BAB 34

Romance Series 10994

Malam tu aku tak dapat tidur.

Badan aku rasa letih tetapi otak aku masih ligat berfikir.

Sekejap aku mengiring ke kiri, sekejap aku mengiring ke kiri. Macam macam surah yang aku baca, tetapi hati aku masih tak tenteram.

Imej Dina dengan rambut serabai yang menangis di tepi jalan bermain main di fikiran aku.  Bersilih ganti dengan wajah tegang Khaidar memujuk aku, juga di tepi jalan.

Aku menekup muka dengan bantal.

Orang lain yang kena belasah, aku pulak yang emo. Bongok betul la ko ni Fia! Cepat sangat sentap.

Dah tu aku teringat pulak Dina menangis di dada Khaidar. Kemudian aku teringat pulak Afeeq menampar pipi Dina. Lepas tu aku teringat balik aku pergi tumbuk hidung mancung Afeeq.

Macam tulah, bersilih ganti babak babak siang hari aku sampai aku tak dapat tidur.

Akibatnya, pagi di pejabat Alia orang pertama yang tegur aku.

‘Engkau ada buat side job ke malam tadi Fia?’ Riduan yang mendengar komen Alia tergelak sambil angkat angkat bulu kening kat aku.

‘Entahnya, apa pasal zombie sangat?’ Soalnya sambil menghulurkan mug aku.

‘This zombie need coffee instead of brain’. Gumam aku lemah.

Sebaik rasa pahit dan manis kopi di lidah , aku menarik nafas lega… Aaahhhhhh..

‘Teruk sangat ke muka aku?’

Tiada jawapan tetapi kedua duanya mengangguk.

‘Masalah besar ke?’ Soal Aliya apabila Riduan sudah berlalu dari pantry.

Aku mengangguk.

‘Kau okay ke? What happened?’

Aku angguk kemudian aku menggeleng.

‘Bukan masalah aku pun, tapi somehow aku rasa terkesan’ Jujur aku berkata kepada Aliya.

Sudahnya aku ceritakan kepada Alia apa yang terjadi. Tetapi tidak lah aku ceritakan secara terperinci siapa yang terlibat. Aku cuma kata ‘Kawan Aku’.

Alia mengetap bibir. Siapa yang suka dengar orang kena pukul macam tu.

‘Habis tu macam mana? Tak buat repot polis’

Aku hanya jungkit bahu. Memang tu je yang aku mampu buat sekarang. Nanti kalau dah bertenang, aku akan cuba tanya Khaidar.

Bukannya aku dengan Khaidar tak nasihat dah malam tu. Tapi Dina tak mahu. Ke klinik pun tak mahu. Ke Balai Polis apatah lagi.

Dina bukannya rapat dengan aku. Tetapi walaupun masih singkat perkenalan kami, aku masih berasa bimbang tentang dia. Aku yang tak kena pukul ni rasa terganggu, ini kan pula Dina yang merasa sakit pedihnya. Tak dapat aku bayangkan perasaan Dina sekarang. Aku cuma berharap Dina tak apa apa dan dia dalam berkeadaan baik.

Khaidar pun tak ada update aku apa apa. Nanti kalau aku yang beriya bertanya, karang kena cop penyibuk pula. Dia mestilah lebih runsing dari aku, cinta hati dia yang kena diperlakukan macam tu. Terbayang wajah tegang Khaidar, kemudian bersilih ganti pula dengan wajah dia sedang ketawa sampai nampak lesung pipit ketika menggeletek Iman. Beza... Memang berbeza.

Sepanjang hari aku di pejabat, aku berharap supaya cepatlah jarum jam bergerak ke 5.30 petang. Aku cuba fokus dengan kerja tapi aku sudah tak sabar nak balik. Badan aku rasa penat, otak aku pun dah rasa tepu.

 You okay? – Luqman Danial

Okay – Aku memandang bilik Abang Luqman. Aku memang suka arrangement bilik dia dengan meja aku. Walaupun aku agak jauh dari dia, dan tak sedekat dia dengan Alia, tetapi meja aku ni, kalau aku toleh ke kanan, kalau pintu bilik dia terbuka, memang boleh terus nampak boss aku yang kacak dan berkarisma tu. Susun atur komputernya yang ke kanan memang membolehkan aku melihat side profile kiri Sang Luqman Danial tanpa sebarang ganggguan.

Tapi harini aku menyesal pulak duduk kat meja ni. Macam aku, dia juga ada full access nak tengok aku straight dari mejanya. Wajahnya beriak risau melihat muka aku yang sugul, tak berseri macam zombie kampung pisang ni agaknya.

You look tired. Demam ke? Nak abang bawak pergi klinik? – Sah la tu. Ni karang kalau aku face to face dengan dia, lagi banyak soal siasat kejap lagi.

Its okay. Balik ni karang nak makan panadol. Lepas tu tidur je – Bernas kan idea aku.

Ambil time off, pergi klinik bawah tu sekejap – Awww… Cuba korang cakap dengan aku. Macam mana aku tak cair dengan boss macam ni.

Tak payah la. Bukannya demam pun. Lagipun dah nak balik dah – Memang la boss aku baik, tapi aku bukannya suka amik kesempatan.

Tak demam? Period pain ke? – Aku pandang dia di dalam bilik. Aku buat muka.

Ish. Banyak tanya lah abang ni. Dah la, Fia nak buat keje. Nanti Boss Fia ingat Fia tak ada kerja pulak – Aku sambung menghadap komputer. Tak sampai beberapa saat…

Im personally sure your boss don’t mind. But being said that. I’m still waiting on the budgeting file for Kedai perabut S – Terus aku tepuk dahi.

            Masa aku keluar pejabat, Abang Luqman masih kusyuk menghadap komputer. Bila aku separuh perjalanan balik ke rumah aku menerima panggilan telefon darinya ajak aku keluar makan. Katanya nak pastikan aku makan dulu sebelum makan ubat. Tapi sebab aku dah tak larat sangat aku terpaksa dengan berat hati menolak.

My heart said yes but my body said no. Huhuhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience