‘Terima kasih datang Fia’ Pn Zainab memeluk aku erat. Kemudian bekas berisi roti jala dan kuah kari dihulurkan kepada aku.
Ramai tetamu sudah beransur balik. Aku pun rasa eloklah aku mengundur diri. Sudah lama benar aku berada di rumah Auntie Zainab. Setiap kali aku menyuarakan hasrat untuk pulang, setiap kali itu juga di tegah.
‘Tak payahlah Auntie. Saya dah kenyang sangat ni’ Aku menolak. Memang kenyang sangat ni. Perut rasa macam nak meletup!
‘Ambillah. Malam ni simpan dalam fridge. Besok pagi boleh panaskan buat sarapan’ Bekas makanan aku raih.
‘Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari’ Sampuk Zulaikha.
‘Buat susah susah jer.’ Dah la melantak macam - macam, ada pula bekalan di bawa balik. Segan aku dilayan baik macam ni.
‘Ala Fia. Masa Auntie datang rumah Fia haritu, lagi macam macam Fia bekalkan’ Tangan Auntie Zainab sudah mengelus pipi aku lembut.
Aku hanya menunduk. Hanya senyuman yang mampu aku berikan. Dah tak payah nak gaduh lagi. Ambil jer bila orang dah bagi.
‘Auntie Fia dah nak balik ke?’ Soal Elina yang tiba tiba muncul di muka pintu utama.
‘Nak balik dah’ Aku gosok rambutnya yang basah. Puas di pujuk agar mandi sejak maghrib tadi. Mentang mentang semua kawan kawan dia dah balik, aku pulak yang jadi mangsa kena main dengan dia. Layannnn…
‘Ala…’ Dia mencebir. Tak puas hati sebab tak ada kawan lagi lah tu. Cucu sulung Puan Zainab yang berusia 6 tahun tu cuma ada adik berumur 9 bulan. Apa sangatlah budak 9 bulan tu tahu main.
‘Nanti kita main lagi. Happy birthday Baby’ Pipi dia aku cium setelah tangan aku diraihnya.
‘Terima kasih Auntie. Saya balik dulu ya’
‘Jangan serik nak datang lagi’ Pesannya ketika aku melangkah masuk kedalam kereta Khaidar.
Lambaian mereka aku balas sehingga mereka hilang dari pandangan.
Hanya suara penyampai radio yang rancak berceloteh. Macam biasa. Kalau dah berdua dengan Khaidar, macam ada angin sejuk dari kutub utara melanda.
Beku semua! Lagipun bila perut dah kenyang, mata pun mula lah layu.
‘Ada Farid call lagi?’ Soalnya tiba tiba. Fikiran aku yang melayang layang dan mata aku yang dah layu tadi tiba tiba cerah apabila suara Khaidar menyapa telinga aku. Dia sengaja tak nak bagi aku terlelap lah tu.
‘Tak ada’ Aku jawab malas.
Senyap.
‘So, what’s up with him?’
‘Laa... Tak habis lagi ke pasal ni?’ Aku mendengus perlahan. Itu ke yang dia duk fikir dalam kepala otak dia. Patutlah senyap je dari tadi.
‘I'm just curious...’
‘En Khaidar, pernah dengar tak pepatah? Curiosity, can kill a cat’
‘Pernah. Tapi Cik Sofea Farhana, I’m not a cat. Obviously, I’m a man’ Jawabnya bersahaja.
‘A very busybody man’ Aku mencebir.
Khaidar gelak.
‘Seriously, mamat tu kenapa? Your admirer ke? Stalker?’ Beriya iya dia bertanya. Memang dasar Taliban. Selagi tak dapat jawapan, selagi tu tak puas hati.
‘Hmmm. Entahlah...’ Malas aku nak cerita pasal Farid kepada dia. Sampai besok pun tak abis nanti. Lagipun, perlu ke aku nak share masalah peribadi aku dengan dia. Tak perlu kut!
