‘Dah sampai’ Umum Khaidar apabila kereta berhenti di lobby.
‘Terima kasih’ Aku balas sambil membuka pintu kereta apabila aku terpandang sebatang tubuh yang sedang duduk di tangga sambil menghisap rokok. Pintu kereta aku tutup semula.
‘Kenapa? Roti jala tertinggal?’ Soal Khaidar sambil badannya berpusing ke belakang.
Aku melirik jam di dash board. 9.30 malam.
Aku berkira kira sendiri. Kalau aku keluar kat sini, mesti dia nampak jugak nanti.
Kalau aku suruh Khaidar pusing balik drop aku kat luar, tak ke macam pelik tu.
‘Kenapa, ada benda tertinggal?’ Soalnya lagi apabila aku hanya memandang dia.
‘Hmmm..’
‘Hmmm apa?’
Aku garu kepala. Tadi yo yo aku cakap I don’t need your help lah, I can handle lah. Apa lah.
Aku tutup mata sambil garu kepala. Cuba cari idea.
‘Fia. Awak mengigau ke? Kita dah sampai’ Makin pelik dia tengok reaksi aku.
Aku buka mata dan lihat Farid masih lagi duduk di tangga dan dia sedang memerhati kami. Nasib la kereta ni tinted. Khaidar turut sama memandang ke arah tangga.
‘Don’t tell me… It’s him, isn’t he?’ Suara Khaidar aku dengar sudah berubah. Ni yang susah bila ada bakal suami tak jadi terlebih sharp. Semua benda pun tak lepas dari pemerhatian dia. Dia ni ada sensor macam spiderman agaknya.
‘Seriously?!’ Soalnya tegas apabila soalan dia tidak aku balas.
Khaidar tukar gear D dan dia terus parkir di salah satu kotak kosong pelawat.
‘Jom keluar’ Arahnya.
‘Awak nak buat apa?’
‘Hantar awak balik lah. Takkan awak nak tidur dalam kereta saya pulak’
‘Tak boleh keluar kat sini. Nanti dia nampaklah’
‘Sofea Farhana. How often does this happen?’ Dia sudah duduk menghadap aku. Tak pernah lagi aku dengar intonasi suara macam ni dari Khaidar. Rasa macam tengah kena siasat dengan Chief Taliban. Aku rasa kecut perut. Seram.
Aku hanya berteleku membelek jari.
‘Answer me Sofea!’ Memang sah dia ni Chief Taliban.
‘Tak lah selalu. Kadang kadang jer.’ Aku jawab perlahan
‘KADANG KADANG?’ Suara Khaidar agak meninggi.
‘Seminggu berapa kali?’ Soalnya lagi.
‘Tak adalah tiap tiap minggu’
‘Then?’
‘Adalah sebulan sekali. At least’
‘At least? Sekali? Habis? The most berapa kerap?’
‘Dua ke tiga kali’
‘Since when?’
Aku teringat lagi kali pertama aku ternampak Farid di kawasan rumah aku. Pada mulanya aku tiada sebarang buruk sangka. Aku fikir, mungkin dia ada saudara mara atau kawan kawan di apartment ni.
Kali kedua aku ternampak, di waktu malam ketika aku parkir kereta. Aku nampak kelibat dia di sebalik tiang. Aku masih tidak bersangka apa apa. Mungkin secara kebetulan.
Kali ketiga, dia nampak aku nampak dia. Jadi aku pergi ke arah dia.
‘Hai Farid’
‘Hai Fia’
‘Aku selalu nampak kau area sini. Ada kawan ke?’
‘Ha..ha ah’
‘Owh patutlah. Dia duduk blok mana?’
‘Blok ni juga’ Confident je dia jawab.
‘Tingkat berapa?’
‘6’ Sepantas kilat dia menjawab.
‘Ko duduk tingkat berapa?’ Soalnya
Aku pun bodoh waktu tu. Jujur je aku jawab tingkat lapan.
Aku ingat habis dah. Mana tahu sejak tu makin kerap pula aku nampak dia di kawasan ni.
Bila ditanya dia pun selamba saja menjawab dia tunggu aku.
Pertama kali mendengar, menggigil juga badan aku mendengarnya. Dia berterus terang mengatakan dia datang nak berjumpa aku dan ajak aku keluar makan. Sejak itu barulah aku sedar, selama ini dia menghendap aku. Kawan lah sangat! Rupa rupanya stalker!
Sejak itu, kalau jumpa dia dekat ofis terus aku tak tegur dah. Kalau bercakap dengan dia pun acuh tak acuh. Kalau boleh, seminima yang boleh. Kalau di luar waktu pejabat, lebih lebih lagi kalau aku terserempak di kawasan rumah aku ni, aku terus buat tak nampak atau larikan diri.
Dah lah selalu telefon malam malam ajak keluar dinner la, supper la. Lepak lah. Memang dia Psycho. Sebab itulah nama nama dia aku tukar kepada ‘Malaun’ dan lagu called tone dia aku specifikan kepada lagu annoying tu. Kalau dia telefon tu tau dah. Tak payah angkat.
‘Since when Fia?’ Ulang Khaidar agak kuat sekali lagi.
