BAB 29

Romance Series 10994

Ketika kami sampai di Sports Planet Subang Jaya, beberapa gelanggang sudah di penuhi pemain. Beberapa gelanggang sudah ada yang rancak bermain futsal. Ada juga yang sedang bermain badminton di gelanggang badminton bersebelahan.

Dari jauh aku nampak Dina di bangku menghadap gelanggang dimana beberapa orang lelaki sedang memanaskan badan. Dia sedang berbual bual dengan seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan Khaidar.

‘Yo K! Lambatnya sampai! Laaa... Patut laaaahhhh... bercinta ke dalam kereta?’ Terdengar laungan seorang lelaki dari tengah gelanggang. Dia yang sedang berlari lari anak mengelilingi padang tergelak gelak sendiri. Suka benar dia sampai beberapa temannya yang lain turut menyambut ketawanya.

‘Aku bawak precious cargo bhai, mestilah kena bawak with extra care!’ Khaidar membalas laungan Si Pelaung.

Automatic semua mata memandang kami yang sedang bergerak kearah mereka dan aku rasa pipi aku panas.

‘Sorry, diorang ni memang sengal sikit. Selalu gurau kasar. Just ignore them...’ Kata Khaidar sambil tersenyum sengetnya.

"Diorang ni kawan sekolah ke kawan zaman kindergarten? Perangai macam budak budak" Geram jugak aku, tak memasal jadi perhatian macam ni. Jangan letak aku Kat spot light please.

" Alolo... Jangan lah marah. Awakkan nak jadi cheerleader saya" Khaidar sempat berkata sebelum Dina meluru kearah aku dengan senyuman lebarnya. Tak sempat aku nak siku rusuk mamat taliban ni.

‘You’re here! Tak sia sia I paksa Khaidar suruh bawak you!’ Dina yang sentiasa over friendly meraih aku dalam dakapannya dan air kiss pipi aku.

Aku? Layankan aje. Tadi aku dah tanya Khaidar, kenapa sampai sekarang dia tak beritahu Dina tu yang aku bukannya bakal isteri dia pun. Khaidar cakap;

"I have my reason not to tell"

Aku pusing mata. Menyampah betul bila dia keluar nada Mr. Taliban dia tu.

"Kalau Dina kepoh kepoh dengan kawan kawan awak macam mana?"

"I already told her not to kepoh about it"

"Boleh percaya ke?"

"It's Dina. I trust her"

Memanglah aku geram. Rasa dipergunakan. Diperkotak katikkan.

Tapi bila dia dah jawab macam tu. Aku rasa...Kesian.

Tak sangka di sebalik muka bajet hot, bajet cool good good dia tu, dia ni... mangsa cinta tak berbalas juga.

Dia dengan aku sebenarnya, sama je kan? Insan insan yang cinta tidak berbalas...

‘Tu lah, Khaidar ni ha, beriya nak I datang. Dari hari rabu call I merengek rengek ajak I ikut. Nak I cheer untuk dia katanya. Ngada ngada kan’ Tak tahu lah sebab aku kesian ke, sebab rasa nak flip tudung ke... Kemain beriya pulak aku berlakon jadi dotting girlfriend Si Taliban ni ha.

Khaidar angkat bulu kening sebelah, tetapi ada senyuman terjungkit dibibirnya.

‘Of cous sayang honey bunny, barulah I semangat sikit nak main’ Pergh, bukan main lagi. Sampai arnab pun melompat keluar dari mulut dia.

‘Awww, Anything for you sugar pie, pumpkin boo…’ Aku muntah hijau sebenarnya kalau korang nak tahu.

‘So sweet la korang nih. Tak sangka I Khaidar jadi macam ni bila dah jumpa you’

‘Really, I thought dia memang charming macam nih’ nampak tu. Lembut gigi dari lidah.

‘You memang lucky la Fia’

Aku ketawa sambil Khaidar sudah membuka begnya, namun sempat dia bersuara.

‘Girls, behave sikit please. Jaga sikit my waterface in front of my boys okay’

Pandai pulak dia nak jaga macho dia depan kawan kawan dia. Aku mencebir.

Dibalasnya dengan kenyitan mata pada aku. Kemudian dia berlalu ke bilik persalinan untuk bertukar ke pakaian sukan.

Sempat aku berbual bual dengan Dina. Dia yang memperkenalkan aku kepada kawan kawan sekolah Khaidar termasuklah teman lelakinya sendiri, Afeeq.

