BAB 24

Romance Series 10994

‘Dah okay dah?’ Soalnya ketika aku duduk di bangku memerhatikan Elina dan Adam yang masih ligat di atas gelanggang.

‘Okay apa?’

‘Tak marah dah saya dengan Elina terjah aktiviti awak harini?’

‘Mana ada saya marah..." Intonasi aku buat buat tidak bersalah.

Khaidar senyum. Aku senyum juga. 

Otot mulut aku dah kejang sebenarnya. Dari tadi asyik duk gelak memanjang. Tak ada nya aku marah. Mula mula je. Sekarang dah okay. 

"Tapi tengoklah karang kalau saya ada berubah fikiran" 

Khaidar tersenyum.

‘Bila Mummy suruh saya bawak Elina harini, Dalam hati saya ...hmmmm… habislah! Dah boleh imajin apa akan berlaku’

‘Awak imajin apa? Habis yang awak datang jugak kenapa?’

‘Saya ingat awak akan ignore kitaorang whole day'

‘Ignore awak tu mungkin. Tapi tak kan lah I nak ignore Elina pulak...’

‘Mana tahu, awak ni kan hati kering….’

‘Haaa… marah marah! Kena jual nanti. Cakap sikit nak marah’ Sambungnya bila nampak wajah aku sudah berubah riak.

‘Mana ada saya marah! Awak tu, cakap tak pernahnya nak baik baik kan. Asyik nak mengenakan saya’

‘Eh tak cukup baik ke? Awak nak saya cakap macam mana?’

‘Baik baik lah… tak kutuk kutuk saya…’ 

‘Boleh, awak nak saya cakap baik baik, boleh! Tapi….’

‘Tapi apa?’

‘Awak pun kena cakap baik baik dengan saya. Jangan asyik nak snap jer. Kalau nampak muka saya jangan sampai nak bercantum bulu kening tu. Dahi tu jangan berkerut sangat. Tak cantik tau tak? Cepat tua!’

‘Eh.. mana ada?’

‘Mengata orang pandai. Tengok diri sendiri tu…’

Aku ketap bibir. Geram betul lah dia nih. Dia ni memang jenis sound direct punya orang. Lelaki ke perempuan dia terjah jer. Eeeee.

‘Cuba macam tadi. Senyum, gelak gelak… barulah manis. Ini tak, macam jeruk kelubi jer selalu..’ Tambahnya lagi.

Amboi sedapnya dia mengata. 

‘Buat apa pulak saya nak asyik senyum senyum. Nanti orang ingat saya ni orang gila pulak’

‘Saya bukan suruh awak senyum dekat semua orang. Dengan saya saja cukuplah. Awak tengah berbual dengan saya kan. Lagi pun senyum tu kan sedekah...’

Haihla… pasal senyum pun boleh jadi hal dengan mamat nih!

‘Macam nih?’ Sebuah senyuman lebar tak ikhlas nampak gigi aku hadiahkan kepada dia. 

‘Ha! Macam tulah… lebar lagi.. lagi… lagi.. lagiii…’ 

Aku sudah berhenti bagi senyuman tak ikhlas tu. 

‘La... Kenapa tak senyum lagi? Kan manis, ayu, comel senyum macam tu…’ Aku tahu dia kembali mengenakan aku.

Tisu aku campakkan kepadanya. Meletus ketawanya.

‘Fia … fia…’ Ujurnya.

Ketawa bersisa dibibirnya.

 "So... Are we good?''

"For today" Aku jawab 

Dia juga mengangguk.

Sempat Khaidar belanja minum petang setelah selesai bermain. Kami berpisah selepas itu. 

Sampai saja rumah sebuah mesej masuk.

I had fun today. Thank you for not letting go of my hand  - Khaidar

Ceh. Kecoh betullah mamat nih. Tak pernah pernah nak mesej aku, tetiba pulak…. Tapi aku tersenyum juga baca mesej dia. 

Tengah aku mengimbas kembali memori dia jatuh tergolek dog tu sebuah mesej lagi masuk.

Whatever picture, vid awak ambil tadi, tolong jangan sebarkan dalam internet. Saya saman awak nanti. I MEANT IT – Khaidar

Hmmph! Patutlah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience