- Cik Peah, jom breakfast?
Alaaaa... Aku baru je bedal roti jala kiriman Puan Zainab tadi.
- Lambatttttt.. Fia dah makan...
- Lunch?
- Lunch... okay.
- Okay. Pkl 1 dekat lobi
- Oraiiitttt
Tepat pukul 1pm, Abang Luqman sudah menunggu di lobi. Terus aku masuk dalam kereta.
''Cik Peah nak makan apa harini? Ikan bakar? Sushi? Stimbot? You name it, abang bawak"
'Wow, Abang ada menang apa apa ke ni? Pemurah semacam"
''Tak ada menang apa apa. Saje nak belanja Fia'
''Baiknyaaaa... Patutlah Abang Man terlebih handsome harini'' Aku sudah tersengih sengih macam kerang busuk. Bahagia bila orang nak belanja. Tambah lebih bahagia sebab orangnya adalah Sang Luqman Danial.
'Abang hari hari handsome' Jawabnya sambil memakai cermin mata hitam dan tersenyum manis. Walaupun dia agak poyo disitu, tapi tak apa. Wajahnya semakin tampan dimata aku. Tak payah nak makan apa apa. Cukup. Ni pun dah buat kenyang!
''So? nak makan apanya?'' Soalnya apabila aku tidak memberi kata putus. Dia mula memandu masuk ke jalan utama.
''Ikut Abanglah. Dah abang yang nak makan. Fia sebenarnya dah makan roti jala tadi. Tak la lapar sangat''
'Sedapnya roti jala. Fia buat sendiri ke?''
Ya lah tu. Rajin sangatlah aku nak buat kan...
''Err tak buat. Orang kasi''
'Siapa yang kasi?''
Takkan aku nak jawab bakal mak mentua tak jadi yang kasi pulak
''Alaaa... Ada makcik ni kasi''
''Makcik mana?'
"Alaaa... Kalau Fia sebut pun bukannya Abang kenal pun...'
Banyak pulak tanya Abang Luqman ni. Nasib dia mengangguk kepala.
'Semalam buat apa?''
Ahhh sudah.
'Semalam? Semalam Fia pergi kenduri. Roti Jala tu dari rumah kenduri tu la''
Abang Luqman mengangguk lagi. Jangan dia tanya lagi apa apa yang berkaitan pasal roti jala atau siapa siapa yang berkait dengan roti jala tu sudahlah.
'Kenduri tu kat mana?''
'Abang, Fia nak makan western la... Steak ke. Lamb Chop ke...' Cepat aku potong. Karang habis pulak ditanya semua benda.
Dah la aku ni bukan jenis pandai sorok rahsia. Karang buat tak memasal terlepas pulak rahsia aku pergi rumah bakal suami-tak jadi. Jangan buat naya!
''Okay, kalau macam tu Abang bawak pergi Menate la. Seksyen 14, boleh?'
'Boleh sangatttt... Menate pun sedap. Ermm....abang asyik tanya Fia jer. Semalam, abang buat apa?''
Dari dia bertanya. Baik aku yang tanya dia dulu.
'Tak ada buat apa. Biasa lah orang bujang. Kemas rumah. Basuh baju. Basuh kereta. Tido...''
'Boring betul'' Gumam aku.
''Tula, tak ada orang teman. Nak buat macam mana? Buat lah sendiri...''
''Tu yang buat abang berfikir tu..."Sambungnya
''Fikir apa?''
"Fikir pasal masa depan''
"Pasal kerja ke?' Aku tanya bodoh
"Bukan pasal kerje, tapi pasal masa depan... sendiri'' Dia sudah tersenyum.
'Maksud?'' Berdebar jugak aku. Lain macam pulak conversation aku dengan dia petang ni.
Abang Luqman menarik nafas. Macam yo yo o pun ada jugak aku tengok dari gayanya.
''Semalam masa abang duk kemas rumah sendiri, basuh baju sendiri... Terfikir. Kalau ada isteri, kan senang. Ada juga orang yang boleh buat kerja rumah, jaga dan tengok abang. Makan pakai abang.''