Aku juga sempat berkenalan dengan Isteri Hasyim yang sedang berbadan dua bernama Marina dan anak lelaki mereka yang berumur enam tahun  bernama Imaan. Sikap ramah dan sopan Marina membuatkan aku senang berbual dengannya.

Tahulah aku Khaidar dan Hasyim merupakan kawan rapat sejak sekolah menengah. Khaidar pula berkawan dengan Dina dan Afeeq semasa di university membuatkan mereka selalu keluar bersama. Aku hanya mendengar cerita persahabatan mereka.

‘Dah masuk berapa bulan ni Na?’ Soal Khaidar sambil mengikat tali kasut adidasnya. Kemudian dia melompat lompat setempat untuk memanaskan badan.

‘Dah nak masuk 4 bulan Dar’

‘Imaan dah nak jadi abang dah’ Ujurya sambil tersenyum kearah Imaan yang sedang bermain bola tangkis seorang diri. Bulu tangkis itu dianggapnya kereta agakanya sebab diheretnya diatas lantai sambil membuat bunyi enjin melalui mulutnya.

‘Itu la. Excited dia, hari hari tanya bila baby nak keluar’ Tersenyum aku mendengar perbualan mereka. Comelnya zImaan, tak sabar nak bertemu adiknya.

‘Dia dah boring main sensorang la tu’ Balas Khaidar lagi. Sambil itu badannya dilentur ke kiri dan kekanan.

‘Kau kahwin la cepat Dar. Nanti mesti ramai kawan dia’ Marina mengenyit mata kepada Khaidar. Aku berpura pura tak dengar, tetapi dari hujung mata aku nampak mulutnya mengarah kepada aku.

‘Kau doakan lah. Insyaallah, kalau dah tiba masanya. Ada juga…’ Jawab Khaidar tenang.

‘Insyaallah Dar’ Marina tersenyum dan kemudian Khaidar berlari lari anak masuk kegelanggang.

Khaidar banyak bermain posisi sayap. Sesekali dia turun ke kawasan lawan menggelicik bola untuk dihantar kepada Afeeq. Dina yang paling kuat bersorak untuk jejaka idamannya. Aku hanya bertepuk dan menjerit apabila pasukan pihak lawan sudah mengatur serangan. Cemas apabila bola menghampiri gawang pasukan Khaidar.

Ada ketika terjerit juga aku. Kalau dah tengok perlawanan bola depan mata, feel dia memang lain macam sikit. Sabar Fia. Jangan nak over sangat okeh!

Sebelum habis separuh masa pertama, jaringan gol sudah terikat 1 -2. 1 untuk pasukan Khaidar, 2 untuk lawannya. Masuk minit minit terakhir, aku tengok kedua pasukan semakin memperkuat serangan dan mengetatkan pertahanan.

Aku mula gigit jari apabila bola sudah berada di kaki striker pasukan lawan. Dia berlari laju sambil mengawal bola menghampiri gol pasukan Khaidar yang bernama The Gonjengs. Aku dan Dina sudah sama cemas. Terjerit kami melihat pergerakan lincah pemain berjersi no 7 pasukan lawan itu.

Tiba tiba Khaidar muncul dan berada didepan penyerang lawan yang berjersi 7 itu. Khaidar sekejap ke depan sekejap kebelakang seperti mahu mengacah acah. Aku pun tak tahu apa yang berlaku tiba tiba saja bola sudah berada di kaki Khaidar. Gemuruh terdengar sorakan penonton di luar padang. Aku dengan Dina sudah berdiri dan terjerit jerit.

Dia berlari mengawal bola menghampiri kawasan lawan. Dia berhenti sebentar dan mengangkat tangan diudara seperti memberi isyarat kemudian dia membuat satu sepakan lintang tinggi berhampiran pintu gol. Afeeq yang tiba tiba muncul, menanduk kencang bola ke sudut kiri pintu gol. Tidak sempat ditahan penjaga gol lawan, bola sudah berada di dalam jaring.

Gegak gempita sebentar luar dan dalam kawasan gelanggang. Aku pun turut sama bersorak. Khaidar dan kawan kawannya meluru kearah Afeeq dan saling berpelukan. Senyuman lebar sesama mereka kerana berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Wisel berbunyi menandakan masa pertama sudah berakhir.

Aku sambut kehadiran Khaidar dengan senyuman. Dia menunjukkan botol air nya di bag mahu aku ambilkan. Aku hulurkan kepadanya tetapi disuruhnya aku bukakan. Aku turuti saja. Mahu bermanja gamaknya. Ni karang kalau dia suruh aku suapkan memang aku simbahkan kemuka dia sekejap lagi. Mujur dia pandai minum sendiri.

Aku lihat Dina sedang mengelap peluh di dahi Afeeq. Khaidar yang nampak aku memerhatikan Dina dan Afeeq tetiba medekat kepada aku dan menundukkan kepalanya. Seolah mahu aku lap peluh dia juga. Memang tak lah! Aku buat muka kepada dia. Tergelak besar dia.

‘Nah minum air’ Hulurnya.

Aku teragak agak mengambil botol airnya.

‘Saya nampak awak melompat menjerit nama saya tadi. Nah, mesti tekak awak dah keringkan?’ Ujurnya sambil tersenyum senget.

‘Tolong sikit, saya sokong Team The Gonjengs OK.’

‘Cakap jer la, you enjoy being my cheerleader... right?' Usiknya lagi sambil angkat angkat bulu kening.

‘Perasannn. Dah lah! Saya nak beli air’ Terus saja aku berlalu meninggalkan Khaidar yang sedang ketawa. Suka sangat kalau dapat menyakat aku.

Sebenarnya memang kering tekak aku duk menjerit nama dia tadi. Tapi mana boleh mengaku depan dia beb!

Sekembali ke tepi gelanggang aku tengok Marina sedang bermain badminton dengan Imaan di gelangang badminton sebelah. Aku duduk di tepi sambil bersorak nama Imaan. Geli hati aku tengok keletah Imaan yang cuba memukul bulu tangkis. Manjang miss pukulannya. Marina pula sabar melayan kerenah anak sulungnya itu. Hanya sekali sekala Imaan dapat membalas pukulan Uminya.

Setelah seketika Marina berhenti bermain .

‘Imaan, Umi rest sekejap ya. Kejap lagi sambung ya. Meh sini’ Panggilnya.

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah aku.

‘Mengah!’ Ujurnya lelah. Air Mineral yang aku hulur kepadanya disambut. Imaan masih di gelanggang cuba memukul bola.

‘Umi, cepatlah. Jom lah main. Umi!’ Jeritnya bermuka cemburut. Kasihan pula aku kepada Imaan yang beriya nak bermain dan kepada Si Ibu yang sudah kepenatan.

‘Tak apa kak, saya ganti tempat akak’ Marina hanya mengangguk sambil tersenyum.

Aku ajarkan Imaan bagaimana mahu memukul bulu tangkis. Aku pegang kan tangannya. Setelah berapa ketika dia sudah pandai memukul bola tinggi. Kemudian aku ajarkan kepadanya bagaimana hendak membalas pukulan. Botol bulu tangkis aku selitkan di celah ketiak supaya senang aku ambil dan bagi servis kepadanya. Berulang ulang aku memberi bola tanggung kepada Imaan dan menjerit kegirangan dia bila berjaya memukul bola. Terjerit jerit Marina di tepi gelanggang.

‘Kejar Man, kejar!’

‘Belakang sikit Imaan, Ha kiri kiri’ Marina memberi arahan.

Apabila Imaan berjaya membalas pukulan tak putus putus pujian kepada anaknya.

‘Wah, pandainya anak Umi!’

‘Good boy! Yeah!’

Aku pun sama jadi coach impromptu Imaan.

‘Auntie, Imaan nak pukul laju laju, Auntie pukul balik ya!’Jeritnya.

‘Okay, jangan kuat sangat nanti auntie kalah’ Aku berpura pura cemas. Semakin naik api semangat di matanya.

‘Auntie cubalah dulu’ Wah, bijaknya budak ni. Ayat aku ajar dia tadi digunakan balik untuk aku. Tertawa aku dengan keletahnya.

Bersungguh  dia membalas bola tanggung aku dengan sekuat hati. Aku berpura pura tidak berjaya membalas pukulannya dan jatuh tertiarap. Dia bersorak gembira.

‘Yeay, Auntie kalah. Auntie Kalah! Wek wek..’ Ulangnya sambil terlompat lompat.

‘Wah, hebat sangatlah Imaan ni, kalah la auntie macam ni…’ Aku berpura pura merajuk di tengah gelaggang.

‘Imaan, tak baik buat macam tu, pujuk Auntie balik’ Marina sudah bersuara tegas

‘Imaan buat Auntie ya?’ Tiba tiba terdengar suara Khaidar di tepi gelanggang. Bila pulak dia muncul.

Kemudian Hasyim pula muncul dan duduk di sebelah Marina.