‘Entahlah?’
‘Dia tu collegue saya’ Aku jawab sekadar memberi jawapan.
‘Hmm mmm. Ok. Dah tu, kenapa nama dia Malaun?’
Aku pandang dia. Dia nampak ke tadi?
‘I saw that name registered when I answered the call just now’ Terang Khaidar.
Aku hela nafas. Tak pasal pasal kantoi la pulak.
‘Macam kes berat je dia ni?’ Soalnya
‘Berat tak berat sangat lah’
‘Tak nak cerita dengan boyfriend awak?’ Perkataan boyfriend ditekankan dan jari telunjuk mengarah diri sendiri.
Aku tergelak kecil. Sinis.
‘Come on…Try me’ Dia berkata lagi sambil mengangguk sendiri.
‘En Khaidar cakap apa tadi? Dia stalker? If there is a stalker, that person is you. Tetiba jer muncul rampas handphone orang’ Dasar Taliban!
Khaidar terdiam. Dahinya berkerut.
‘Sorry. I didn’t meant nak pry like that. It just that…’ Aku tunggu penerangan lanjut dari dia, tapi dia terus diam pula.
‘What you did was violating someone privacy. And I really think that you are being rude’ Nak kata aku marah, tak juga. Nak kata aku tak marah, tak juga.
Itu lah! Bajet good good sangat. Rasakan.
‘And I remember not asking any of your help. So, I don’t owe you anything’ Betul apa aku cakap. Tak ada siapa pun suruh dia tolong aku. Dia yang menyibuk. Suka sangat buat perangai ISIS dengan aku.
Farid tu... I can handle him own my own.
‘You’re right. I’m sorry’ Jawabnya.
‘Being said that, again I‘m sorry. But I can’t help myself to wonder. If I can ask you…’
‘Come on Khaidar… Saya baru jer sekolahkan awak tadi. That is my polite way of saying ‘stop asking’...’ Hessh dia ni. Tak faham betul lah!
‘I know. But, I just want to know how serious is he?’ Tengok tu. Memang muka tebal betul.
‘Hessssh…’ Aku jeling dia.
‘Because, he sounded very serious when I talked to him. And I don’t like his intonation. Very something...’ Muka dia macam baru tertelan biji mangga. Terkemek kemek.
Teringat perbualan aku dengan Abang Luqman haritu.
Seorang tak suka cara Farid memandang.
Seorang tak suka cara Farid bercakap.
Aku pandang Khaidar yang berwajah serious. Memang sebenarnya Farid tu sangat sesuatu.
Aku rasa bukan aku seorang yang berperasaan begitu. Kalau tak, masakan Farid seolah kera sumbang di pejabat tu.
Yang paling penting, kalau tak ada sesuatu, tak kan Abang Luqman suruh aku berjaga jaga bila dengan dia tu. Dan kali ni, Khaidar pula yang menyuarakan pendapat dia.
‘Takkan lah perbualan awak dengan dia yang tak sampai 3 minit tu awak boleh judge dia’ Aku menduga Khaidar.
‘Im a guy Fia’
‘So, what was that supposed to mean? Kalau awak lelaki kenapa pulak?’
‘Sebab tu saya tanya. Ini namanya instinct seorang lelaki’
‘Lelaki pun ada instinct ke? Bukan selalu instinct kuat ni perempuan jer ke?’
‘Lelaki pun ada instinct la. Macam macam. Instinct to dominate, to reproduce… For this particular case, since you ask, this is called instinct to protect’ Cepat cepat dia terangkan bila aku jeling dia bila dia mention part to reproduce.
‘Excuse me?’
‘Instinct to protect. Its in our DNA. It’s natural for men want to protect their women and child. Not only that, we also protect our country, philosophy, friends and family. Cuba awak fikir balik, yang jadi askar dan polis atau apa apa pekerjaan yang banyak melibatkan pertahanan, yang menjaga keamanan, selalunya siapa? lelaki kan?‘
‘Okay…Tapi, macam tak apply je kat saya, kat case ni...’
