- ‘Peah?’
- ‘Yes?’
- ‘Jom lunch’
- ‘Tak dapat. Dah janji dengan bebudak ni. Nak makan ikan bakar’
- ‘Budak mana?’
- ‘Bebudak ofis la. Mana lagi…’
- ‘Siapa ‘bebudak’ tu?’
Aku tenung skrin telefon. Dah kenapa pulak Abang Luqman ni?
- ‘Farid join sekali?’
Tanpa menunggu aku membalas, dia sudah bertanya.
Ah sudah! Aku garu tepi kepala yang tak gatal.
- ‘Ada. Tapi pergi beramai ramai…’
- ‘Okay’
Itu saja jawabnya. Aku biarkan saja tanpa membalas.
************************
Sepuluh minit sebelum pukul 12.30 Alia sudah mula mengemas mejanya.
‘Aik, awal gila?’ Aku soal.
‘Aku nak membuang, dah tak tahan sangat ni… Aku tunggu kat lobi’ Terkocoh kocoh dia menarik beg.
Sesampai aku di lobi Alia sudah terpacak sambil berbual dengan kawan sepejabat kami dari Jabatan Kewangan yang bernama Mardiha.
‘Apesal lambat? Orang lain semua da gerak’ Soalnya semasa kami berjalan beriringan ke kereta Mardiha
‘Dan dan aku nak cabut, customer telefon pulak nak mintak reschedule delivery date…’
‘By the way, hari ini bos aku nak join makan sekali tau.’ Ujar Mardiha sambil menarik tali pinggang keselamatan. Cermin mata hitam yang tergantung di atas untaian tasbih yang tergantung di bawah cermin pandang belakang kemudian di sangkutnya pula di atas batang hidunngnya. Gantungception.
‘Laaa... aku ingatkan kita kita jer… mimpi apa bos kau nak ikut?’
Peratus rasa seronok aku semakin berkurangan. Baru je tadi kadar keseronokan aku jatuh menjunam bila dapat tahu Farid pun tetiba ikut serta aktiviti impromptu lunch secara berjemaah bebudak opis ni.
Siapalah yang gatal mulut pergi ajak atau inform Si Malaun tu. Grrrrr.
Kalau tak mengenangkan Ikan Bakar yang aku asyik teringat ingat sejak hari sabtu hari tu, memang aku cancel plan dengan diorang ni. Baik aku lunch dengan Abang Luqman je. Haih...Tak ada rezeki nak memandang muka kacak tu hari ini.
‘Tu la pasal, tak pasal pasal kena skema. Baru nak huha huha’ Jawab Alia.
Boss Mardiha yang bernama En Zahari agak terkenal dengan ketegasannya. Lebih lebih lagi dia juga merupakan salah seorang pengarah syarikat membuatkan, secara teknikalnya, company tu memang company dia, jadinya semua staff pun hormat dan terlebih segan dengan dia.
‘Alaaa, dia ok la korang. Waktu kerja, memang la dia tegas dan skema. Time makan, korang makan jer la macam biasa. Dia bukan makan orang pun. Lagipun, ok apa dia join… untung untung, dia yang belanja. Selamat sikit poket kita’ Mardiha tersengih sengih sendiri.
‘Kalau makan free, kau semua pun ok kan?’ Alia mengusik.
‘Rejeki jangan di tolak, musuh jangan di cari!’ Jawab Mardiha dengan slang jawanya.
Pecah ketawa kami melihat gelagat Mardiha.
Restoran Ikan Bakar Kuali Mas mula dipenuhi dengan pelanggan. Mujur Kassim sudah booking meja, kalau tidak, tentu masa akan terbuang dengan hanya berdiri sambil tercari cari meja kosong.
Farid yang nampak kehadiran kami melambai lambaikan tangannya. Matanya memandang aku sambil tersenyum. Peratus kadar kegembiraan aku semakin menjunam teruk apabila ternampak muka dia.
‘Aku ambil makanan dulu. Kau cop tempat aku ya’ Aku beritahu Alia dan terus menuju ke meja buffet. Alia hanya mengangguk dan Mardiha sudah melulu ke meja untuk meletak bag.
Aku mula beratur di barisan yang agak sederhana panjang. Kepala otak aku mula memikirkan lauk pauk yang sedang terhidang. Aroma ikan bakar yang sedang disalai di atas arang menyucuk nyucuk hidung aku. Cacing dalam perut aku tengah buat tarian rave agaknya apabila aku membayangkan daging ikan putih dicecah air asam. Kecur air liur aku.
