DIFIKIRANNYA masih lagi berlegar legar akan kejadian tadi. Panas di hati masih belum reda. Tunggu nak meletus saja api kepanasan yang membara dalam hati ini.
Dia berdiri di tepi tingkap kaca pejabatnya itu sambil merenung kesibukan jalan raya di kota Kuala Lumpur ini. Wajah kerek lelaki tadi masih bermain di segenap ingatannya.
"Fahmi? Fahmi eh? Huh! Setakat seorang Fahmi, Emir Hazriq boleh tumpaskan lah!" kata Hazriq sendirian dengan penuh berlagak. Selang sesaat dia ketawa jahat.
"Bukan handsome sangat pun kalau nak dibandingkan dengan aku. Apa Mawar tu buta ke?" sambungnya lagi. Masih lagi bercakap sendirian. Sekali di lihat persis orang kurang waras.
"Mawar? Buta?" sapaan satu suara perempuan dari arah belakang membuatkan Hazriq terus berpaling menghadap gerangan itu.
"Syikin!" dia sedikit terkejut. Nada suara cepat -cepat dibetulkan.
"Tuan Hazriq okay tak? Tadi saya dengar tuan sebuat nama Mawar. Kenapa dengan Mawar?" tanya Syikin kepada majikannya itu.
"Bila awak masuk bilik saya?" dalih Hazriq. Soalan dibalas soalan.
"Tak lah lama sangat. Baru je. Saya ketuk banyak kali tuan tak menyahut, itulah fasal saya masuk je terus," jawab Syikin.
"Oh okay. Awak nak apa ni Syikin?" tanya Hazriq, serius.
"Ah saya nak beritahu fasal meeting tuan petang ni," ucap Syikin.
"Kenapa dengan meeting petang ni?" soal Hazriq, dalam karakter seseorang Hazriq yang dingin.
"Encik Safuan kata mereka terpaksa batalkan meeting ni atas sebab-sebab tertentu. So, mereka kata minggu depan meeting tu akan dijadualkan semula," terang Syikin panjang kepada Hazriq.
Hazriq mengangguk faham sebelum dia mengarahkan Syikin keluar dari bilik pejabatnya itu.
Sebelum Syikin melangkah keluar daripada bilik Hazriq, dia berselisih dengan Faliq di pintu pejabat Hazriq.
"Hai, sayang! Buat apa kat sini?" tegur Faliq dengan penuh keterujaan apabila terjumpa dengan buah hati pujaannya ini.
"Err hai Tuan Faliq. Saya baru je lepas jumpa Tuan Hazriq," balas Syikin, ragu-ragu.
"Laa... Kenapa tak ajak saya? Boleh pergi sekali hehe," ucap Faliq, miang.
"Hah? Errr, pelik-pelik lah jelah tuan ni," kata Syikin. Dia kadang-kadang geli dan rimas dengan Faliq yang suka mengganggunya. Lagi-lagi apabila Faliq memanggilnya dengan panggilan sayang.
"Ala saya gurau je. Awak ni comel lah Syikin. Esok awak busy tak?" soal Faliq, senyuman lebar di bibirnya tidak lekang sejak tadi.
"Tak kut. Tengok lah nanti. Kenapa Tuan Faliq tanya?" balas Syikin. Dahinya sedikit berkerut. Dah kenapa pula tiba-tiba Faliq bertanya soalan itu kepadanya.
"Saja je. Sebab esok saya nak ajak awak dating," ujar Faliq, tanpa sedar.
"Hah? Dating?" soal Syikin yang jelas terkejut.
"Eh, eh. Bukan, err saya nak ajak awak lunch sama-sama. Saya belanja," cepat-cepat dia membetulkan kata-katanya. Malu pula dia mahu mengajak anak dara orang keluar dating. Ish, mulut ni pun macam mana boleh tersasul cakap dating!
"Ouh... Kalau macam tu, okaylah. Tapi, saya tak janji tau Tuan Faliq," balas Syikin.
"Eh, tak apa. Kalau tak jadi esok, bila-bila pun boleh. Saya sanggup tunggu awak," hujung ayatnya itu semakin tenggelam sehingga tidak dapat didengari oleh Syikin.
"Tuan cakap apa tadi?" soalnya.
"Cakap? Cakap apa?"
"Yang ayat hujung tadi tu," balas Syikin.
"Err, tak ada apa-apa kut. Awak salah dengar," kata Faliq sambil tersengih sumbing.
"Ouh, okaylah macamtu. Saya ada kerja ni. Bye, Tuan Faliq!" pamit Syikin. Segaris senyuman dihadiahkan kepada Faliq.
