BAB 38

Romance Series 11022

“Apa khabar Fia?” Sapa Auntie Zainab sambil mengelus pipi aku lembut.

“Alhamdullillah sihat. Auntie uncle apa khabar?” Uncle Othman tersenyum mesra ke arah aku.

“Alhamdullillah. Sihat orang tua la Fia. Mak Ayah sihat?” Soal Uncle Othman pula.

“Alhamdullillah. Sihat juga. Mak ayah kirim salam kepada Auntie dan Uncle”

Serentak mereka berdua menjawab salam.

Selepas Khaidar mesej aku haritu terus aku telefon mak. Bila aku bertanyakan kepada mak pasal majlis makan malam ni. Lain yang aku tanya, lain yang dijawabnya.

Dia punya suka bukan main, sebabnya bila aku cakap Khaidar yang beritahu aku pasal dinner ni, aku boleh bayangkan lebar senyuman mak aku sebab dari suara dia yang ceria bercerita, aku dah boleh agak angan angan dia dah sampai ke mana.

Aku petik ayat dia ya. “Alhamdullillah. Baguslah tu, sekarang dah boleh mesej dan berunding. Ada jugak masing masing ambil inisiatif nak bermesej mesej dan call. Lega hati mak dengar. Auntie Zainab kau mesti suka juga” Boleh bayang mulut dia tersenyum senyum waktu tu.

            Aku hanya tarik nafas panjang. Talk about preassure!

            ‘Kereta macam mana Fia? Dah okay?’ Soal Uncle Othman semasa di meja makan. Aku ingatkan majlis ala ala kenduri tetapi ini macam aktiviti keluarga je aku rasa. Aku je seorang bukan ahli keluarga kat sini.

            Semua anak anak Uncle Othman dan Auntie Zainab berkumpul menyambut ulang tahun perkahwinan ibu bapa mereka yang ke-40. Rasa janggal juga tetapi ahli keluarga Khaidar memang mesra terutama Zulaikha yang aku pernah berjumpa dan bergosip semasa parti hari jadi Elina haritu. Ibu Elina yang bernama Fateha dan suaminya Khalid pun tidak kekok berbual dengan aku.

            Berbalik kepada soalan Uncle Othman tadi. Sebab kereta aku buat hal lagi, dengan gigihnya Khaidar terpaksa jemput dan bakal hantar aku balik sekejap lagi.

            Ikutkan pagi tadi aku nak ke pasaraya nak beli barang untuk buat kek coklat untuk dibawa malam ni. Tapi, blacky buat hal lagi! Hangin dah aku.

Terus je aku mesej Khaidar dan call mak kata aku tak dapat datang malam ni. Alih alih Auntie Zainab call aku cakap Khaidar akan datang jemput malam ni. Dan tak sampai satu jam kemudian Khaidar dah terpacak kat lobby bawah rumah aku.

Sambil dia duk godek blacky sempat lagi dia mengutuk aku tentang cara aku jaga kereta.

“Itulah perempuan, tahu pakai je!’ Omelnya. Hello, aku tak suruh pun dia datang okay. Dia yang paksa rela datang agaknya selepas di suruh Auntie Zainab.

‘Kalau tak ikhlas, tak payah tolong. Tak ada siapa pun suruh datanglah’ Balas aku pula. Dah la tak beritahu tak apa, tetiba mesej cakap dah sampai. Dasar Taliban!

Dia juga yang pandu kereta ke bengkel Ah Choong sementara aku pandu kereta kesayangan dia. Sempat lagi dia pesan macam macam sebelum aku tukar gear D. Kecoh sangat aku cakap baik aku naik grab je. Marah pulak dia bila aku cakap nak naik grab.

Dekat bengkel aku naik hangin lagi bila Ah Choong kata selasa baru boleh ambil kereta. Memang semua benda nak cari pasal betul! Aku biarkan Khaidar berbincang dengan taukey bengkel tu. Tawar hati dah aku. Memang tak ada mood betul.

Masa balik dari bengkel, Khaidar cakap nanti balik kerja hari isnin dia datang jemput aku. Aku jeling dia sambil kata “Tak payah.” Tegas.

“Selasa baru siap uncle. Mujur Khaidar ada’

Walaupun aku marah marah tetapi aku bersyukur jugak Khaidar datang tadi. Kalau tak, aku pun tak tau apa jadi.

‘Alah tak ada susahnya, ambil dan hantar balik je. Kan Dar?’ Auntie Zainab bersuara

‘Tapi buat susah susah je’

Uncle Othman tergelak kecil sambil menepuk bahu Khaidar ‘Orang tengah susah. Kita tolong lah. Lagipun,that’s what you are for Dar. Get use to it’

Aku gigit bibir. Paham benar maksud Uncle Othman. Preassure. Preassure.

Khaidar meneguk air perlahan.

‘Habis nanti pergi kerja macam mana?’ Soal Zulaika bila nampak riak wajah aku yang tak selesa dengan statement ayahnya tu.

‘Nanti naik grab je. Senang dapat area rumah saya’

‘Eh, Dar boleh hantarkan. Kan Dar?’ Aku tak tahu nak tepuk dahi ke tepuk mulut Auntie Zainab yang tengah tersengih penuh pengharapan kepada Khaidar

‘Ermmm. Dar ada meeting pagi tu. Tak boleh lewat’ Jawabnya tak berperasaan kemudian masukkan ayam kedalam mulut

‘Auntie jangan risau, grab banyak. Saya boleh pergi kerja sendiri. Tak payah susah susahkan Khaidar. Dah la tadi dia duk berulang ambil saya semula lepas tolong selesaikan hal bengkel’

‘He did?’ Soal Auntie Zainab sambil mata menyoroti susuk Khaidar.

Aku rasa semua pun tengah tengok Khaidar sekarang. Zulaikha dan Uncle Otman tersengih. Abang sulung Khalid sedang tersenyum terjungkit sambil bulu kening terangkat. Kemudian dia berpaling kepada isterinya Fateha yang juga sedang menahan senyum.

What? What did I miss?

Khaidar macam biasa, muka tak berperasaan.

“Of course he did, small matter je. Kan Dar?’ Sambung Auntie Zainab.

“Small matter mende. Minyak hitam kering, air pun dah kering. Don’t get me started with her timing belt. Macam mana kereta tu tak rosak” Khaidar dah mula nak membebel.

Aku membuntangkan mata supaya dia shhh.

 ‘Darrr’ Auntie Zainab beri amaran secara halus kepada anak bujangnya supaya mulut jaga sikit. “Since Dar dah tolong, kalau tak boleh hantar, nanti habis kerja Dar jemput Fia ya’

“It’s okay Auntie, tak payah susah susah”

“Tak susah lah, dekat je kan office Dar dengan office Fia?’ Usaha lagi tu. Haih

‘Actually, jauh juga mummy. Dar utara, dia selatan. Lagipun Fia dah cakap dia okay’ Khaidar muka pembaris. Kemudian riak dia berubah seperti tengah tahan sakit dan terkejut.

Apakah? Adakah? Aku tak tahu nak ketawa atau nak nangis sebab aku rasa Khaidar baru je lepas kena cubit dengan Mummy dia.

Mr Taliban kena cubit dengan mak dia. HAHAHAHAH

Zulaikha tekup mulut menahan ketawa. Aku pandang Khaidar. Dia boleh lagi buat muka pembaris tu!

“Auntie, Uncle. Jangan risau. Saya okay. Insyaallah lain masa nanti kalau saya nak minta tolong Khaidar, saya beritahu dia’

Kena politik sikit dengan bakal mak bapak mentua tak jadi aku ni. Mereka berdua tersenyum sambil mengangguk.

Khaidar memandang aku buat pertama kali malam ni. Ada senyuman dihujung bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience