BAB 10

Romance Series 10994

Hari Jumaat malam, tiba tiba aku dapat mesej dari Khaidar ajak aku keluar pada hari sabtu petang. Ada benda nak bincang katanya.

Aku balas, mesej saja! Tak payah nak jumpa bagai.

Nama pun Taliban, dia berkeras juga nak berjumpa.

Lagi dia bertegas, semakin aku berkeras tak mahu. Aku balas kalau penting sangat, cakap saja dalam telefon. Tak payah nak jumpa sangat.

Mengada ngada betul mamat nih. Karang apa lagi dia report dekat mummy dia. Kata aku mengurat dia lagi agaknya. Pfft!

Pagi subuh gajah keesokan harinya aku dapat lagi mesej dari Si Taliban untuk remind meeting dengan dia.

Remind ya. Bukan ajak ke, mintak permission ke apa. Memang dasar Taliban la dia nih.

Aku balas mesej dia dengan menipu sunat kata kereta aku rosak. Dan dan pulak dia kata nak datang jemput bagai.

Buat hal betul la mamat nih!

Aku memang tak suka orang pushy. Tak payah nak datang berjemput bagai. Aku ni bukan ada apa apa dengan dia. Tak payah nak taking care sangat okay!

‘Let’s meet up. I’ll fix everything up. Promise.’

Ringkas dan penuh harapan bunyi mesej itu. Setelah buat tolak tambah bahagi semua, akhirnya aku bersetuju untuk jumpa dengan dia.  

Aku bersiap ala kadar saja. Nak pergi ke parking pun bermalas malasan.

Dan petang tu Allah perkenankan doa aku. Pernah dengar tak pepatah English ‘Be careful in what you wish for’. Haaaaa.

Aku sebenarnya tak niat pun, tapi sebab mulut aku dah lafazkan. Allah tu kan Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan.

Nah, jadi kenyataan. Kereta Myvi berwarna hitam kesayangan aku tak boleh hidup!  

‘Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah. Aku tipu sunat jer tadi Ya Allah. Hidupkan lah balik enjin kereta aku Ya Allah!’ Bersungguh sungguh aku berdoa dalam hati. Tu lah Fia. Kata kata tu kan doa. Lebih lebih lagi, orang kata doa orang yang teraniya ni memang cepat Allah makbulkan. Haaaa. Kan dah mendapat…

Naik berpeluh aku pulas kunci di palam pencucuh. Basah jugak la ketiak aku dibuatnya. Poyo poyo jer aku siap bukak hood bagai macam tahu apa nak di belek. Haram...

‘Saya lambat. Kereta tak boleh start’ Aku mesej dia ringkas.

‘Okay. Saya datang jemput’

‘Tak payah. I’ll manage’

‘Suit you’ Balasnya. Menyampah plak aku tengok mesej dia tu.

Setelah berapa lama aku berzikir munajat. Dengan lafaz Bismillah, aku pulas kunci Blacky. Mengaum. Yeay! Blacky mengaum! Rasa nak lompat bintang!

Tak putus putus lafaz syukur dari mulut aku. Ha tu lah. Itu baru enjin kereta yang hidup kau lafazkan kesyukuran. Gembira tidak terkira. Habis, yang jantung kau masih berdegup, nyawa kau yang hidup ni macam mana pula? Sampai bintang langit ke berapa pula kau nak lompat Fia?

Astaghfirullahalazim. Aku terinsaf sendiri. Syukur Alhamdullillah!

Berhati hati aku bawak kereta sampai bengkel Ah Choong. Bengkel yang tak jauh dari kawasan perumahan aku tu memang selalu aku kunjungi. Lebih lebih lagi kebelakangan ni ‘Blacky’ selalu buat hal. Risau juga kalau kalau Blacky mati di tengah jalan. Mujur sampai juga ke bengkel yang terletak lebih kurang 5km dari rumah aku.

Ah Choong yang merupakan taukey bengkel menggaru kepala. Aku ingat dia nak bagi sentuhan magis dia macam selalu. Usik itu sikit, colek sini sikit, dah siap. Tapi lain pulak yang jadi.

‘Aiya Fia. Lu banyak lucky. Ini kereta sempat sampai workshop. Saya kene servis dulu. Isnin petang you datang ambil.’

‘Ala Choong. Besok la. Isnin saya nak pergi kerja macam mana?’ Aku dah buat muka seposen.

‘Besok ahad. Cuti maaa. I mana kerja. Bangla saja kerja ahad maaaa’ Pangjang pula maaa diaa..

Adeh. Aku pulak yang garu kepala.

Setelah berunding, akhirnya kata putus dapat dicapai.

‘Okay la. Isnin petang I datang ambil. Make sure tip top ha. Asek masuk bengkel jer... You tengok betul betul kereta I Choong’ Jari telunjuk aku goyang goyangkan bagi amaran.

Nak marah pun ya jugak. Koyak la purse aku kalau selalu macam ini! Nasib baik aku regular customer. Ada jugak la murahnya sedikit.

‘No problem laa. I check betul betul.’ Ah Choong sengih.

‘Aku pegang janji kau Choong’ Aku pesan lagi.

Jam berjenama Fossil di tangan aku lirik. Memang aku sudah terlambat.

Dia masih tunggu aku lagi ke? Desis aku dalam hati.

Aku memang nak jumpa dia. Kalau dia kata dia boleh settle kan masalah ni, aku rasa tiada alasan untuk aku buat menyombong dengan dia. Lagi cepat selesai, lagi cepat hilang semak di kepala aku.

‘Still there?’ Ringkas soalan aku.

‘Yup’ Sepatah jawabnya.

Gigihnya! Gumam aku dalam hati.

‘Coming’ Sepatah juga aku balas.

Kau ingat kau sorang jer pandai cakap sepatah sepatah. Heh!

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience