‘Aik, kau dah kenapa? Makan free pun tak happy ke?’ Soal Zana sebaik aku duduk disebelah dia.
Konsentrasi dia menonton cerita korea terganggu agaknya apabila aku melempar kasar kunci rumah di atas meja.
Perhatian dia tidak lagi tertumpu kepada Ji Chang Wook yang handsome itu. Bulu keningnya terangkat sebelah sambil mulutnya laju mengunyah keropok.
‘Si Taliban tu la!’
“Kenapa dengan Si Taliban tu?’
“Mak aku lah!’
‘Lah, dah kenapa dengan mak kau pulak?’
“Sebab kan mak aku tulah, tak memasal aku kena pergi rumah Mummy Si Taliban tu pergi ambil bunga orkid tu ha kau tahu. Kau nampak tak tu. Permainan diorang tu!’
Zana ketawa kuat. Kepalanya berpusing melihat sepasu bunga orked di sebelah pintu masuk rumah.
Hati aku panas lagi ni. Tak memasal aku kena game dengan mak lagi. Pn Zainab pun ada call aku suruh datang rumah petang tadi ambil bunga orkid yang mak pesan dari Pn Zainab.
Hangin je aku dengar tengahari tadi. Macam lah tak ada kedai bunga dekat pekan tu. Lagipun bukannya aku balik kampong pun minggu ni. Agak agak la weih. Nampak sangat konspirasi teorinya. Nangis lah aku macam ni!
As expected, lepas asar Khaidar dah selamat sampai di Lobi rumah aku dengan muka segaris, tak ada perasaan dia.
Kau rasa!
Arghhhhh…
Nasib baik lah dia tak ada nak buat perangai Taliban dia sangat. Agaknya dia tahu kut aku dah kena game jadi mood aku memang dah kelaut.
Macam biasa, bila dah sampai rumah Puan Zainab tak ada maknanya kau nak buat style Touch n Go. Duduk minum petangnya dah berejam. Dah tu pulak aktiviti melawat 'small garden' Puan Zainab, dah berejam. Dia kata small, aku tengok small mendanya! Dah macam kat lake garden ni!
Bunga Orkid, Bunga Ros, Bunga Kertas, Bunga Anggerik, Bunga taik ayam pun ada!
Ada lagi yang malas aku nak sebut. Tak termasuk lagi yang pokok limaunya, pokok serainya, pandannya, mintnya.
Korang bayanglah sendiri. Dah namanya minat, tak penat mulut dia bercerita itu ini tadi.
Aku jugak yang terkulat kulat. Bukannya aku tak tahu bezakan antara serai dengan pandan. Pokok halia dengan pokok kunyit. Tapi kalau dah banyak sangat macam ni, nak sebut bougainvillea pun boleh tergeliat lidah.
Hah itu habis satu bab.
Lepas tu dah maghrib, dinner la pulak.
Tak ke lama aku duk menadah muka kat rumah orang tu.
Adesss. Bertabahlah Sofea.
Mr Taliban buat apa? kalau korang tertanya tanya...
Dia pun aku rasa macam malas nak layan, tapi mummy dia sekejap sekejap panggil.
Sekejap sekejap suruh alih pasu lah. Ambil itulah, ini lah.
Sempat je dia bagi komen lawak kasar tak menjadi dia.
‘Tengok tangan dia, rasa benda hidup pun boleh cepat mati ni mummy’
‘Tah tah daun pandan pun tak tahu beza dengan daun kunyit ni’
Eh, hello! Cakap baik sikit eh. Ni Sofea eh. Tah tah dia tu pokok lalang dengan pokok serai pun tak tahu beza!
Kalau nak tahu, macam tulah aku menjawab dia depan Pn Zainab. Intonasi yang korang imajin pun sama.
Dah keluar dari mulut, baru nak sedar dirikan. Aku gigit lidah jer la mampu. Dia tersenyum tersungkit. Pn Zainab pula ketawa besar.
Memang mengundang la Taliban ni. Buat aku malu je.
Yang peliknya Pn Zainab naik ibu jari macam cakap ‘padan muka’ pula pada Khaidar.
Tu yang lepas tu aku jadi tikus tu. Buatnya dia report kat mak kang. Tak memasal je.
Pn Zainab tak bagi balik pun aku setuju. Pn Zainab suruh makan pun aku makan je. Pn Zainab suruh Khaidar hantar balik walaupun aku dah cakap boleh balik naik grab, pun aku ikut kan saja.
Macam biasa, Zana galak ketawa mendengar luahan perasaan aku.
Bunyi mesej dari telefon aku meredakan gelak ketawanya.
‘Taliban keww? nak beritahu dah sampai lew tewwww’ Zana bersuara seperti menyindir aku.
Aku tengok mesej dari nombor tak dikenali.
‘Sila jauhkan diri kau dari suami aku! Kalau kau nak menyundal, jangan libatkan suami orang. Ingat sikit pesanan ni perempuan miang!’
Darah aku berderau
Share this novel