‘I only realise this for the past 3 month. Saya ada confront dia tapi dia kata dia cuma nak berbual bual dengan saya. Saya dah cakap banyak kali tapi dia ni… macam …’
‘Psycho!’ Sambung Khaidar. Wajah dia agak tegang dan ada urat halus timbul di dahi kirinya.
Aku hela nafas.
‘Dia pernah datang sampai ke rumah?’
‘Alhamdullillah. Setakat ni tak ada lagi.’
‘Ada dia apa apa kan awak?’
‘Tak ada. Don’t worry. I can take care of myself. Saya ada blue belt taekwando.’ Aku bersuara yakin
‘Still. Dia tetap lelaki Fia’ Khaidar bernada mengugut. Tak habis habis dengan instinct lelaki, lelaki lebih kuat dia apa lah, itulah.
‘Dia macam ni lah. Dia nampak saya karang dia puas hati lah tu. Selalu saya lari ikut tangga. Agaknya dia tahu saya tak bawak kereta, tu pasal dia tunggu kat lobi kut’
‘Fia, kenapa tak buat report polis?’
‘Dia bukan buat apa apa pun. Dia tengok jer… Macam orang angau agaknya. Tak nampak orang, nampak bumbung pun jadilah. Macam tu lah lebih kurang’
‘Fia. That is not healthy. You shouldn’t have this kind of mind set. You shouldn’t feel like this. This is not OK. This is not safe!’ Khaidar bernada marah.
‘You don’t tell me, what I can't and I can do Khaidar. I can handle this!’
‘I’m sorry. Saya tak boleh! Saya tak boleh terima. Dah, saya hantar awak naik’ Putus Khaidar sendiri.
‘I can handle him. Tak apa. Awak balik jer. Pandai lah saya.’ Aku mula buka pintu, tapi Khaidar tarik handle semula. Reaksi pantas dia mengejutkan aku.
Tangan kiri dia masih memegang handle agar pintu tutup rapat.
Aku pula spontan menyandarkan badan rapat ke kerusi.
‘This is not the time to show that you are tough Fia’
Aku rasa macam dia menyindir aku. Aku tolak tangan dan bahu dia.
‘Fia, I’m sorry. Saya bukan nak mengecil ngecilkan awak. I know you can take care of yourself. Tapi ni dah melampau. Kalau awak tak nak saya hantar awak balik. Saya hantar awak balik rumah Mummy.’ Punat central locked dia tekan.
‘Tak perlu nak exaggerated. Saya okay. Betul.’
‘Awak pilih, nak saya hantar awak naik ke, nak saya hantar awak balik rumah Mummy?’ Soalan yang aku rasa macam ugutan dari ketua pemberontak Taliban. Makin jelas urat halus di dahinya.
Aku tarik punat dan membuka pintu kereta. Serentak itu juga Khaidar memulas kunci kereta dan menukar gear reverse.
Aku ketap bibir.
‘Fine! Hantar saya naik. Tapi awak tak payah nak serang dia ke apa. Buat tak tahu jer’
‘What? Don’t tell me you like this guy?’
‘Memang taklah! He’s married. Dah nak ada anak dah pun!’
‘Astaghfirullahhalazim’
‘Karang kalau lebam bijik mata dia, risau pulak bini dia nanti’ Khaidar mendengus kasar mendengar ayat aku.
Aku tak kenal Hana, Isteri Farid. Tetapi sebagai seorang perempuan, aku tak dapat nak bayangkan apa perasaan Hana kalau dia tahu kelakuan suami dia yang gila macam ni. Bagi aku selagi dia tak mengapa apa kan aku, aku masih boleh handle Farid. Lagipun aku tak nak rosakkan rumah tangga orang.
Sebab tu memang kepantangan aku dengan lelaki yang bermulut manis dan bermata keranjang macam ni. Dekat rumah dah ada, masih lagi nak menggatal dengan yang kat luar. Dasar tak cukup satu! Aku memang anti lelaki playboy yang bajet diri dia bagus sangat sampai semua orang boleh tunduk dengan dia. Not Sofea Farhana!
‘Goodness Fia! Awak ingat saya ni gangstar ke? Dah, keluar!’ Khaidar memang nampak marah.
Dah la muka macam Taliban, mana lah aku nak tahu tahap temper dia macam mana. Buatnya dia belasah Farid karang macam mana?
Khaidar keluar dari kereta. Dia berjalan beriring dengan aku. Farid yang ternampak kami bingkas berdiri. Puntung rokok di campaknya ke pokok bunga di tepi longkang.
Aku pandang dia. Dia pandang aku. Khaidar di sebelah bermuka ketat berjalan tanpa memandang Farid. Apabila kami berselisih, tidak pula Farid menegur. Sebaliknya dia hanya mengekori pergerakan kami dengan pandangan tajamnya.
Khaidar yang tahu dia diperhatikan tiba tiba berhenti. Dia berpaling kearah Farid. Urat perut aku terasa bersimpul. Ya Allah. Janganlah dia debik malaun seorang ni.
‘Sorry, do I know you?’ Soalnya kepada Farid.