‘Okay okay’ Imaan sudah berlari kearah aku. Cemas dia agaknya apabila ternampak Hasyim.

‘Auntie, jom lah main dengan Imaan balik’ Pujuknya.

‘Kiss dulu’ Aku sengetkan kepala menghalakan pipi kiri kepadanya.

Muah! Ciuman hangat dari Imaan singgah di pipi aku. Kami sama sama tersenyum.

‘Dah dah, Imaan geng dengan Auntie lawan Uncle Dar’ Khaidar tiba tiba mencelah. Ditangannya sudah ada sebatang raket berjenama Yonex. Dilibasnya raket kekiri dan kekanan.

‘Alah sibuk lah Uncle Khaidar ni, pergilah main futsal tu’ Aku sudah bercekak pinggang.

‘Futsal dah habislah Auntie’

‘Aik dah habis, dah kalah ke?’

‘Kalahlah sayang. Awak tak ada jadi cheerleader saya, terus tak semangat nak main’ Tersenyum senyum dia menyakat aku.

‘Amboi Dar, bukan main lagi’ Terdengar Marina bersuara dan di sambut siulan nakal dari Hasyim.

Aku hanya mencebir. Menyampah aku dengar perkataan sayang yang penuh kepura puraan itu.

Dia sudah berada bertentangan dengan aku dan Imaan. Khaidar membuat pukulan pertama yang dituju pada Imaan. Bola tanggung berjaya disambut Imaan, walaubagaimanapun, pukulannya tak cukup kuat untuk sampai semula kepada Khaidar. Sebelum sempat bulu tangkis jatuh ke lantai aku sambut dan balas semula kepada Khaidar. Begitulah kami bermain secara tiga penjuru. Berulang ulang bulu tangkis melantun antara Imaan, Aku dan Khaidar. Riuh dengan sorakan dari pasukan Imaan yang terdiri daripada Marina dan Hasyim.  

Aku tak berjaya membalas pukulan servis padu yang aku rasakan disengajakan Khaidar.

‘Hah, tengok Imaan. Auntie Fia tak terel. Uncle terel kan?’ Dengan budak budak pun nak berlagak. Dasar narcissist la mamat ni.

‘Siapa tak dapat balas, jatuhkan bola ke lantai, dia kalah’ Sambung Khaidar lagi.

‘Okay!’ Sahut Imaan. Bola tanggung di balas tinggi oleh Imaan kepada Khaidar. Peluang. Dan dia membalas laju bulu tangkis menghala ke arah aku. Tak sempat aku balas, bola sudah bergolek di atas lantai gelanggang.  

‘Auntie kalah! Auntie kalah!’ Ulang Imaan sambil terlompat lompat.

Perlakuan Imaan turut di tiru Khaidar.

‘Auntie kalah… kaaalahhh!’ Jeritnya sambil mencebir dan menggoyangkan kepalanya ke kiri ke kanan.

Heishh. Geram jer aku tengok. Kalau Imaan buat macam tu, ya lah comel. Dia ni dah serupa apa tah aku tengok.

Memang nak kena nih.

Bulu tangkis aku pukul kuat secara mendatar kepada Khaidar.

‘Ha, HAMIK!’ Aku jerit sambil aku pukul lagi berkali kali.

Tergelak gelak Imaan apabila bulu tangkis mengenai Khaidar. Dia pun turut sama membaling bulu tangkis kepada Khaidar.

‘Owh, Imaan tukar partner ya, nak kena budak berdua ni. Meh sini’ Ujur Khaidar sambil mengangkat tangan macam raksasa di udara.

‘Kejarrr!’ Jeritnya.

Bertempiaran aku dan Imaan berlari kebelakang. Tergelak gelak Imaan di kejar Khaidar.

Bulu tangkis yang berada di sekitar dikutip dan dibaling pula kepada aku dan Imaan. Hisyam dan Marina juga turut sama tumpang sekaki membaling bulu tangkis.

Cis ini tidak adil. Mana PBB nih?!

Imaan menyorok di belakang aku. Khaidar berlari kearah kami sambil membuat bunyi bunyian raksasa. Imaan di belakang aku ditangkap dan dijinjingnya. Dibawa di depan Hasyim dan Marina kemudian digeleteknya Imaan sehingga tak keluar suara budak itu ketawa.

Aku memerhati. Tak sangka Si Taliban ni pandai bergurau. Dalam galak ketawanya, dia toleh kepada aku dan aku terperasan sesuatu yang aku tak pernah perasan selama ni.

Si Taliban ni. Sejak bila dia ada lesung pipi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience