelawa.
‘Busy’ Sepatah jer cukup.
‘Ala Fia ni, hari hari pun busy jer. Bilanya yang tak busy?’ Soalnya dengan nada seakan akan merajuk. Euww. Tak payah nak gedik sangat!
‘Nama pun kerja kan?’ Aku sudah bernada sarkastik.
‘Memanglah kerja, tapi tak kan tak ada masa nak makan?’ Farid masih lagi cuba memujuk.
‘Ada tender nak kena siapkan’ Aku memberi dalih. Padahal semua pun sudah siap pun. Cuma nak tunggu approval dari boss saja.
Farid sudah bergerak ke meja aku. Dia melabuhkan punggungnya di hujung meja.
‘Ala, haritu cakap nak siapkan tender jugak, tak kan tak siap siap lagi?’ Soalnya curiga
‘Dah Boss suruh revise pricing, memang lah tak siap’ Dalih aku.
Dia ni memang jenis yang tak paham bahasa agaknya. Macam tak boleh agak pulak aku dah tipu dia. Tapi sardine jer lagi.
‘Hmm, kalau macam tu tak apalah, next time ya’
Aku tak balas. Helaian surat khabar aku selak selak kasar.
‘Lia, aku pergi toilet sekejap’ Aku bingkas bangun apabila Farid masih lagi tidak bangun dari meja aku. Rimas!
Sengaja aku berlama lama di dalam tandas. Sekembali aku dari tandas, Farid sudah tiada. Alia sedang sibuk menaip papan kekunci komputer.
‘Makin menjadi jadi betul si malaun ni. Kau percayalah cakap aku, karang sebelum lunch mesti dia muncul lagi’ Alia buat telahan. Dan selalunya telahan dia memang tepat.
‘Entah apa alasan lagi aku nak bagi entah. Semak la dia ni.Tak faham faham bahasa’
‘Kita keluar awal la lunch hari ni, kalau nasib baik, boleh elak dia’ Alia memberi cadangan.
Aku dengan Alia memang sekepala. Kami sudah naik menyampah dengan kerenah Farid. Walaupun sudah berkahwin, masih suka menggatal dan mengurat anak dara. Lelaki jenis macam ini memang aku elak - seelaknya.
Pada mula berkenalan, aku tidak tahu dia sudah berkahwin. Lagak gaya macam si bujang trang tang tang di ofis. Sikapnya yang ramah terlebih mesra memang selalu mengundang rasa kurang selesa di hati aku. Tambahan lagi dia sering bermulut manis, kadang kadang puji pujian dia aku rasa macam tak ikhlas saja.
Namun, sikap dia yang caring terlebih itu, ada juga yang membuat beberapa pekerja wanita yang cair dengannya. Ditambah dengan muka yang dikira ‘bolehlah’ kalau nak dijual.
Pada mula, aku pun berkawan biasa saja dengan dia. Boleh saja kalau nak keluar lunch bersama sama, namun semakin lama semakin tidak senang aku dengan perangainya. Pelik semacam. Bersayang sayang bagai. Semakin dia cuba mendekat, semakin gerak hati kecil aku suruh menjauhkan diri. Dan gerak hati aku memang tepat.
Alia terkantoikan dia dengan isterinya sedang membeli belah di Giant.
Setelah aku tahu dia sudah berkahwin, memang tak lah aku nak rapat lagi dengan dia. Namun, Farid tetap dengan sikap kasanova dia. Seolah, tiada rasa segan, malah semakin menjadi jadi pula perangai miangnya.
‘Boss kata harini kalau sempat dia masuk ofis’ Tiba tiba Alia bersuara lagi apabila melihatkan aku tidak menjawab cadangannya. Macamlah aku tak faham maksud Alia, tapi aku biarkan saja dan berlagak selamba.
‘Okay’ Sepatah aku menjawab.
Tepat telahan Alia, menjelang tengah hari, ketika aku sedang tergelak gelak mendengar lawak bodoh Alia, Farid tiba tiba muncul.
‘Amboi, seronoknya. Macam free jer. Boleh lah keluar dengan abang lunch nanti’
Terus mati gelak tawa aku. Potong betullah dia nih.
‘Ala kau ni Farid, nak gelak pun tak boleh ke? Time banyak kerja la kita nak gelak gelak. Release kan tension, kan Fia?’