Farid terkejut apabila disoal secara tiba tiba. Seram sejuk tangan aku tengok muka sebaris dan tindakan spontan Khaidar.
‘Ermmm. Tak. Saya rasa tak kenal’ Jawab Farid teragak agak.
‘Really? Ingat kenal tadi. Saya tengok awak macam familiar’ Dia menghampiri dan menghulur tangan kepada Farid. Roman wajahnya bertukar manis.
Teragak agak Farid menyambutnya.
‘Khaidar’ Dia memperkenalkan dirinya sendiri. Perangai Taliban dia dah keluar dah...
‘Farid’
‘Duduk sini ke?’ Soal Khaidar mesra. Aku tahu... fake sangat tu.
‘Tak. Tunggu kawan’
‘Ooo. Kawan… hmmm… ‘ Khaidar urut jambang Taliban dia.
‘Encik Farid, saya just nak beritahu, hati hati ya. Sebabnya, tunang saya cakap, kat sini ada orang gila.’ Bila sebut pasal tunang, Khaidar pandang aku. Sesedap rasa dia je upgrade.
Tadi girlfriend. Ni dah tunang pulak. Bila sebut perkataan gila, dia pandang pula Farid. Makin bersimpul urat perut aku.
‘Tunang saya cakap, dia dah dua tiga kali terserempak dengan orang gila ni. Risau jugak saya... Kalau orang gila tu apa apa kan tunang saya, saya tak teragak agak belasah dia cukup cukup.’ Khaidar kembali memandang Farid serius.
Riak wajah Farid sudah berubah kelat. Dia hanya terkebil memandang Khaidar.
‘Owh. Ye ke. Errr..’ jawabnya sepatah sepatah.
‘Yup. So, you be carefull’ Khaidar hulur tangan sekali lagi.
‘Yea’ Jawab Farid perlahan dan menyambut salam.
‘Gerak dulu. Watch your back Farid’ Ujur Khaidar. Muka dia tak mesra dah. Dia dah buat muka segaris macam selalu. Dah keluar dah muka Taliban dia. Aku yang tengok pulak rasa kecut perut.
Farid hanya diam dan kami terus berlalu. Apabila dalam lif aku rasa memang kepala aku dah berputar ligat. Macam tak percaya saja apa yang berlaku. Mati mati ingat Khaidar nak belasah Farid tadi.
‘You ok Fia?’ Soal Khaidar apabila pintu lift sudah tertutup.
‘Fine, im fine’ Jawab aku tergagap.
‘Sure?’ Soalnya tetapi ada senyuman terjungit di bibirnya. Khaidar melirik kepada lengannya.
Astagaaaaa. Bila masa pulak tangan aku paut lengan dia nih?
Cepat cepat aku tarik tangan sendiri. Aku tengok hujung bibir dia ternaik.
‘Just so you know. Awak pegang lengan saya sejak dari saya salam Malaun tu lagi. You sure you ok?’
Ciskek betul. Rasa nak hantuk kepala sendiri dekat dinding.
‘Tingkat berapa?’ Soalnya bersahaja
Punyalah cuak sampai terlupa nak tekan butang lif. Kelam kabut aku tekan butang lapan. Khaidar ketawa kecil.
Aku hanya berdiam dan dia hantar sampai kedepan pintu rumah.
‘Sorry, saya tak jemput masuk. Memang undang undang tak boleh bawak lelaki masuk’
‘Good to know’ Balasnya.
‘Ermmm… Terima kasih sebab hantar saya balik’
‘No problem’
‘Terima kasih sebab sound Si Malaun tu tadi’ Aku hanya menunduk memandang plastic roti jala.
‘Sorry?’ Seolah olah dia tak dengar pula apa yang aku cakap.
‘Thank you for helping me’ Kasut adidas dia aku pandang. Tak sanggup nak tengok muka dia.
‘Does that mean, you owe me one?’ Kan aku da cakap. Aku bagi panahan mata Superman aku kat dia yang sedang tersengih.
Memamg keji.
‘I didn’t owe you’ Ya. Memang aku in denial sangat waktu aku cakap tu.
‘Okay, Tak apa. Nanti karang kalau saya jumpa lagi Farid tu kat bawah, saya cakap kita clash dah’
Pfft! Aku mendengus kasar. Khaidar hanya tertawa.
‘You don’t owe me anything Fia. Macam awak cakap, saya ni jer yang suka menyibuk.’ Lembut dan ikhlas tutur Khaidar. Sampai terdiam aku dibuatnya.
‘Dah lah Fia. Pergi masuk. Dah lewat ni. Kalau nak marah saya, marah je masa dalam mimpi awak’
‘Tak kuasa saya nak mimpi kan awak’
Khaidar hanya tersenyum.
‘Dah la. Pergi masuk.’
Aku hanya mengangguk. Bila pintu ditutup. Khaidar masih berdiri depan pintu sambil tersenyum.
Tak lama kemudian telefon berbunyi, menandakan ada mesej masuk.
Dari Khaidar.
- Tak jumpa pulak malaun tu kat bawah. Maknanya… kita masih belum clash!
Eeee. Tak kuasa betul!
Share this novel