BAB 28

Romance Series 10994

Pintu keretanya aku hempas.

Sempat dia menjeling aku yang tarik tali pinggang keselamatan kasar.

‘Where are we going?’

‘Saya nak pergi main futsal’

‘Awak yang nak main, apa pasal pulak saya kena angkut sekali?’ Sambil bercakap aku cuba tahan dari menguap depan dia.

‘Saja’ Jawabnya ringkas

Ada jugak yang mati kena jerut dengan tali bag aku kejap lagi ni kang…

‘Apa pasal tak bawak girlfriendsss awak yang reramai tu…’

Dia pandang aku sambil angkat kening sebelah. Senyuman dia tu macam, ‘Awak kan bakal isteri tak jadi saya’ vibe’

‘Puhlesss laaa… Jangan nak mengada! Asal tak ajak Dina je?’

‘She will be there…’ Jawabnya bersahaja.

Eh Eh kau ni.  

‘Then, why am I here?’ Sekali lagi aku tahan mengantuk dan tahan marah dalam waktu yang sama.

Macam cakap dengan tembok, Khaidar hanya focus dengan pemanduan sahaja.

‘Dina your special someone awak tu kan dah ada. Mowtif nak bawak saya jugak?’ Aku sudah mula nak hangin ni.

‘Dina will be there. Afeeq also will be there’

‘Who’s Afeeq?’

‘Dina’s boyfriend’

Aku terkebil kebil. Apakah? Wait…

‘Hold on. Don’t tell me you want to make Dina jealous or something’ Aku pandang Khaidar annoyed.

Dia hanya senyum tersungkit.

‘Don’t tell me you want me to act like you girlfriend or something’ Suara aku dah start naik ni.

Dia masih lagi tersenyum. Dia pandang aku sambil kening terangkat.

‘Awak yang cakap. I’m not saying anything’ Dia jawab sambil masih tersenyum. Jambang dia yang berceratuk tu diurut urutnya beberapa kali.

‘Memang tak lah! I’m not your girlfriend okey’

Khaidar ketawa.

‘Up to you… Tapi Dina already know that we’re getting married what’

‘Peduli apa saya’

‘Cemas sangat kenapa? Berlakon je pon. Saya pernah berlakon jadi boyfriend awak apa. Eh Tunang…’ Dia angkat kening sebelah sambil riak muka yang mintak kaki aku.

Mengungkit lah tu!

Eeeeee….

‘Habis saya nak kena buat apa pulak?’

Khaidar ketawa besar mendengar soalan aku.

Dia ni dah kenapa pulak. Kena sampuk ke apa? Aku tampo kang.

‘Awak lepak je dengan Dina’

Boring gila. Haih

‘Selalunya Dina buat apa?’

‘Dina? Dina.. She always cheering on Afeeq’

Dan mulut aku melopong.

‘Abis awak saya nak buat apa? Nak cheer awak jugak?’ Nada aku sarkastik

Khaidar mengangguk sambil buat muka comel. Tak comel okay dengan muka berbulu macam tu. Macam nak tampo je.

‘Nak saya cheer awak? … K- for Khaidar, H-hebat, A-awak I-Itu, D- disana, A-Awak,  R-rock…, macam tu?’ Aku jerit jerit ala ala cheerleader sambil tergagap gagap dan suara terkemek-kemek.

‘Brilliant!’ Khaidar ketawa besar

‘Tambah spunk lagi. Baru lah macam Jessica Alba’ Tambahnya

‘Apa spunk spunk, spank nak?’

Aku angkat tangan

‘Pun boleh jugak’ Sambil mendekatkan muka ke tangan aku

Aku ketap bibir. Aku marah dia main main pulak.

‘Apasal mata awak macam panda’ Soalnya tiba tiba

‘Saya tak cukup tidur’

‘Awak buat apa malam tadi? Ada orang kacau?’

‘Saya baca novel sampai 4 pagi’

Sebenarnya lepas aku dapat mesej dari nombor tak dikenali yang memaki aku tu, aku tak dapat tidur. Aku rasa terganggu.

Aku nak balas mesej tu. Tapi kalau aku balas karang aku rasa macam aku melayan pulak kegilaan perempuan tu.

Sebab duk terkebil kebil aku capai buku cerita. Tahu tahu dah empat pagi.

 ‘Habis tak baca?’

‘Tu yang sampai pukul 4 pagi tu. I couldn’t put it down.’ Aku baca part yang best best je. Kalau ikutkan, 24 jam tak  boleh buat apa, kalau nak habiskan buku tu.

‘Cerita apa yang awak baca’

‘You will not be interested’

‘Try me’

Dah dia yang suruh try, aku mulalah bercerita pasal Novel karya Melur Jelita bertajuk 'I Love You Stupid". Buku yang dah berulang ulang aku baca dan masih tak pernah jemu aku membacanya.

Isi ceritanya yang mengisahkan Iris yang berdikari dan kisah percintaan yang penuh cabaran bukan kisah klise cerita novel biasa.

Firman Ebrahim adalah impian mana mana hopeless romantic macam aku ni. Tough guy, protector, penyayang, unconditional love.

‘Abang pedas?’

‘Yup, Hot stuff’

‘Seriously? You do know that guys like that only exist in books right?’

‘Why not?’                                                                                              

‘Mana ada lelaki yang perfect macam tu dalam dunia nyata ni Miss Nerd.’

‘Memang takde, tapi dia perfect untuk Iris.’

Wait.What? Nerd…?

Dia ni kalau nak mengutuk aku memang nombor satu.

‘Mesti awak berangan nak jumpa Mr Perfect awak jugak kan?’ Soalnya. Wajah Abang Luqman terus terbayang dibiarai mata aku .

‘He doesn’t have to be perfect. He just need to be Mr Right. Right for me’

'Saya ni mesti Mr Left you kan?’ Soalnya tiba tiba.

‘Nope..’

‘Nope?’

‘Nope…’

‘Abis tu?... Mr Perfect?’  ‘– Absolutely Not!’

‘Mr Smart?’ ‘- You wish!’

‘Mr Awesome?’ ‘– So vain!’

‘Mr Oh My God He is So Handsome?’’ "– Have you heard of a word called mirror?’

‘Come on… I thought chicks digs beard’ Sambil usap janggut.

‘Sometimes. But, in your case…dah macam Taliban dah’

‘What?’

‘Yup. Macam ISIS. Terrorist. Awak ni…Mr Taliban!’’

‘Seriously?’

Aku tahan gelak sendiri. Kelakar pulak tengok muka tak puas hati dia

‘Am I that bad?’ Ada sedikit riak tidak puas hati terpamer di wajahnya.

Hmmmmm

‘Your appearance not as bad as your attitude’

‘What was that supposed to mean?’

‘Saya baru cakap awak ni Mr Taliban. Go figures’

‘Ouch!’ Khaidar pegang dada seperti baru lepas kena tembak.

‘Cakap orang macam Taliban lah, suruh tengok cermin lah. Tu… bags bawah mata tu nak bawak pergi mana Cik Panda?’

Heiiiiiii….

Terus aku alih cermin pandang belakang. Memang ada lebam bawah mata. Abang pedas punya pasal.

‘Nak pergi mana lagi? Dah kena kidnap by Mr Talibanlah, pergi Futsal!’

Dia ketawa meledak. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience