‘Ucu yang belah kiri tu ucu!’
Terdengar suara Adam memberi arahan dari bawah pokok.
‘Kiri lagi... kiri!’ Jerit Adam lagi.
Gigih aku menghayun buluh halus ke dahan dimana buah manggis bergayutan.
‘Apa tak kena ni ucu? Kuat la sikit!’ Arah anak buah aku yang berusia tujuh tahun itu.
Bukkkk.
‘Adoi!’ Adam menggosok kepala.
Haaaa kan da kena.
‘Padan muka! Mengarah jer pandai!’ Meletus ketawa aku tengok muka tak puas hati dia.
‘Sakit la ucu!’ Jeritnya lagi sambil berlari kearah buah manggis yang baru jatuh dan bergolek di atas tanah.
‘Ucu, Adam dengar macam nama ucu kena panggil lah’ Adam sudah kembali berada bawah pokok. Sudah sebaldi manggis kami kutip petang ni.
‘Siapa panggil?’ Sambil tangan aku masih sibuk menghayun buluh di sebelah kiri. Mata aku terarah pada buah buah manggis berwarna kehitaman yang berkelompok.
Ni kalau aku hayun sekuat hati maun bededai dedai jatuh ni.
Dalam kedudukan mencangkung dan tangan kanan memaut erat batang pokok, buluh di tangan kiri aku hayun sekuat hati.
‘Kuat lagi ucu!’ Adam jerit bagi semangat. Nampak sangat buah manggis lagi penting. Soalan aku tidak dijawabnya.
‘Jauh sikit Dam, karang kena hempuk lagi kang!’ Aku hayun buluh sekuat hati.
Nah, berdebuk bunyi buah manggis jatuh ke tanah.
‘Yeay! Cayalah ucu!’
‘Wooohoo!’ Aku dan Adam menjerit diatas kejayaan kami menggegar pokok manggis yang berada di kawasan belakang rumah dan paling ke dalam dari kawasan halaman belakang. Agak tersorok di antara pokok pokok lain.
Berlari - lari Adam mengutip buah manggis yang bergolek.
‘Hah, kiri tu Dam, Kiri. Hah, yang kanan tu pulak. Dekat bawah pokok rambutan tu Dam!’ Aku menjerit memberi arahan dari atas pokok. Saja aku buli Adam yang berlari ke kiri ke kanan.
Hati aku masih tak puas. Aku kembali meninjau buah manggis yang masak ranum di celah daun. Alang alang aku tengah semangat ni baiklah aku gugurkan dari dibiar buruk diatas pokok.
‘Ucu, Adam rasa ada orang panggil kita lah…’ Jerit Adam lagi. Aku buat tak hirau. Ni mesti Uwan atau Atuk Adamlah tu panggil balik.
‘Jap. Sikiittt jer lagi…’ Jawapan yang aku sahaja dengar.
Buah yang bersembunyi dicelah daun seperti sedang bermain cak cak dengan aku. Sekejap nampak, sekejap hilang apabila daun ditiup angin.
Peluh yang mengalir dibelakang badan tak aku hiraukan. Aku menginjak pula ke dahan yang lebih tinggi, lebar dan aku rasa lebih kukuh. Kalau macam ini gayanya, tak payah pergi kelas yoga, macam ahli gimnastik dah rupanya!
Perlahan lahan aku susun langkah ke hujung dahan. Takut jugak buatnya patah karang. Pokok manggis ni dah la dah tua. Pokok ni pun atuk aku dulu yang tanam. Entah entah atuk aku punya atuk yang tanam. Sejak aku lahir memang dah ada. Boleh dikatakan tiap tiap tahun berbuah, cuma jarang jarang buah tak menjadi. Tulah, orang kata berbakti kepada tanah ni, untung!
‘Yes!’ Aku menjerit sendiri apabila sekelompok lagi buah berjaya aku turunkan. Seronok aku dengar bunyi buah yang jatuh menimpa tanah.
‘Kutip Dam!’ Jerit aku dari atas. Adam tidak menyahut. Mana pulak budak ni pergi. Ni mesti dah mengelat la nih. Haish.
Buluh halus di tangan aku campakkan ke tanah. Perlahan lahan aku turun. Naik memang terer. Bab turun, aku seriau sikit. Kaki tak nampak mana nak pijak.
Fuh, tinggi jugak aku panjat harini. Naik pandai, turun dah seriau pulak!
Perlahan lahan aku mencangkung kemudian punggung aku labuhkan kepada dahan. Hujung kaki aku hulurkan supaya menyentuh dahan pokok yang agak kecil. Perlahan lahan aku tukar posisi supaya tangan aku memeluk pokok dan aku cuba mengelongsor kebawah sambil tangan berpaut pada dahan. Kaki berjaya mendarat di dahan.
PRAKKK
‘MAKKK!’ Serentak itu juga aku menjerit. Dahan patah!
Berderau darah aku. Nasib baik aku masih sempat berpaut. Aku cuba tengok bawah. Dahan tua yang patah tadi sudah berada di tanah. Ni karang kalau aku lompat ni, kaki aku memang sama nasib dengan dahan tu karang.
‘Adammmmm!!!’ Aku jerit sekuat hati.
‘ADAMMMM!!!’Adam masih tidak menyahut. Mana pulak budak ni dah pergi?
‘‘Ehem..’ Terdengar suara seperti orang berdehem.
‘Adam takde, dia dah naik basikal ikut kawan dia’ Suara garau menyambut aku dari bawah.
‘Huh? Tak ada?...’
Blank sekejap kepala otak aku.
Dah ni siapa pulak? Dari mana pulak dia muncul. Angin takde, ribut takde, tiba tiba terpacul. Otak aku masih sempat berfikir disaat saat genting nih.
Hantu ke manusia? Orang cakap kalau nak tahu manusia ke tak? Tengok kaki dia. Jejak tanah ke tak?
Celah mana pulak aku nak tengok kaki dia dalam keadaan bergayut macam ni. Kalau nak ikutkan, kaki aku yang tak jejak tanah sekarang ni. Ha… aku ke yang hantu sekarang ni? Heh.
Peluh belakang badan terasa semakin laju mengalir. Sekarang ni aku sedang sehabis upaya memeluk batang dahan. Hujung kaki yang sejuk terasa semakin sejuk dibuai angin.
‘You need help?’ Soalnya apabila aku terdiam tak semena.
‘Errr…Saya nak tanya pendapat… kalau saya lompat kat dahan yang satu lagi tu, awak rasa lepas tak?’ Ada satu lagi dahan, tapi agak jauh dari jangkauan kaki aku.
‘Depends…’
‘Depends apa?’
‘Awak pernah join circus?’
Muka aku yang memang tengah merah terasa semakin membahang. Aku cuba menoleh melihat mulut puaka tu.
‘Time time ni jangan buat lawak bodoh boleh tak?’ Suara aku meninggi.
‘Sorry, you just jump… I’ll catch you’ Jawabnya bernada memujuk.
‘Memang tak la!’
‘Its ok. Trust me’
‘Awak pun saya tak nampak, macam mana nak percaya! Entah entah hantu ke, jembalang ke hapa awak ni’ Aku cuba menoleh kebelakang untuk melihat gerangan si mulut puaka, tapi pergerakan leher aku terbatas. Lagipun… aku seriau!
Dia tertawa kecill. ‘Look who’s making joke now. Now, just jump’
‘Mengucap dulu! Baru saya percaya!’
Jembalang atau hantu tertawa.
‘Cepattt!’
‘Seriously?’
‘Serious la!’
‘AshaduallaillahhaillallahMuhammaddarasullullah. Puas hati? Ok, sekarang… lompat’
‘Tak Nak! awak panggil ayah saya, suruh dia datang bawak tangga’
Terdegar dengusan kecil dari Jin Islam di bawah.
‘Awak masih boleh bertahan ke? Lompat jer, saya sambut dari bawah’ Lain yang aku suruh, lain yang dijawabnya.
‘Takpe, saya bertahan nih! nampak tak rumah kat belakang tu, boleh tak panggil ayah saya?’
‘Its okay, awak lompat jer. Saya sambut awak’ Ulangnya lagi semakin bernada memujuk. Apa yang susah sangat nak faham dia nih?
‘Huh? Awak jangan macam macam boleh tak? Saya ni berat, bukannya buah manggis boleh main sambut sambut!’ Aku tengah panik ni, boleh tak jangan buat hal!
‘By the time, saya panggil ayah awak, tengkuk awak dah patah, awak tahu?’ Suaranya sedikit tinggi.
‘Saya cakap panggil tu, panggil jer lah! Cepat sikit boleh tak!?’ Suara aku pun sudah sama naik. Macam nak nangis pun ada juga. Aku tak dengar suara yang menjawab tetapi aku dengar bunyi derap langkah pantas meninggalkan aku.
Macam macam doa aku baca masa tengah bergayut. Doa penerang hati, doa makan, doa nak tidur, semua keluar.
Semakin lama aku rasa graviti semakin menarik aku.
‘Mak! Ayah!’ Terjerit jerit aku dari atas pokok.
‘Saya dah panggil, ayah awak sedang cari tangga.’
‘Kenapa lama sangat? Saya dah tak tahan dah nih?’Marah aku. Sebenarnya takde la lama sangat dia pergi. Panjang betul langkah dia. Entah entah memang hantu galah dia nih.
Satu badan dah seram sejuk. Ketiak aku pun dah rasa sakit bergayut macam kera. Tenaga aku rasa semakin berkurang. Bila nyawa dah dihujung tanduk memanglah sesaat pun rasa macam seribu tahun. Orang cakap bila ajal dah nak dekat, semua perkara terbayang di depan mata. Ha, macam tu la aku rasa.
‘Kalau awak lompat dari tadi… dah selamat dah’
‘Betul ke awak dah panggil ayah saya ni?’
‘Awak jangan risau, saya kat bawah ni, kalau awak terlepas saya sambut awak’
Soalan aku tak berjawab.
Dia ni bomba ke? Dia ingat tengah selamatkan anak kucing tersangkut atas pokok ke?
‘Tak apa, saya tunggu ayah saya…’ Rangkulan aku pada dahan semakin longgar dan aku rasa badan aku semakin melorot kebawah.
‘And I will wait here…in case awak…’
‘Saya takkan ja….ARGHHHH!’ Tak sempat aku habis potong cakap dia, aku rasa badan aku melayang.
Flight take off. And landing.
Share this novel