Sebaik masuk dalam kereta, dagu aku ditarik agar dipaling ke wajahnya.
“Awak dah kenapa?” Suara Khaidar tinggi. Hilang Khaidar yang bertenang tadi. Yang ada depan mata aku matanya tajam. Dahinya berkerut. Urat di dahinya timbul jelas. Nafasnya turun naik.
Kenapa aku pula yang kena marah tiba tiba ni?
“Kenapa apa?”Aku marah balik
“Kenapa orang lain awak boleh lawan. Bila diri sendiri yang kena awak tak balas balik?” Marahnya lagi.
“Saya kena serang tau tak? Saya diserang hendap! Saya tidak bersedia” Aku jerit balik. Tertahan tahan nafas aku. Kenapa aku yang kena marah ni? Aku yang kena belasah tadi kan? Aku mencerlung merenung Khaidar. Nafas aku pun sama turun naik kencang.
“Kan awak ada tali pinggang hitam, kenapa awak tak balas balik perempuan gila tu?!” Soalnya lagi, masih bernada tinggi.
“Merah! Tali pinggang merah!” Aku jeritkan yang sebetulnya.
“Tak kira la merah ke hitam ke, awak bukannya lembik! Kenapa awak biarkan dia belasah awak macam nih? Tengok nih, nih!” Dagu aku di dongkat lagi. Aku tepis kasar tangannya. Towel kecik sudah ditangannya. Sekali lagi dagu aku dipegangnya.
“Ni, dah berdarah macam ni pun masih nak degil?” Dia ketap bibir menahan marah. Dia bermuka bengang. Aku rasa muka yang ni lagi tegang dari tadi semasa dia hampir bertumbuk dengan Farid tadi. Darah di hujung bibir kiri sudah mahu dilapnya. Aku tolak tangannya kasar. Dia cuba sekali lagi memegang dagu aku. Aku tepis lagi. Bahunya aku tolak kasar.
Dia tenung tajam aku. Nafas turun naik. Mendengus kasar.
Aku pun tenung dia tajam. Nafas laju. Ketap bibir.
“Awak ni memang degil!” Sapu tangan di lepaskan kasar di pangkuan aku. Aku baling balik ke muka dia.
Hati aku pedih.
Sudahlah dituduh perempuan sundal.
Perampas suami orang.
Dibelasah di khalayak ramai.
Dimalukan di depan pejabat.
Di istiharkan bakal menjadi isteri orang depan Abang Luqman
Dan sekarang. Khaidar naik angin dengan aku pulak! Bukannya hendak dipujuk tapi dimarahi seolah olah aku yang bersalah. Aku rasa nafas aku tersekat. Ada air panas bertakung dimata.
‘Jangan nangis Fia. Takkan dah kene belasah sikit pon kau nak nangis’ Aku cuba kawal perasaan diri.
Tetapi hati aku remuk. Berkecai retak berjuta juta. Aku sangat berkecil hati.
Khaidar mendengus kasar. Wajahya di raup. Rambut diselak ke belakang. Aku yang kena belasah dia pulak yang kusut.
“Sakit tak?” Soalnya ketika sudah bertenang. Nada suaranya tidak lagi tegang. Aku angguk perlahan.
Dagu aku sekali lagi ditarik agar menghadapnya tetapi kali ini lembut. Tak daya aku nak memandang wajahnya. Sudahnya butang baju di lehernya aku tatap. Aku tahu dia meneliti wajah aku yang lebam lebam.
“Kat mana lagi yang sakit?” Lembut suaranya. Pertanyaannya yang berbunyi ikhlas itu seperti memujuk hati aku.
Aku tak menjawab.
Hati aku yang lebih terasa sakitnya.
“Sorry I yell at you” Ujurnya cuba berlembut sambil mengesat perlahan hujung bibir aku.
Entah kenapa, walaupun puas aku tahan tetapi gugur jugak air mata yang cuba aku tahan dari tadi. Cepat cepat aku cuba kesat.
Dia tidak berkata apa apa tapi dia lebih dahulu mengesatnya lembut.
Aku menarik nafas panjang supaya air mata aku tak keluar lagi. Cukuplah sebutir yang berjaya ditangkap Khaidar tu.
“Look at me Fia” Arah Khaidar
Perlahan lahan aku lihat ke matanya.
Tak ada bicara yang keluar dari mulutnya. Hanya cahaya mata dan riak wajahnya yang seakan akan berkata kata kepada aku.
Im here. You gonna be okay Fia.
Aku rasa ada benda tersangkut di kerongkong aku.
Hujung bibir aku yang masih bersisa darah dilap dengan ibu jarinya.
Nafas aku tersekat.
Jangan nangis fia. Jangan nangis depan Khaidar.
Dia menarik nafas panjang. Tepi kepala aku di elusnya lembut.
“Saya hantar awak balik ya”
Dan aku hanya mampu mengangguk lemah.
Share this novel