Hujung minggu aku hanya bermalas malasan di rumah. Kalau tak ada sebarang aktiviti memang aku suka melepak je kat rumah. Bangun pagi pun sengaja aku lambat lambatkan. Bila lagi nak bermalas malasan macam ni. Hujung minggu la!
Waktu nilah masa nak kemas bilik, basuh baju, lipat baju, gosok baju. Lepas tu boleh layan novel atau layan drama Korea se-episode dua. Recharge orang putih cakap.
Minggu ni pula Suzanna tiada sebab balik ke rumah kakak dia di Rawang. Lagilah aku rasa macam nak melekat je atas katil ni.
Sebelum aku bangkit dari katil sempat aku tengok notification Fac. Ada 2 jemputan majlis kahwin kawan kawan zaman sekolah.
Haih...Memang dasar forever alone lah aku nih. Ada orang nak kenenkan, perangainya tak semenggah pula, siap dah ada girlfriend lagi.
Teringat insiden di One Utama haritu. Mujur mak pun tak ada call aku lagi tanya perkembangan pasal Si Taliban tu. Tapi kalau mak tanya pun aku jawab jer la Si Taliban tu dah ada girlfirend. Apa susah. Nak takut sangat mak marah buat apa. Bukan salah aku pun.
Kes kes sebelum ni memang la sebab aku yang mengelat bila ada yang nak berkenalan. Sudahnya aku disembur Mak sebab pihak sana kata aku buat boh layan.
Teringat aku calon calon yang pernah dikenalkan kepada aku. Nak kata aku memilih... Ya! Memang aku memilih. Sedangkan beli sayur Kat pasar pun kena pilih. Inikan pula pilih bakal suami.
Takkan nak tangkap muat saja. Ini pasal masa depan aku kut. Kenalah pastikan lelaki tu ada ciri ciri seorang Khalifah. Maksudnya, yang boleh membimbing. Kalau dia nampak terurus, pastinya dia boleh membimbing dan bertanggungjawab keatas diri dia. kemudian, barulah ada ciri boleh membimbing kita. Kann?
Itu antaranyalah.
Bukan aku tak pernah cuba, pernah. Tetapi... rasa tak serasi.
Hati aku tak terbuka untuk mereka.
Sungguh pun tahu aku kuat mereject, tapi diorang ni tak pernah putus asa nak kenen kenen kan aku.
Aku sebenarnya malas nak fikir pasal perkara ini. Lagi pun, Aku rasa selesa dengan kehidupan aku sekarang. Aku ni walaupun anak bongsu, tetapi jenis yang berdikari. Lagi pun hati aku...
Lagu ‘Happy’ nyanyian Pharrel Williams yang berbunyi dari telefon bimbit memecahkan lamunan aku.
Satu nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin.
‘Assalamualaikum’ Terdengar suara lelaki dihujung talian.
‘Waalaikumsalam’
‘May I speak with Sofia’
‘Yes, This is Sofia, may I know who’s on the line?’
‘Hi Sofia. This is Khaidar’
‘Khaidar?’ Aku terbangun dari pembaringan.
‘Yes... Khaidar’
Aku kaget sebentar. Lama juga aku terdiam.
‘Hello...’ Terdengar suara Khaidar dihujung talian.
‘Ya ya hello...Err, What can I help you Encik Khaidar’ Sumpah aku blur.
‘Boleh kita jumpa?’ Soalnya.
‘Jumpa? Errr.. untuk apa ya?’
‘Saya nak discuss pasal kita.’
‘Huh?’
Pasal kita? Kita? Pelik benar aku dengar statement itu.
‘Awak duduk dekat Apartment D’Puncak kan?’
Aku terdiam lagi...
‘Eh sekejap, kenapa dengan kita?’
Khaidar terdiam mendengar pertanyaan aku.
‘Saya rasa better kita jumpa, senang sikit nak cerita’ Dahi aku pulak berkerut. Nak cerita apanya. Bukan cerita kita dah setel ke?
‘Cakap jer lah kenapa. Tak perlu nak jumpa kut’
‘I insist. Its important’ Jawabnya tenang tetapi tegas.
‘Pukul 2 petang saya datang jemput awak’ Sambungnya lagi.
‘Eh, tak perlu jemput saya…Err… perlu ke jumpa?’Aku masih menolak.
‘I think its better we meet up. Its kind of important. I insist’ Ulangnya lagi lebih tegas.
Tak sedap hati betul aku.
‘Boleh bagi hint sikit tak pasal apa? Kenapa pulak nak kena berjumpa bagai? Cakap telefon tak boleh ke?’
‘Since you have so many question, better that we just meet. I’ll answer everything’ Jawapan dari Si Taliban ni macam sinis jer di telinga aku. Aku rasa macam panas hati pulak tiba tiba.
‘Pukul 2 saya jemput awak’ Sekali lagi dia ulang.
‘Tak perlu. Saya pergi sendiri. Cakap jer nak jumpa kat mana’ Nada suara aku sudah ada macam annoyed sikit.
‘Okay, kalau macam tu, pukul 2 dekat The Curve. Saya tunggu dekat Ittalianies’
‘Okay’
Setelah putuskan talian, bermacam macam persoalan bermain main dalam fikiran aku. Entah kenapa hati aku rasa tak senang. Mula la segala mak nenek urat dalam perut aku rasa bersimpul.
Tah tah dia nak berterima kasih kat aku kut. Sebab pasal kejadian kat OU haritu!
Aku tersenyum sendiri cuba mengusir rasa tak best yang tiba tiba muncul.
Share this novel