‘Entah, gelak pun tak boleh ke? kalau kat office mesti nak kena serious manjang ke?’ Soal aku kembali.
‘Tu yang Abang suka dengan Fia ni. Kalau Fia ada kat office ni, ceria jer suasana. You’re like the light that shine in the darkness’ Kemain lagi …
‘Uweekk’ Alia buat buat nak muntah
‘Whatever …’ Aku kembali mengetuk kasar papan kekunci.
‘Eh, betullah. Kalau Fia takde, sunyi jer office ni. Alia pun tak dengar suara. Senyap jer.’
‘Macammana kau bole tahu? Kau bukan satu floor dengan kitaorang pun?’ Soal Alia
‘Aku tahulah. Aku ada mata mata’ Jawabnya. Entah kenapa, rasa ngeri pulak aku mendengar jawapannya.
‘Jom Fia, pergi makan’ Sambung Farid.
‘Kau ni Farid, punyalah ramai orang lain kat ofis ni. Kenapa Fia ni jugak yang kau nak ajak. Tu ha, Adnan budak baru tu ha. Apa kata kau bawak dia. Show him around. Ada lah jugak pekdahnya!’ Alia bagi ceramah free.
‘Kau jeles kan sebab aku tak ajak kau’ Farid tergelak sendiri.
‘Puhhhh lease la!’ Alia menjawab. Tangannya dibahu. Matanya dijulingkan ke atas.
‘Assalamualaikum’ Tegur satu suara tiba tiba.
Tiga pasang mata berkalih kepada Si Empunya bersuara garau tersebut.
‘Eh, En Danial. Bila sampai? Bukan Boss ada meeting ke tadi?’ Alia bersuara sambil tersenyum senyum.
‘Baru jer, saya wrap meeting awal. By the way, borak apa sampai saya sampai pun tak sedar?’ Soalnya sambil matanya memandang kepada aku. Sebuah senyuman aku lemparkan kepadanya. Dia membalas senyuman itu.
Baru tak jumpa empat hari, kenapa boss nampak makin handsome ya?
‘Tak ada apalah Boss. Si Farid ni ha, free sangat agaknya, rajin betul turun naik tangga.’ Sindir Alia lagi.
‘Ada document untuk saya tengok ke Farid?’ Boss memandang tepat Farid.
‘Erm, tak ada En. Danial. Saya datang melawat jer.’ Farid menjawab terkulat kulat. Kalau dia seorang tadi, bukan main hero lagi. Depan Boss, pandai pula dia simpan perangai tak semenggah. Dasar hipokrit.
‘Datang melawat? Ada orang sakit ke? Sofia? Demam?’ Aku tersenyum senyum sendiri mendengar soalan Boss.
‘Saya sihat walafiat Boss’ Aku jawab dengan bersemangat.
‘Bagus, Fia, passal pricing yang saya suruh review haritu. Dah siap?’ Sambungnya.
Boss ni hilang ingatan ke? Kan haritu aku dah siapkan sebelum dia outstation ke JB.
‘Erm, tender tu bukan ke…’
‘Kalau belum… Tadi, saya tak sempat nak breakfast, lepas ni pulak ada meeting sampai petang, boleh tak awak brief saya over brunch.’ Wah…
Nampak tak tu?
‘Err…Boleh boss’ Aku tersengih. Selamat lagi aku hari ini.
‘Awak just brief saja mana yang sudah siap masa brunch nanti’
Macam tahu tahu saja aku menggunakan alasan pricing tak betul pagi tadi. Nampak tu? chemistry tu... Aku senyum senyum sendiri.
‘Get ready. I take my things. And then follow me...’ Kemudian tanpa menunggu jawapan dia terus berlalu ke biliknya.
Termangu mangu kami dibuatnya.
‘Ha Farid, waktu melawat dah abis! Pergi balik buat kerja kau’
Nak tergelak aku dengar sound tepek Alia.
‘Kau Fia, tak dengar boss cakap apa tadi? Calculation untuk tender tu dah siap?’
Kalau nak berlakon serahkan saja kepada Alia. Dia dengan boss memang selalu tag team. Aku ketawa sendiri apabila Farid berlalu pergi dengan muka cemburut.
My knight in shining armour dah balik.!
Share this novel