Aikkk.
Speechless aku.
Dia mengerling aku apabila aku tiada sebarang komen.
'Kenapa diam?' Soalnya.
''Speechless...''
"Kenapa?''
''Abang kahwin ni macam dah salah konsep je...''
''Kenapa?''Tanya lagi
''Kenapa pulak bila dah kahwin, nak kena tunggu isteri baru nak buat kerja rumah. Basuh kain ke lipat kain ke masak ke...Sama samalah buat. Takkan asyik nak harap isteri je yang buat semua benda...''
'Tak boleh ke?''
''Bukan tak boleh... Tapi kesian kat isteri tu. Buatnya dapat isteri yang bekerja jugak macam Fia macam mana? Dah lah pergi kerja cari rezeki untuk keluarga macam suami. Balik kerja takkan nak tunggu isteri jugak yang nak kemas rumah, masak, jaga anak bagai... Isteri tu pun penat jugak.
Fia selalu tengok, bila pergi kedai makan. Yang sibuk suap anak, mesti yang mak. Yang ayah, bila perut dah kenyang, boleh sedap je dia menyandar hisap rokok main telefon. Padahal isteri dia tengah huru hara ni... Eiii menyampah betul tengoknya!'
Tak memasal aku emo tengah tengahari ni.
''Amboii... garangnya. Isteri siapa la nanti ni? Mesti husband Fia nia jenis takut bini.''
Aku tahu dia mengusik tapi hati aku tersentak mendengar kata kata dia. Geram juga dibuatnya.
''Minta minta Abang Luqman bukan termasuk lah dalam kategori 'Suami menyandar' tu' Getus aku.
Tergelak besar Abang Luqman.
''Kenapa? Fia ada nak kahwin dengan abang ke?''
Ehhhhhh mamat ni. Bagi soalan cepu mas pulakkkkkkk. Gigit karang!
''Itu doa je lah... Kan Fia tengah mendoakan abang tu. secara general! Lagipun kalau perangai dah serupa gitu, memang tak laaa...'' Aku mencebir bibir.
''Abang cakap jer la. Luahan perasaan. Tetiba emo pulak Cik Peah kita ni. Nak kata lapar, tadi kata dah kenyang...' Nada mengusik dari Abang Luqman. Dia masih tersengih sengih.
''Takpelah Cik Peah. Nanti kalau abang dah kahwin. Abang suruh isteri abang duduk rumah je. Nanti, bukan setakat suap anak je. Biar dengan abang abang sekali di suapnya''
Dia buat muka puas hati.
"Untunggglaaaaahhhh'''
"Belum untung lagi. Girlfriend tak ada nak buat isteri ni''
''Pergilah cari'' Aku sendiri tak tahu nak kategori kan intonasi aku. Marah ke? Cemburu ke apa? Tapi aku buat buat sardine je. Jangan tunjuk sangat hati tu Fia...
''Macam mana nak cari, asyik berkepit dengan Fia je. Tak done nak jumpa yang lain''
That's it! Statement tu memang mengundang.
''Fine... Dah. Lepas ni tak payah nak carik Fia. Buka mata tu luas luas. Kalau abang tak jumpa calon juga, beritahu Fia. Nanti Fia carikan. Abang nak yang macam mana. Beritahu je!' Itu aku marah campur merajuk. Tambah ada nak hati tisu sikit.
''Betul ni?'' Soalnya masih ada sisa sengihan di bibirnya.
''Betul la!'' Aku buat muka sardine campur serius sikit
''Betul Fia nak carikan calon untuk abang?" Soalnya juga tanpa ada lagi sisa sengihan di bibir. Wajahnya nampak serius.
''Yup. I'll make this as my new mission. Cari calon untuk Luqman Danial' Aku balas bersungguh dan bersuara agak kuat.
Geram.
Entah kenapa hilang sudah wajah ceria Abang Luqman.
Hati aku lirih.
Sabar lah wahai hati.
Share this novel