"Bye, sayang." balasnya, perlahan.
'Haih, hati kenapalah kau boleh jatuh cinta pada gadis semanis dia? Aku tak boleh,' bisik hati Faliq. Matanya tak lepas memandang belakang tubuh Syikin yang semakin hilang dari pandangan. Kalau lah dia seketul ais, pasti kini sudah cair.
"Oi, Faliq! Kau asal tercegat kat depan bilik aku?" tegur Hazriq dari dalam bilik.
Faliq yang sedang ralit mengelamun itu tersentak apabila ditegur kasar oleh abangnya itu.
"Terkejut aku," ujar Faliq. Dadanya diurut perlahan.
"Terkejut konon." Hazriq menjeling Faliq sebelum dia melangkah menuju ke ruang pantry.
•
•
•
UMAR berlari anak mendaki anak tangga untuk menuju ke tingkat atas. Dia hampir tersadung. Mujur sajalah lah tidak jadi apa-apa. Kelakuannya itu ditegur oleh Mawar.
"Umar, jangan lari masa naik tangga! Nanti jatuh," tegur Mawar sambil bercekak pinggang.
"Sorry, kakak!" jerit Umar dari tingkat atas.
Mawar menggelengkan kepalanya. Ada saja karenah budak kecil ini. Kalau jatuh tadi apalah dia mahu menjawab dengan si ayahnya nanti.
Seketika kemudian, dia terhidu bau wangi dari arah dapur. Lantas kakinya melangkah dengan sendirinya ke ruangan dapur.
"Wah, sedapnya bau," ucap Mawar. Bau asam pedas ikan pari itu di hidu semahu mahunya. Bau masakan ini sungguh menyelerakan perutnya.
"Mawar, bila balik?" soal Puan Sabrina.
"Eh, puan. Saya baru sampai tadi. Tiba-tiba bau pula bau asam pedas ni tulah saya terus ke sini. Ingat Mak Jah yang masak," ujar Mawar kepada Puan Sabrina.
"Ish, Mawar ni. Kan saya dah cakap banyak kali, jangan panggil saya puan. Panggil aunty je. Anggap je macam makcik makcik jiran sebelah awak," kata Puan Sabrina kepada Mawar sambil tangannya lincah menggoreng sayur campur itu.
"Hehe, baiklah aunty."
Mawar hanya mampu memerhati saja setiap gerak geri Puan Sabrina. Dia mahu menolong tapi apalah yang dia tahu sangat fasal masakan. Yang dia tahu makan. Lepas makan, basuh pinggan. Itu sajalah.
"Umar mana, Mawar?" soal Puan Sabrina, memecah kesunyian antara mereka.
"Umar kat atas. Tengah mandi agaknya tu," jawab Mawar.
"Err, aunty nak Mawar tolong apa-apa tak?" soal Mawar, dia ingin menolong sedikit. Sekurang-kurangnya dia ke dapur ini adalah juga gunanya.
"Tapi, kalau nak tolong masak ke apa ke Mawar tak reti, hehe," sambung Mawar.
Puan Sabrina tidak membalas apa-apa. Dia cuma membalas dengan senyuman manis sahaja.
"Kalau macam tu, aunty ajar Mawar masak," kata Puan Sabrina kepada Mawar.
Bibir Mawar terus mengukirkan senyuman teruja. "Betul ke aunty? Nak ajar Mawar masak?" soalnya dengan teruja.
"Iya, Mawar." Puan Sabrina angguk kepala mengiyakannya.
"Aunty nak ajar Mawar masak apa?" soal Mawar, keterujaannya tidak dapat dibendung.
"Kita masak makanan kegemaran Hazriq iaitu ikan patin gulai tempoyak," balas Puan Sabrina dengan senyuman.
"Ikan patin tempoyak? Tuan Hazriq suka makan tu?" soal Mawar tidak percaya. Di sangkakan selama ini Tuan Hazriq nya itu tekak mat salleh. Rupanya tekak melayu juga.
"Iya. Hazriq minat gila dengan ikan patin tempoyak ni. Sejak kecil lagi. Kalau masa arwah neneknya masih ada, benda ni yang akan dia minta kat neneknya. Tapi, bila dah besar jarang dia makan. Lagi-lagi sejak arwah neneknya meninggal," panjang Puan Sabrina bercerita kepada Mawar.
Mawar hanya mengangguk anggukkan saja kepalanya. Satu fakta yang menarik tentang Tuan Hazriq nya itu.
Sorry makin lama makin bosan huhu
Share this novel
dear. plz ...
nect next plz.....
hi dear. next chapter plzz.....