‘Lapar sangat Fia ni’ Satu suara yang cukup aku menyampah terdengar dekat di sebelah telinga kanan aku. Terlompat aku mendengar suara gatal tu.
‘Itu pun nak terkejut. Cute la Fia ni’ Sambungnya lagi. Geli geleman aku dibuatnya. Heisshhh buat potong selera betul la mamat ni.
Ikutkan hati nak je aku keluar barisan dan mula beratur semula dari belakang, tapi disebabkan giliran aku nak menceduk nasi dah nak dekat aku biarkan saja gelak Farid yang mengada ngada tu tak bersambut. Dari belakang aku dia seolah meninjau ninjau barisan lauk di depan aku. Gaya dia tu seperti orang nak ambil kesempatan je aku rasa. Nak je aku siku rusuk dia, kemudian lehernya yang pendek tu aku patah patahkan macam batang timun nak cecah belacan. Menggatal betul!
Apabila tiba giliran aku, cepat cepat aku senduk nasi dan lauk. Laju aku menuju ke bahagian ikan bakar.
‘Sebabkan kau lah aku kena hadap Si Farid tu’ Aku berkata dalam hati kepada Ikan Kembong bakar yang sudah selamat diletak di atas pinggan kuning.
Buat seketika kadar kegembiaraan melonjak naik apabila bau wangi ikan bakar bersatu dengan daun pisang menerjah ke hidung aku. Sampai di meja, aku duduk di sebelah kerusi kosong yang ada beg Madiha di sebelahnya.
‘Weih aku dayung dulu!’ Sapa kassim yang sedang mengaul nasi. Syafiqa dan Najwa di depannya hanya tersenyum sambil mengunyah nasi. Kemudian Izwan pula muncul dengan pinggan penuh lauk duduk di sebelahnya.
‘Makan makan. Bismillah’ Aku sambung. Kendi air aku tarik untuk membasuh tangan apabila farid melabuhkan punggungnya di sebelah kerusi kiri aku. Spoil betul! Sekarang ni kadar peratusan aku memang tinggal 10 peratus jer.
Nak je aku renjis air kat mata dia. Bukan tadi dia duduk di kerusi lain ke? Boleh pulak dia pindah tempat. Memang gatal miang keladi bercampur miang pokok buluh lah dia ni. Grrr.
Badan aku pusingkan sedikit ke kanan. Menghala ke arah Kassim dan Syafiqa. Farid aku langsung tak layan. Alia buat muka meluat bila nampak Farid telah duduk di sebelah aku. Sempat dia bertanya kasar kenapa Farid tukar tempat? Tapi Farid buat pekak dan bermuka tembok.
Dalam masa lima minit meja kami mula dipenuhi dengan rakan rakan sekerja lain. Riuh dengan bual bual kosong yang tidak berfaedah dan gelak ketawa dari lawak lawak bodoh dan senda gurau antara kami.
Tengah kusyuk aku menghadap nasi tiba tiba kaki aku ditendang lembut oleh Alia. Baru aku perasan meja sudah tidak seriuh tadi. Di sebelah Alia duduk kacak En. Danial dan di sebelah Farid, En Zahari.
Abang Luqman sedang tersenyum kepada aku sambil menggelengkan sedikit kepalanya. Nak cakap aku kelahap la tu, dia datang pun aku tak perasan. Aku buat muka toya. Tapi dalam hati perasaan tak best yang bersarang tadi dah bertukar menjadi perasaan yang berbunga bunga. Kadar kegembiraan aku melonjak naik sembilan puluh lima peratus!
‘Aik, ada malaikat lalu ke? Tadi bukan main meriah’ Soal En. Zahari. Menyakat pekerja dia. Bukan dia tak tahu kalau dia ada dalam radius lima meter dengan pekerja, semua pekerja akan jadi skema dan terlebih sopan.
‘Kusyuk sangat makan En. Har, tu yang senyap tu’ En Danial bersuara. Bekap staff. Hehehe. Boss macam nilah yang kita mahukan tetapi mata dia memandang aku memang dirasakan ayat dia tu ditujukan khas untuk aku agaknya.
Aku senyum sumbing. Farid sudah tidak berbunyi. Kalau tak tadi, sibuk bertanya itu ini dekat aku.
‘Lidah dah terhimpit En. Har, tu yang masing masing senyap tu’ Jawab Kassim sambil tersengih.
‘Makan En. Har’ Sapa Mardiha.
‘Sikit jer kamu makan. Kamu diet ke?’ Soalnya kembali mengusik Mardiha yang sememangnya sedang berdiet itu.
‘Sikit apa En. Har. Mardiha ni dah nak masuk pinggan ke tiga ni!’ Sampuk Izwan. Mata Mardiha mencerlung.
Pecah ketawa kami. Suasana mula bertukar santai dan kembali hingar.
Cuma Farid yang aku rasakan semakin diam dan tegang di sebelah. Sekejap kejap matanya memandang En. Danial. Sekejap sekejap dia memandang aku. En. Danial pula dah tahu Farid duk usyar panas, dia pulak selamba je pandang aku lama lama.
Aku? Kau makan je lah Sofia Farhana…
‘Macam mana En. Danial boleh join sekali? Ingat En. Har jer yang ada?’ Tanya Alia kepada bos kesayangan ramai tu.
‘Dia telefon saya katanya nak makan ikan bakar. Dia tanya kedai ikan bakar kat area sini ada di mana. Dah alang alang kita nak ke sini, tu yang saya invite dia sekali’ Encik Zahari yang menjawab.
‘Same taste la En. Danial ngan Alia ni. Dia lah pencetus idea makan ikan bakar hari ni’ Alia tersenyum senyum.
‘Really? Great mind think alike’ Jawab En. Danial sambil tersenyum manis. Dia ni makan nasi ke makan gula? Bersemut aku tengok.
Ceh. Great mind think alike konon. Padahal aku yang cakap tadi nak makan ikan bakar.
Tapi... Eh? Wait? Abang Luqman ni nak stalk aku ke? Dia nak jugak lunch sekali dengan aku ke macam mana? Hihihi. Macam biasa, aku terlebih perasan dan mencipta bahagia sendiri.
‘Fia nak cuba rasa cecah kicap saya? Sedap ni…’ Tiba tiba Farid bersuara. Pinggan kecil berisi kuah hitam itu didekatkan kepada pinggan aku. Mati terus senyum bahagia aku.
‘Tak apalah, saya lebih suka cecah air asam’ Aku menolak sopan. Dalam hati bebulu jer aku tengok perangai dia. Attention seeker betul!
‘Cubalah dulu’ Ulangnya beberapa kali dan aku hanya menggeleng dan mengulang ‘Tak apa, tak apa’
‘Cuba rasa dulu dengan ikan pari saya ni, sedappp…’ Cubanya lagi sambil cuba meletakkan isi ikan dalam pinggan aku.
‘Saya tak makan ikan pari. Nanti badan naik gatal gatal’ Aku jawab. Masih cuba bermuka manis di depan En. Zahari yang juga bos Farid itu.
‘Kalau Fia tak nak, tak apa. Biar saya rasa’ Tak sempat Farid nak balas, sudu En. Danial lebih pantas menceduk cecah kicap yang sedappp sangattt bak kata Farid itu.
‘Saya pun ambil cecah air asam jer tadi. Hmmmmm… memang sedap’ En Danial memberi komen setelah isi putih daging ikan kembong yang dicecah kuah kicap masuk ke mulutnya.
Dia kemudian melihat ikan pari di atas pinggan Farid dan berkata. ‘Too bad, I pun tak makan ikan pari. kalau makan, badan I pun naik gatal gatal. Sama macam Fia’ Seraya pinggan ikan berisi ikan pari di tolak semula ke sisi pinggan nasi Farid.
Buat seketika meja makan menjadi senyap menyaksikan drama sebabak yang dicipta Farid.
‘You know, actually for the saying ‘Great mind think alike’, there is a longer quote for that. Have you heard about it Danial?’ Tiba tiba En. Zahari bersuara.
En Danial hanya tersenyum kecil dan mengangguk perlahan mendengar pertanyaan En. Zahari.
‘Great mind think alike…’ Tak sempat dia nak sambung, En Zahari terlebih dahulu memandang Farid dan berkata
‘And fools seldom differ…’
Kenapa telinga aku rasa perkataan fool tu En Zahari tekan kan.
Alia tersenyum puas.
Encik Luqman Danial berwajah selamba.
Farid bermuka kelat.
Aku? Kau makan jer la Sofia Farhana…
Share this novel