‘Kenapa pulak?’
‘Pertama. I’m not a child’ Aku sambung.
‘Kedua, ada jer perempuan yang jadi polis, askar bagai
'Ketiga, berbalik kepada point kedua, maknanya perempuan pun ada instinct to protect jugaklah, jadi maknanya, kalau saya gabungkan semua, kesimpulannya, walaupun saya seorang perempuan, saya pun boleh protect diri saya sendiri.’
Khaidar hanya tersenyum.
‘Keempat…’ Aku mula menyambung bila nampak Khaidar mula nak buka mulut.
‘Eh, bukan awak dah conclude ke tadi?’
‘Jap, tak abis lagi. Keempat and the most important point. I’m not your woman. And… Apa kena mengena instinct to protect awak kat saya dengan case Farid ni pulak?’
Kali ni dia senyum terjungkit pulak.
‘Saya bukan cakap awak ni ‘my woman’. Saya cakap generally. Umum untuk semua makhluk yang berjantina lelaki. Dalam Al Quran kan ada sebut, ‘Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." Surah an-Nisa, ayat 34. Islam itu mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Jadi dalam kes awak dengan Farid ni, saya cuma nak pastikan awak selamat. Sebab instinct to proctet saya mengatakan, Farid ni bukan sekadar admirer biasa awak. Dari cara dia bercakap dan menyoal saya, hati saya rasa tidak senang.’
Aku terdiam.
Apabila Khaidar dah berkata kata. Pedih tapi benar.
‘Farid tu selalu ke harass awak?’ Khaidar menyoal apabila aku hanya mendiamkan diri. Dah kalah, nak cakap apa lagi kan. Tiada lagi senyuman terjungkitnya. Riak muka sebaris dia dah kembali.
Perlu ke aku cakap dengan dia. Tak kan lah aku nak cerita perihal Farid kepada Khaidar pula. Khaidar tu pun masih dalam kategori ‘stranger’ bagi aku. Memanglah aku kenal dia, tapi dia belum sampai category kawan pun. Apatah lagi kategori teman tapi mesra untuk bercerita.
Dalam hidup aku, perihal Farid hanya aku ceritakan kepada Suzanna. Alia pun tak semua aku ceritakan apatah lagi kepada Abang Luqman.
Walaupun aku tak selesa dengan Farid, aku rasa macam tak elok pula aku bercerita hal yang tak berkaitan denagn urusan pejabat kepada Abang Luqman. Yalah, Farid tu kan pekerja dia. Aku tak nak Abang Luqman ada tanggapan tak elok kepada pekerja dia sendiri. Lagipun, kita kan kena professional. Biarlah aku simpan sendiri.
‘I can handle him. Don’t worry’ Aku jawab tegas.
''Hmmmmm. I wont push you. But if you need anyone. Ni, 'boyfriend awak' ni ada'' Ada nada tak puas hati dari Khaidar, tapi aku rasa dia pun tak nak paksa aku lagi jadi dia buat lawak tak kelakar dia tu.
‘Saya rasa weird pulak.’
‘Apa?’
''Awak lah''
''Apa yang weirdnya?''
‘Ya lah... As if macam awak care pulak. Padahal kita bukan apa apa pun’
‘Apa salahnya kalau saya care pun. Awak kan bakal isteri tak jadi saya’ Jawabnya sambil hujung bibir kembali terjungkit.
‘Terima kasihlah bakal husband tak jadi’ Aku mencebir bibir.
Perjalanan berterusan tanpa soal siasat dari Khaidar. Aku biarkan dia dengan persoalan dan fikiran dia sendiri. Aku pula hanya membuang pandang ke langit malam sambil melayan lagu di radio.
Share this novel