BAB 35

Romance Series 10994

 
Keesokan harinya barulah aku rasa seperti kebiasaan. Sebabkan semalam aku tak keluar makan dengan Abang Luqman, dia suruh aku tebus balik dengan teman dia groceries shopping lepas balik kerja.

Mestilah aku kata boleh. Boleh sangat!

            ‘Dah lama kita tak tengok wayang kan’ Ujarnya tiba tiba ketika aku membaca label di belakang botol kicap.

            ‘Nak tengok wayang ke?’ Soal aku kembali. Tanpa menunggu jawapan aku terus bergerak ke lorong sebelah. Abang Luqman menolak troli membontoti aku.

Memang sudah menjadi kebiasaan.

Dia siapkan senarai.

Aku pilih barang.

Dia tolak troli.

Kadang kadang dengan barang barang aku ada dalam troli tu. Semua satu bil.

‘Upah jadi personal shopper’ Katanya selalu. Mula mula memang segan, tapi sekarang macam dah biasa dan tak heran.

Lepas tu aku balas balik dengan belanja tengok wayang ke, minum ke, makan ais krim ke. Ikutlah permintaan dia.

‘Fia nak tengok cerita apa?’ Sejujurnya aku tak ada mood nak tengok wayang hari ni. Aku jungkit bahu.

‘Ikut abang lah’ Aku menjawab acuh Tak acuh sambil meneliti senarai barang. Duduknya seorang, senarai bukan main panjang.

‘Kalau Fia tak mahu, malas lah abang’ Ada nada merajuk. Aku lekas berpaling. Abang luqman sedang menjuih bibir.

Eeeee. Cantik sangat lah buat muka macam tu.?

Cantikkkkkk…

Aku cubit lengannya.

‘Mengada eh’ Tertawa aku melihat dia mengaduh. Over tau!

‘Rasa malas pulak nak tengok wayang. Tak ada mood. Lain kali okay. On me.’ Aku cuba memujuk.

‘Promise? Abang tuntut ni nanti’ Tersenyum senyum dia. Alah setakat belanja dia seorang tengok wayang.

‘Tuntut lah.. It will be my pleasure’ Of course lah boleh.

‘Okaylah, walau tak dapat nak hadap muka Margot Robbie, at least abang dapat tengok muka Fia pun jadilah’ Abang Luqman kenyit mata.

Tak sempat aku memberi reaksi mendengar statement membunuh tu. Sebabnya,

1. Bila jantung kau meletup, kau memang dah tak sempat buat apa dah.
2. Saat bila aku rasa macam dah nak hilang nafas dek terkesimanya aku mendengar statement itu,

aku terdengar suara menyapa...

‘Encik Danial’

Serentak kami berpaling. Wajah aku bertukar merah. Abang luqman juga sudah tidak tersenyum nakal.

Di depan kami berdiri Farid. Di sebelahnya berdiri seorang perempuan berjubah.

Wajah Farid masam merenung Abang Luqman.

Perempuan di sebelahnya pula sedang memandang aku dari atas ke bawah.

Aku tahu siapa dia.

Dialah Hana.
Isteri Farid.   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience